Saturday, October 23, 2010

Antara 2, mana paling best..??




Dalam hidup ni..
Kadang kita perlu buat keputusan.
Untuk pilih mana yang lebih baik..

Macam mana nak buat..??

Sebagai orang Islam,
Kita ada cara yang telah diajar oleh Nabi kesayangan kita..

Sabda Nabi. “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat. ” (HR.Thabrani).

Mintalah petunjuk daripada Allah jika kita konfius antara dua perkara.

Tetapi ada syarat!!!

Apakah syarat2nya??…

Perlulah meletakkan segala harapan kepada Allah.
3000% letakkan pada Allah..
Tiada keraguan..
Tidak boleh untuk berat sebelah.
Kadang kita ni, solat istiharah tetapi berat sebelah…
Faham ke..??

Contoh..

Antara nikah dan sambung study.
Kita melakukan solat istiharah,
Tetapi dalam hati berat kepada hendak bernikah.
Anda bersungguh2 melakukan istikharah, tetapi hati terarah kepada menikah…
Buatlah istikharah setiap hari dan sebanyak mana pun,
Tetapi jika hati anda 90% terarah kepada menikah dan hanya 10% terarah ke sambung study,
Maka bernikah lah yang Allah tunjukkan. Itu bukan daripada Allah, itu dari kita sendiri…

Sebenarnya,
Letakkan segala pengharapan kepada Allah,
Mintalah petunjuk daripada Allah, 3000%.

“Ya Allah, jika bernikah itu baik untukku dan Kau redha bagiku, maka kau permudahkanlah. Dan jika sambung study itu lebih baik bagiku dan Kau redha bagi ku, maka Kau tunjukkanlah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan diri ku sedang aku tidak mengetahui”

Selalulah melakukan solat istikharah..
Masyarakat kita sekarang, melakukan solat istikharah hanya apabila terdapat 2 pilihan.
Selalunya perihal untuk bernikah laaa…
Konfius antara 2..
Nak pilih si A ke nak pilih si B…
hohoho..

Lakukan solat istikharah selalu…
Ia juga mempengaruhi kehidupan kita setiap hari…
Walaupun pilihan2 yang kecil2 dalam kehidupan…
Nak beli ke tak nak beli benda ni??
Allah akan tunjukkan keputusan yang lebih baik…
Sungguh tidak akan kecewa dengan pilihan itu..
Seperti sabda Nabi diatas sana..


p/s : Yakinlah dengan petolongan Allah


2 comments:

murabbi said...

setuju!!!!like...like..
jangan sempitkan istikharah bila nk nikah je....atau bile dtngnye pilihan...
tp....istqomhlah beristkharah..
moge tiap hri yg dlalui sgalnya dputuskn oleh Allah...

Anonymous said...

istikharah..bukan sahaja penting dalam mebuat pilihan..bahkan sangat penting dalam memberikan ketajaman kepada intuisi hati..

terutama kepada kita..supaya saatnya kita memerlukan keputusan segera maka Allah datangkan ilham untuk kita..

Related Posts with Thumbnails