Wednesday, January 27, 2010

Adakah kau akan marah..???




23hb yg hiba..

Pagi itu aku diberitakan atas kemangkatan Almarhum Sultan Johor… Isk… Pagi yang hiba apabila terdengar corong-corong radio mendengarkan bacaan Al –Quran menandakan kemangkatan sultan.. Sedikit sebanyak aku merasakan juga kehilangan baginda… Iyelah.. Aku anak jati Johor.. Walaupun aku bukanlah berjiran dengan baginda memandangkan rumahku agak jauh juga dengan istana baginda, dan baginda tak kenal aku pun tapi rasa kasih dan sayangku kepada sultan itu tetap ada selaku aku sebagai rakyat negeri dibawah jajahan takluk baginda.


23hb yg gembira…

Pagi tu juga aku bertanyakan keadaan akakku kepada bondaku memandangkan tanda-tanda akak aku nak bersalin dah nampak… Mak aku cakap akak dah masuk hospital pukul 4 pagi td… Dan aku msg ‘lecturer’ku tak dapat join program atas sebab-sebab yang sedia maklum.. Aku ada program hari tu.. Isk… Lebih kurang pukul 930 pagi, akak aku call memcanangkan berita bahawa beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki… Alhamdulillah Wa Syukrulillah… Luqman Hakim nama diberi… Nama yang indah… Akak aku cakap kalau perempuan diberikan nama Sumayyah AzZahra… Isk.. Tiru aku la tu… heee… Dan bondaku seperti biasa sangat gumbira kerana dapat cucu yang ke 4 dan 2 3 hari lagi yang ke 5 tak sabar-sabar nak ke hospital bersama-sama ayahanda.. Akulah driver.. siapa lagi….


Aku juga berkabung

Sebelum ke hospital aku sempat pandang tv untuk melihat siaran langsung majlis pemakaman sultan… Balik dari hospital juga aku sempat pandang tv untuk majlis pemakaman tu… Agak terharu dan hiba juga apabila sultan ku telah pergi… “Setiap yang bernyawa akan merasai mati”.. Tidak kira siapa kita. Pembesar Negara/negeri, orang tua, dewasa, lelaki/perempuan, anak-anak even tumbuh-tumbuhan akan merasai mati yang jika namanya hidup, dia akan rasa mati satu hari nanti…


Tiba masa nak marah…

Esoknya, aku tengok berita di TV3.. Seorang penulis blog menghina Sultan Johor (link) … Aku pun cepat-cepat search kat internet apa yang dia hinakan… Memang sungguh biadap apa yang ditulis… Bukan saja Sultan.. Tak payah tunggu Sultan, rakyat Johor bila baca dah rasa terhina.. Weii… aku anak Johor laa… Sedikit sebanyak aku rasa terhina juga… Perkataan m***os tidak layak digunakan untuk Sultan kami... Negeri kami negeri berdaulat, Sultan kami Sultan berdaulat.. Siapa kau nak hina-hina Sultan kami hah?… (Aiii marah nampak? Heh..) Kalau tidak berdaulat, tidak akan berdiri gah UTM di Johor Darul Takzim ini… Even kalau orang biasa/budak2 pun, tidak sepatutnya dia guna perkataan m***os untuk orang yang dah meninggal dunia… Perkataan yang sangattt kurang ajar, kurang adap!!!.. Inikan pulak untuk Sultan!!


Heh..!!!


Sabarrr…. Jangan marah….


Tapi sekarang dia dah minta maaf (link)... Hmmm.. Susah nak terima maafnya... Tapi hmm serah je lah pada pihak berkuasa...


Adakah kau akan marah…??

Pada waktu itu juga, aku ‘bersiar-siar’ di kawasan intenet ni kalau-kalau jumpa web yang best.. Seperti biasa laman web yang wajib aku ziarah adalah SaifulIslam, EraMuslim, Halaqah Online dan surat khabar online… Itu biasa… Aku mula ziarah web SaifulIslam… Tiba-tiba… Terpandang shout box dia… Ada orang suggest tengok ada 1 laman web….


LINK dan... LINK


Astaghfirullahhalazimm… Aku mengucap panjang…


Adakah kau akan marah????


Tepuk dada Tanya iman….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Aku rasa geram dan sangat marah… Mudah-mudah sahaja agama kita diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Allah… Mempermain-mainkan Allah, Nabi Muhammad dan Islam!!!… Weiii… Engkau siapa hah nak mempermain2kan Allah… Sedangkan engkau sendiri diciptakan Allah, masih lagi nak sombong!!!!


Heh!!


