Friday, May 29, 2009

Kentalnya Hati Seorang Muslimah




Manusia itu kata

"lepaskan tudung labuhmu, lepaskan jubahmu"
"Jomlah kembali jadi normal"


Apa aku ni xnormal ke???
Cuma bertudung labuh dan berjubah dikatanya ABNORMAL???
Pelik...ini pertama kali aku dengar orang cakap macam tu...


Kata manusia itu lagi

"kamu ni dah sangat keterlaluan"
"Ustazah yang menggaji sunnah dan hadis malah Al Quran masih pakai tudung biasa"
"Diorang xpakai jubah lagi, hanya baju kurung je"
"Tapi,lihat diri kamu..."
"Kamu tidak bergaya...tidak up to date"
"Jangan salahkan lelaki kalau diorang cari yang lain!!!..”


Astargfirullah...aku mengucap panjang
Manusia ni sedar ke xsedar ape yang dia cakap ni…

Aku terdiam seketika


"Kamu EXTREME!!!..."


Extreme? Apa memperbaiki diri menuju jalan Allah S.W.T itu extreme?


“Berubahlah...kamu bukan diri kamu yang dulu”


Aku tetap aku...cuma sekarang aku menjadi lebih baik dari yang dulu


“Aku sudah tidak kenal kamu...”

Macam mana kamu nak kenal aku kalau selama ni kamu hanya menggunakan mata kasarmu..

Lihat aku dari mata hatimu...aku berusaha menuju jalan kebenaran..


"Berubahlah...aku mohon"


Maaf...aku lakukan semua ini bukan untuk kamu
Bukan untuk ibuku
Bukan untuk ayahku
Bukan untuk manusia lain
Tapi untuk...ALLAH S.W.T
Islam agamaku...aku mengakui bukan cuma dari hati...


"Apa kamu masih berdegil?"


Ini bukan kedegilan...ini keikhlasanku demi agamaku,demi penciptaku...
Ini pendirianku...tidak aku goyah hanya kerana kamu...


"Betul kamu xnak berubah?"


Tanyalah aku walau sejuta kali pun
Kata hatiku tetap sama...
Pendirianku tetap begini
Tidak aku salahkan lelaki yang berubah hati hanya kerana pasangannya seperti aku...
Sesungguhnya aku sebagai wanita menyerahkan segala hiasan diri buat suamiku
Bukan sebagai bahan tontonan!!!

Sesungguhnya segala yang ku lakukan hanyalah untuk Allah yang Maha Satu

Dan moga Allah mengampunkan dosa-dosa aku yang terdahulu…


Editor: AnaZahra (versi bahasa melayu)

sumber


Thursday, May 21, 2009

InsyaAllah.. Alhamdulillah... berbaik sangka ajalah..




Kesah 1


Sejurus pulang dari masjid sebaik sahaja selesai solat isyak.. Biasalah jalan kaki sengsorang menuju ke kolej kediaman. Terpandang 2 org uncle sedang leka bermain caromm. Dari jauh aku sudah terhidu bauan yg seperti aku kenal sahaja. Dan semakin lama semakin hampir bau tersebut. Sah.. Rupanya slh sorang uncle yg sedang leka bermain carom td dgn machonya sedang memegang sebatang bahan pembakar organ2 dalaman… Dlm hatiku terdetik.. Wah… uncle2 ni, cepatnye sampai ke gelanggang caromm selepas solat isyak kat masjid td.. Aku assume je meka solat kat asjid td.. berbaik sangka.. Seingat aku td ramai lg jemaah lelaki yg xkluar masjid. Express betul uncle2 ni. Bahan pembakar organ2 dlmn pun dh smpi setengah je nmpk. Cepat sungguh…


Esoknya, selepas mkn tghari merangkap mkn malam bersama seorang shbt.. Kami bergerak ke masjid utk menunaikan solat maghrib. Melihatkan jam di hp, hah.. tinggal 5 min lg masuk waktu, kene rush2 ni… Semasa on the way ke masjid.. Terpandang uncle yg lain pulak sedang leka main carom bersama2 uncle2 yg lain2 juga sedang macho memegang bahan pembakar organ2 dlmn (ayat belit2)… Owh, mesti diorang dh level terahkhir tu utk menamatkan permainan. Lepas ni pasti mereka akan berbondong2 pergi ke masjid.. InsyaAllah.. Alhamdulillah.. berbaik sangka ajalah…



