Wednesday, January 1, 2014

Tahun baru ini, apakah masih sama dengan tahun lepas?





  
Siapa sangka kita sudah sampai ke tahun 2014. Secara lazimnya, setiap orang akan memperbaharui azam tahun barunya. Ada orang azam tahun barunya adalah nak beli rumah baru, ada orang yang azam tahun barunya  adalah beli kereta baru, ada orang azam tahun barunya adalah untuk menikah!.

Indah sekali jika azam seseorang itu adalah untuk menjadi diri lebih baik. Berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kita semua harus ada azam tersebut!

Tidak salah jika mahu azamkan hal2 dunia – kereta, rumah, menikah – tetapi mendekatkan diri kepada Allah itu haruslah azam yang paling atas sekali.

Harus diingat, semakin bertambahnya tahun, maka semakin dekatlah kadar kematian kita. Dan paling mengerikan sekali, kita sebenarnya tidak tahu pun bila Allah mahu panggil kita kembali pulang kepadaNya. Adakah kita sudah bersedia?

Mari kita semua pasakkan azam pada tahun ini – belum terlambat – azam untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menjadi insan yang Mukmin Soleh!

Usaha

Sekadar azam sahaja ia tidak cukup. Ia harus selari dengan tindakan atau nama lainnya USAHA. 

Zaman sekolah dulu sering diungkap “Usaha Tangga Kejayaan”

Saya kira ia masih valid lagi walau kita sudah dizaman veteran.

Apatah lagi ia melibatkan urusan akhirat. Usaha itu penting untuk kita mendapatkan sesuatu yang dihajati. Sesuatu azam atau perkara yang kita inginkan harus disertakan dengan usaha dan kehendak yang kuat. Kalau nak beli kereta, harus kerja sungguh2. Kalau nak dapat no 1 perlu usaha sungguh2. Bergitu juga azam mahu mendekatkan diri kepada Allah, azam untuk menuju kepada Allah. Ia harus disertakan dengan tindakan. 

Rajin2lah jemaah di masjid, bergaullah dengan orang baik2. tutuplah aurat dengan sempurna, baca Al Quran setiap hari.

Semua ini memerlukan tindakan, usaha. Percayalah sinarNya akan datang dengan gemerlapan. Jangan lupa berdoa!

Kadang kala berdoa sahaja tidak cukup. Akhirnya ia kembali juga kepada usaha. Jika hari2 kita berdoa, tapi tindakan kita tidak menunjukkan kita mahu berubah contoh masih pakai seksi, tidak solat 5 waktu, malas baca Al Quran dan lain2, maka sia2 saja doa tersebut.

Bulatkan tekad

Tahun ini, ayuhlah kuatkan azam dan tekad. Kembali dekatkan diri kepada Allah. Berubahlah untuk menjadi hambaNya yang taat. Usahlah seperti tahun2 lepas. Kononnya berazam mahu berubah, tetapi masih lagi ditakuk lama. Masih tegar melakukan maksiat. 

Sudah, cukup-cukuplah!

Bangkitlah buktikan azammu itu.



Related Posts with Thumbnails