Allahu Akhbar…


Terasa diri sangat sedikit memberi sumbangan untuk mempertahankan Agama… Masih lagi mahu bermain-main dalam memperjuangkan agama Allah, masih lagi tidak mahu bersungguh-sungguh... Apabila isu kalimah Allah diperdebatkan.. Adakah kau akan marah??.. Apabila orang kafir mahu mengantikan nama tuhan mereka kepada nama Allah.. Adakah kau akan marah??.. Apabila laman web itu menyiarkan karikatur kurang ajar, adakah kau akan marah??.. Apabila Nabi Muhammad rasul tercinta dihina, adakah kau akan marah?? Apabila Masjid Al Aqsa di injak2, adakah kau akan marah??? Apabila Islam agama mulia dihina, adakah kau akan marah??


Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar.. Allahu Akbar…


Laa ilaahaillaa anta subhaanaka innil kuntu minazhzhalimin


Terasa sangat sedikit aku memberi sumbangan kepada Islam… Adakah kita masih nak duduk diam apabila Islam di injak2… Marilah kita pertahankan Islam… Tidaklah aku suruh korang semua untuk pergi bakar gereja, itu kerja merepek… Tidaklah aku suruh tembak paderi… Isk.. Gila apa.. Berdosa bunuh orang… Tapi marilah kita mengajak diri kita dan keluarga kita kembali kepada Islam dengan sebenarnya.. Mengajak kawan-kawan kita kembali kepada Islam.. Mengajak masyarakat kita kembali kepada Islam… Dengan cara umat Islam kembali kepada Islam dengan sebenarnya, maka orang kafir tidak akan berani mempermainkan agama kita.. Pokok pangkalnya diri kita sendiri… Adakah kita sensetif dengan isu Islam… Adakah kita ambil berat dengan isu Islam… Adakah kita masih buat tak tahu jika Islam dipermainkan… Ataukah kita masih lagi duduk depan tv layan Raja Lawak, Raja SMS, Idola Kecil, Akademi Fantasia dan merepek meraban entah apa2 yang jelas dan terang menjauhkan kita dari Al Quran… Marahlah jika Islam kita dipermainkan… Marahlah jika Nabi kita dihina… Marahlah jika masjid kita dirampas… Marilah kita marah untuk mempertahankan Islam….


Adakah kau akan marah????


AL Fatihah Untuk Baginda Sultan


p/s : Siapa pandai hack laman web??? Boleh tolong ajar aku???



Tuesday, January 26, 2010

Aku Kembali...!!!!




Assalammualaikum Warahmatullah…


Salam Ukhwah… Salam Tarbiyah… Salam Mujahadah…


Semoga hari ini lebih baik dari semalam…


Hampir 7 bulan blog aku tidak disentuh… Biarkan sahaja ia bersawang secara besar-besaran… Malah mungkin sudah dilupakan oleh mereka-mereka diluar sana… (perasan blog ramai peminat.. heh)… Kini aku kembali dengan idea-idea penulisan yang entah apa-apa…


Masa mula dulu aku dah mula slow dalam blog aku ni.. Ada orang dok usyar2 kenapa dah tak update blog lagi… Isk.. Bukan tidak mahu update tapi masa mencemburui aku… Di samping tak ada mood untuk menulis masa tu. Idea ada, tapi entahlah.. Mood yang tak ada… Sekarang aku kembali insyaAllah untuk mengaktifkan blog aku ni dengan perkara-perkara yang aku tak puas hati dan aku luahkan dalam blog aku ni… Heheh suka hati aku je…


Kepada yang sedang tertunggu-tunggu post dari aku… Ini adalah post pertama didalam tahun 2010… dan akan menyusul post-post yang akan datang… Tengoklah… Kalau aku rajin, aku update hari-hari.. Kalau tak, seminggu sekali. Kalau tak, sebulan sekali. Kalau tak, setahun sekali… Bergantung kepada idea dan mood aku rajin/tak untuk menulis…. Heheh suka hati aku la..


Ingin aku jelaskan disini, blog ini adalah blog suka-suka.. Aku menulis adalah kerana ketidakpuasan aku terhadap diri aku sendiri (peringatan untuk diri aku terutama) dan aku luahkan didalam blog supaya aku ingat yang aku ada mengingatkan orang lain. Maka aku adalah yang pertama-tama wajib melaksanakan apa yang aku cakap… Blog ini adalah mengenai nasihat-nasihat untuk diri aku sendiri dan orang yang membacanya. Tak kiralah ramai ke tak ke yang baca, yang penting aku menulis untuk menasihati diri aku yang mudah lupa dan lalai ini.. Sekali gus menasihati orang lain juga… Alhamdulillah… Mudah-mudahan amal aku yang tidak seberapa ini Allah pandang ia sebagai amal jariyah….


Wassalam…


Jom usyar…

Related Posts with Thumbnails