Kesah 2


Terpandang wajah shbt semasa di masjid. Aku tengok dia sambil senyum :D, tp dia tengok aku muka masam mcm nk marah K.. Cett.. Penat aku senyum tau ingat ape.. eheheh.. ish emosi pulak.. Xde la… Hmm xpe la… Dia penat kot.. Maklum la pg tahajud, n pukul 8 dh pegi lebri atau kuliah, ptg pulak ade kelas ustaz.. Xcampur lagi kehulu kehilir gi makan, g minum, g solat, g toilet.. Bayangkanlah betapa penatnya dia.. Maknenye kepenatan tu dah tahap yg agak tinggi la jugak sampaikan nk senyum pun dah malas.. Cuba aku senyum dia pagi2 dlm pukul 8 pg camtu, mesti dia layan aku sehabis mungkin silap2 belanja sarapan pagi telur setengah masak bersama sandwich di warong pak lah.. Xpon, dia xperasan agaknye.. Maklum la ramai sgt kenalannya smpi aku yg selalu dia jumpe ni pun xprasan.. N kadang2 ade sesetgh manusia itu diciptakan kelemahan iaitu kurang mengingati nama dan rupa orang lain. Isk… Mcm aku la ni.. dan aku sedang memperbaiki diri utk aku mengingati nama dan rupa mereka.. Xpun dia tgh rush2 nk cepat kot.. Lepas solat ni kene jumpe lecturer agaknye.. tu sebab aku senyum pun dia xperasan.. Agaknye dia dah janji dgn lecturer dia pukul sekian2 n perlu hadir tepat pd masanya supaya dia tidak menganggu masa lecturer dia bila dia lambat nnti.. aku pun nk perbaiki diri supaya menepati janji terutamanya masa apabila kita telah berjanji dgn org lain.. InsyaAllah.. Alhamdulillah.. bersangka baik ajalah..



Kesah 3


Terpandang 2 org makhluk sedang terkekeh2 ketawa. Sorang berjantina lelaki sedang duduk diatas motor (sedap2 dok atas motor tnpa ada rasa penat lelah), dan seorang berjantina perempuan sedang berdiri dibawah pokok sambil berpeluk tubuh (muka dah penat dh sebab lama berdiri)..


Dan dtglah seorang aku yg berjubah dan bertudung labuh ke arah perempuan yg kepenatan td..


“Assalammualaikum… Eh, suami isteri ke ni..???”.. Tnya aku kpd perempuan yg kepenatan berdiri td


“Waalaikumsalam.. Xla.. Kawan je.. Tgh discuss assignment..”.. Jwp perempuan mcm malu2 n ade riak wajah segan dan lain2 itu kpd aku… Terpandang muka lelaki atas moto, konon2 macho.. Boleh blah la, apa ke machonya hang, awek berdiri tp hang dok atas moto.. gugur arr konon2 macho ngko tu…


O0o0o0.. discuss assignment.. xnampak 1 helai kertas pun korang bwk… discuss assignment ke discuss lain… Kata hatiku ini walaupun xla dizahirkan kata2 tu..


“Ish, jgn la mcm ni.. Dah mlm2 ni.. Gelap2 nk discuss assignment, nmpk ke..?? Xelok la berdua2an camni lelaki perempuan, nnti klu org nmpk mengaibkan.. Malu klu org nmpk.. Dah la pi masuk ye” Terangku dgn nada yg sopan.. Dlm hati aku nk aje aku rotan sorang2.. Geram.. Sabar.. Mereka xpaham lg…


Terpandang muka lelaki atas moto td.. Mengeluarkan isyarat menundukkan kepala tanda suruh awek dia masuk.. Heh.. Paham pun ngko.. (detik hatiku).. Dah la pi blah apa ditunggu lagi… Jerit hatiku.. Xzahirkan pun. Aku hanya memandang sinis je kat lelaki tu. Tp kat perempuan aku buat muka manis la.. Mana tahu kalau2 aku terjumpa dia nnti. Boleh berkenal2an dan seterusnya ajak dia berhalaqah. Mudah2an dia mahu ditarbiyah dan dia lebih baik dari aku.. InsyaAllah.. Alhamdulillah.. berbaik sangka ajalah…



Kesah 4


“Assalammualaikum shbt buat apa tu sihat ke??”


