Monday, March 29, 2010

Saturday, March 13, 2010

Pilihlah Aku Untuk Ikhlas Ya ALLAH..



Sejenak kita renungkan..

Semoga ada ikhtibar yang kita dapat ambil bersama dalam melayari bahtera kehidupan.

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang fikiranku. Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik hati kepada diri sendiri. Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain. Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri. Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu. Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa. Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia. Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula. Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung. Pada ketika itu hati pun berbunga. Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya. Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatasi semua. Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu. Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam. Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak dipermukaannya. Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA. Ketika aku keliru, tunjukkanlah. Ketika aku lemah, perkukuhkanlah. Ketika alpa, ingatkanlah. Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu. Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir. Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

sumber = SiNaR aBaDi

Friday, March 5, 2010

Download Kuliah Hadits



Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Salam Tarbiyah, Salam Ukhwah, Salam Juang, Salam Semangat, Salam Lebih Hebat...

Semuga hari ini lebih hebat dari semalam!!...

Alhamdulillah....

Hari ni agak lambat ke kelas ustaz. Pukul 645 pg.. hantar sahabat ke tempat kerja. Di Taman Uda Utama. Punyalah ramai kereta. Sampai jemm... aduii la orang nak pergi kerja.. Awalnya....
Sampai kelas pukul 735.. Kelas dah mula.. Isk aku tak tahu apa topik harini. Sebab lambat datang... Isk..

Apa2 pun tak apa lah... Minta maaf pada semua sahabat.. Sound macam tak berapa kuat. Dinasihatkan pakai la earphone.. Dan buka volume paling kuat.. Hehe...

Download kat sini .. >>> Ustaz Othman - Kuliah Hadits

Semoga bermanfaat..

Wallahu'alam..

Thursday, March 4, 2010

Berhati-hatilah.. Takut kita menjadi fitnah kepada agama kita





Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh…

Salam Ukhwah.. Salam Tarbiyah.. Salam Kasih Sayang.. Salam Luar Biasa Hebat!..

Semuga hari ini lebih baik daripada semalam..

Hanya pandangan…



Aurat..

Sangat sedih apabila melihatkan keadaan umat sekarang. Aurat entah kemana. Seperti hilang pedoman. Bertambah sedih apabila mengenangkan pelajar sekolah agama membuka aurat. Mereka bukan calang-calang orang. Berpendidikan agama. Ana sangat sedih apabila melihatkan pelajar-pelajar, ambil kos agama, tetapi dressing macam ambil kos engineering.. Bertudung pendek, jarang pulak tu.. Dulu masa sekolah agama, tudng sangat litup.. Terkiput-kiput jalan dengan sopannya.. Tapi bila masuk alam universiti, hilang semua imej dahulu.. Ada pula, bila ana ziarah ke bilik, bila ditanya, dulu sekolah mana. Jawapnya SMKA @ Maahad.. Aduhh.. Malu melihat cara pemakaiannya. Memang benar ianya hanya dibilik. Dan tidak disaksikan lelaki, tetapi aurat sesama jantina juga perlu dijaga. Ana kadang-kadang serba salah jadinya. Nak tengok salah, tak tengok, tertengok pulak.. Aduii laa…

Couple..

Dewasa ini, ramai benar yang bercouple. Malah sampaikan berdebat di dalam forum mengatakan yang couple ni boleh ke tak. Yang boleh terima, Alhamdulillah..Yang boleh terima hanyalah mereka yang biasa-biasa. Maklum tiada ilmu agama tinggi. Yang tak boleh terima, sanggup berdebat, tak apa.. Perjuangan bercouple harus diteruskan.. Yang sedih, yang berdebat bukan orang biasa-biasa. Tapi orang agama. Dan perjuangkannya atas nama “Couple Islamik”. Maka keluarlah dalil2. “Lelaki dan perempuan adalah penolong antara satu sama lain”. Dan juga keluarlah ayat-ayat cinta dan ayat-ayat bombastik memperjuangkan hak mereka untuk bercouple islamik..

“Couple memang tak boleh kak, tapi Couple Islamik, boleh!”.

Aduii la.. Yang cakap bukan calang-calang orang.. Orang agama. Orang yang ambil jurusan agama. Orang haraki. Orang dakwah. Orang berfikrah. Alasannya..

“Kami hanya bermessage kak, tak pernah jumpa pun”.
“Dia sangat baik kak, kejutkan saya Qiam setiap hari, menyuruh saya hafal 1 juz setiap bulan”

Yang cakap bukan calang-calang orang.. Orang agama. Orang yang ambil jurusan agama. Orang haraki. Orang dakwah. Orang berfikrah.

