Sunday, October 24, 2010

Tips supaya tidak bertangguh kerja..







Sungguh..
nota ini untuk diriku yang kerap bertangguh kerja..
Haha..

Kawan2..
Tension tak kalau kita selalu bertangguh..??

Bertangguh memang seronok tau..
“eh nanti lah”
“eh esoklah”
“ala masa banyak lagi, apa ada hal”

Bila dah time,
Perghh terdesak gile..
Buat kerja nak cepat je..
Tension, nak marah, mengamuk,
Semua tak tentu pasal..

Cuba sekali sekala kawal diri…
Tips ni saya dah cuba..
Alhamdulillah, ada jugak la hasil walau tak 100%..
Haha..

Satu malam, sebelum nak tido..
Senaraikan apa yang hendak dibuat pada esok harinya..
Senaraikan ikut priority pada hari tu..
Atau pun kerja2 yang dah lama tangguh,
Kira ni macam target laa

Contoh jika student:-

1. Psm - report bab 3
- Coding pintu
- Jumpa Dr shah
2. Siapkan report Graphic
3. Assigment Cisco Excersice 5
4. Hantar report cik mie.
5. Pegi post opis byr broadband.
6. Baca buku 10 helai


Contoh jika pekerja :-

1. Bagi duit broadband pada akak.
2. Siapkan daily report
3. Pegi basuh keta
4. Baca buku 10 helai
5. Hafal surah an Naba 6 ayat
6. Bank in duit baju.
7. Pergi rumah ngah


Dan esoknya, selesaikan apa yang telah dirancangkan malam tadinya itu..
Pastikan apa yang anda tulis itu dapat diselesaikan dengan jayanya.
Tick/tandakan jika kerja2 itu ada yang telah selesai
Jangan tangguh2 lagi..
Dan apabila nak tido malamnya itu,
Perhatikan balik perancangan2 itu samada selesai atau tidak..
Jika tidak selesai, fikirkan kenapa kerja itu tak dapat diselesaikan..
Dan cuba perbaiki untuk hari esok pula

Setelah selesai semuanya
tuliskan pula perancangan untuk esok…

Ala tips ni mesti korang dah tahu kan..
Tak pa, tips ni untuk ku sorang sebenornya...
Woha!!

Selamat beramal!!

p/s : tips dari sahabat hatiku



1 comment:

ukhtiutmuda said...

oh terima kasih juga buat sahabat hatimu atas tips yang dah lama den tinggalkan..hehe..

sekarang nhe main set dalam pale jek kadang2 complete tapi masih ada perkara yang tertinggal sebab lupa..hoho..

alaaa nak kena google acc pulak...haih..

Related Posts with Thumbnails