Butang sent ditekan dan seterusnya dihantar kpd seorang shbt yg jauh di mata dekat di hati.. Tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, bulan xtimbul2.. eheh… Msg tidak dibalas. Owh.. agaknye dia xde krdt kot, xpun dia bizi agknye sdg melayan karenah adik2nya yg comel2, xpun dia dh tido agknye.. Esok dia bangun, mesti dia bls.. Tu pun kalau dia ade krdt.. InsyaAllah.. Alhamdulillah.. berbaik sangka ajalah…



Kesah 5


Esok ada halaqah kebawah. Aku meminta anak2 halaqahku turun ke UTM utk sama2 berhalaqah. Saje.. Nk mengajar erti pengorbanan.. Tp mereka kata mereka xdpt dtg sbb nk balik kg. Alsn tidak boleh diterima sgt sbb klu aktiviti kolej, atau perkemahan anjuran badan2 bukan kerajaan boleh pulak langsung xbalik rumah.. Hmm tp aku tepis perasaan buruk sangka itu.. Isk.. Jgn la camtu.. Mereka kene balik agaknye mak dia dah rindu sgt dah maklumlah keluarga sangattt jauh walaupun dapat balik kg tiap2 minggu, xpun rumah dia ada kenduri potong jambul ank sedara dia agknye, xpun dia xpaham lagi kepentingan halaqah tu.. Dan aku paham2 la sendiri, tugas aku la pahamkan mereka.. Isk.. rupanya balik semula kepada aku.. Jangan blaim mereka.. Mereka xpaham lagi.. Doakanlah mereka kerana aku sebagai murobbiah aka ibu kpd mereka perlulah berdoa utk mereka.. Mudah2an mereka cpt paham dan mereka lebih baik dari aku ini.. InsyaAllah.. Alhamdulillah.. bersangka baik ajalah..



Alhamdulillah... Tarbiyah sangat2 mengajarku erti berlapang dada.. Alangkah nikmatnya.. Semua urusan jadi mudah.. Tiada sakit kepala, tiada sakit hati, tiada pikir bukan2.. Ko ngn kesah ko, aku ngan kesah aku.. sama2 ade kesah masing2… ade aku kesah??.. Ko xiktiraf pun aku xkesahlahh.. ape2 lah…


Thursday, May 14, 2009

Sesal..




Tubuh ini seakan lemah
Tiada daya tiada kuasa
Menangis berjujuran air mata
Mengingat butir-butir dosa
Terkumpul menjadi lumpur jiwa

Aku hamba yang hina
Sedekad masa diberi
Hanya diselimuti noda
Menjadi karat dalam hati
Masihkah diterima taubatku lagi?

Ya Rabbi
Aku mengerti kesalahan diri
Aku mengerti aku insan keji
Aku mengerti tiada ruang buatku lagi
Hanya menanti pembalasan azali

Namun dalam jengkal waktu ini
Benarkan aku mencari
Walau sekelumit ruang
Menutup dosa-dosa silam

Aku ingin sekali
Menjadi hamba yang kenal
Siapa pencipta...

sumber



Tersentak dari lamunan....



Tersentak dari lamunan.

‘Ya Allah, apa yg telah aku lakukan’

Aku hanya mengikut nafsu semata2…

Lupa pada azab Allah, lupa pada amaran Allah, lupa pada segala2nya…

Semuanya kerana cinta!!!

Astaghfirullah….

Ya Allah, ampunilah dosa2ku…

Hamba ini lemah segala2nya,

Bantulah aku Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk aku melawan nafsu ini…

Yang hanya merosakkan diri…


Ya Allah,

Jika ini yg terbaik bagi kami,

Berilah kekuatan bagi kami,

Tunjukkanlah kami jalan yang Kau redhai

Untuk kami memperbaiki diri…

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Segalan2nya sedangkan kami tidak mengetahui…



Related Posts with Thumbnails