Assalammualaikum Warahmatullah…
Salam Ukhwah… Salam Tarbiyah… Salam Mujahadah…
Semoga hari ini lebih baik dari semalam…
Hampir 7 bulan blog aku tidak disentuh… Biarkan sahaja ia bersawang secara besar-besaran… Malah mungkin sudah dilupakan oleh mereka-mereka diluar sana… (perasan blog ramai peminat.. heh)… Kini aku kembali dengan idea-idea penulisan yang entah apa-apa…
Masa mula dulu aku dah mula slow dalam blog aku ni.. Ada orang dok usyar2 kenapa dah tak update blog lagi… Isk.. Bukan tidak mahu update tapi masa mencemburui aku… Di samping tak ada mood untuk menulis masa tu. Idea ada, tapi entahlah.. Mood yang tak ada… Sekarang aku kembali insyaAllah untuk mengaktifkan blog aku ni dengan perkara-perkara yang aku tak puas hati dan aku luahkan dalam blog aku ni… Heheh suka hati aku je…
Kepada yang sedang tertunggu-tunggu post dari aku… Ini adalah post pertama didalam tahun 2010… dan akan menyusul post-post yang akan datang… Tengoklah… Kalau aku rajin, aku update hari-hari.. Kalau tak, seminggu sekali. Kalau tak, sebulan sekali. Kalau tak, setahun sekali… Bergantung kepada idea dan mood aku rajin/tak untuk menulis…. Heheh suka hati aku la..
Ingin aku jelaskan disini, blog ini adalah blog suka-suka.. Aku menulis adalah kerana ketidakpuasan aku terhadap diri aku sendiri (peringatan untuk diri aku terutama) dan aku luahkan didalam blog supaya aku ingat yang aku ada mengingatkan orang lain. Maka aku adalah yang pertama-tama wajib melaksanakan apa yang aku cakap… Blog ini adalah mengenai nasihat-nasihat untuk diri aku sendiri dan orang yang membacanya. Tak kiralah ramai ke tak ke yang baca, yang penting aku menulis untuk menasihati diri aku yang mudah lupa dan lalai ini.. Sekali gus menasihati orang lain juga… Alhamdulillah… Mudah-mudahan amal aku yang tidak seberapa ini Allah pandang ia sebagai amal jariyah….
Wassalam…
Jom usyar…
1 comment:
Salam 'alaik..
Hampir 7 bulan?
Wah! Juara bertahan nih.
Apapun,
selamat kembali.
=)
Post a Comment