Harus di ingat dan harus jangan dilupakan. Allah mengingatkan kita didalam Al Quran. Surah Al Isra’ ayat 32.

“Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh sesuatu perbuatan keji, dan sesuatu jalan yang buruk”. (17:32)

Dan juga hadis daripada Baginda Nabi..

“Telah ditetapkan atas manusia bagiannya dari zina. Ia pasti mendapatkan hal yang demikian itu. Zinanya mata adalah memandang, zinanya telinga adalah mendengar, zinanya lidah adalah berbicara ,zinanya tangan adalah meraba, zinanya kaki dengan melangkah dan zinanya hati dengan berkeinginan, berangan angan dan membenarkan atau mendustakan kemaluan.”
(Riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud dan lain lain)

Malas la nak cakap panjang2. Yang bacanya orang agama.. Ilmu lebih banyak sekaali.. Pasti lebih cepat faham dari orang yang bukan ahli dalam agama..

Apa kata mereka yang bukan ahli dalam agama..


Aurat

“Eh, boleh la pakai tudung pendek. Kau tengok ustazah tu. Belajar dekat Mesir apa. Amik kos dakwah tu. Nak pegi sana naik kapal terbang. Inikan pulak aku, yang pergi sekolah jalan kaki, tak pernah pun sekolah agama. Agak2lah, aku lagi2lah boleh pakai tudung pendekkn?. Maklum ustazah yang ambil jurusan agama pun boleh pakai tudung pendek.”

"Ehh boleh la pakai tudung pendek. Kau tengok dia tu, dia tu amik kos agama tau. Makna kita ni yang amek kos sains komputer lagi2 laa boolehh"

“Engkau tengok ustazah tu. Belajar luar negeri.. Hafal Quran 30 jus. Tak adalah kolot macam kau. Pakai tudung labuh. Mengalahkan orang belajar agama. Tengoklah ustazah tu sporting pakai tudung kaler2 lagi”

Couple


“Boleh la kak couple. Tu haa, akak angkat saya amik jurusan agama. Dia bercouple dengan kawan sekolah dia masa dekat maahad dulu. Sekarang lelaki tu ada kat Mesir. Balik nanti diorang akan nikah. Mereka pun baik. Saling mengejutkan masing2 untuk bertahajjud.”

Ehh semalam ada nampak 2 pasangan. 2 perempuan dan 2 lelaki. Sedang mengadakan pertemuan. Di suatu bilik yang agak jarang dilalui orang pelajar lain. Lelaki berkopiah putih melepak. Yang perempuan bertudung labuh. Ohh bila mereka keluar, katanya sedang berliqo’ untuk program akan datang. Kenapa mesti genap. 2 lelaki dan 2 perempuan?? Di bilik sunyi?? Pulak tu berkopiah dan bertudung labuh??..
Weii, hang kena jaga2.. Dari mata turun ke hati, terus ke lutut!

Apa kata mereka yang nampak..

“Ehh boleh la kalau nak meeting sama2.. Tu haa ustat2 dan ustatzah tu boleh je meeting bersama2.. Makna kita yang bukan ustat ni lagi2 la boleh buat lebih dari mereka.. Kan.. kan..”

Kesimpulan…


Orang luar melihatkan kita (pelajar/ahli agama) sebagai contoh. Janganlah kita menjadi fitnah kepada agama kita sendiri…

"Tak apa la kak, ana dah tahu semua ni.. Ana dah belajar dah. Ada ustaz bagitau ana". Kata seorang pelajar agama kepada pelajar yang bukan kos agama.. Kalau dah tahu, amalkanlahhh..

Maklum ana bukanlah ahli dalam agama.. Ana bukan ambil kos agama. Ana cuma memberikan pendapat kepada yang ahli dalam agama. Janganlah kita seperti umat2 terdahulu. Apabila diberikan ilmu, merasakan boleh untuk berbuat yang tidak boleh (aurat dan couple) kerana merasa diri sudah sangat2 berilmu..

“Maka ketika para rasul datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, maka mereka merasa senang dengan ilmu yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh (azab) yag dahulunya mereka perolok-olokkan.” (Surah Al Ghafir : 83)

Ana memohon ampun dari Allah, dan meminta maaf dari antum semua..

Ini hanya sekadar pandangan.
Pandangan mungkin betul.
Dan mungkin juga salah.

Wallahu’alam..

silalah singgah >> jangan merapu

Related Posts with Thumbnails