Wednesday, April 28, 2010

Khusyuk Solat??



ada caranya nak khusyuk
kena tahulah apa kita buat tu
buat untuk siapa
kena tahulah
hakikat segalanya yg di lakukan tu, opo?

Ingat tak
Ingat itu dengan tetap fokus, ibarat meditasi, tenang hanya ingat yg di ingat sahaja

solatlah untuk mengingati AKU

pernah tak try, 10 minit, sebelum solat, ready tunggu masuk waktu solat fardzu
tunggu dgn zikir dalam hati, badan tetap, tak goyang sana sini, mata celik, ingat Allahu

pastu tak ingat selainnya
pastu di qamatkan...........bangkitalah, dirimu sucikanlah, tuhanmu agungkanlah - Allaahu akbar

semuga ada pelajaran ya

sumber

Wednesday, April 21, 2010

COUPLE.. boleh ke tak ni..??? Mesti la tak!




Orang bercouple nak sangat menangkan jugak yang couple tu boleh ye...
Seronok ye?
Inilah salah satu serangan pemikiran yang disusun oleh puak2 tak bertanggungjawap...
(sedor2 la ye yang diri tu dah terkena serangggg)
Agaknya nak terangkan macam mana lagi ye..?

Ada juga persoalan ditimbulkan..
"Mana ada dalam Al-Quran yang kata couple tu HARAM, tak ada pun, boleh tunjukkan?"
"Mana ada ayat dalam Al Quran cakap, 'Janganlah kamu berkasih2an antara lelaki perempuan', kalau ada boleh tunjukkan sekarang??"

Owh, nak Allah sound direct ye?
Nak Allah bgtau direct ker..?

Hehe kelako.. nak gelak dengor..

Bila keluarkan ayat
"JANGANLAH kamu menghampiri zina...." (17:32)

Masing2 tak boleh terima.. Maklumlah.. Konon2 tak buat ZINA..

Tapi kena ingat ye..
Mengikut fawa Dr Yusuf Qardhawi ada mengatakan..

"Jika sesuatu perkara itu HARAM, maka jalan2 menujunya juga HARAM!"

Makna nya apa??

Kalau dah ZINA tu HARAM!, maka couple juga HARAM!
Sebab...
Couple adalah jalan2 menujunya ke arah penZINAan..

Mula2 msg. Datang plak rindu. Lepas tu call. Datang plak sayang. Lepas tu jumpe, lepas tu???
Ape starting dia kawan2..??
Ye.. betul...
COUPLE

Aiyooo..
Ni bukan extremm tau...
Cuma bagi nasihat..

Apa2 pun.. Lu pikir la sendiri...

Maaf..

Sunday, April 18, 2010

slogan baru .. TIADA HARI TANPA SEDEKAH



Hari2 sedekah

Ada berani?

Cubalah!

Jangan pandai cakap je tau..


Susah ke nak sedekah?

Adoii..

Ingat sikit ye..

Rezeki bukan kau punya sorang ye..

Allah bagi RM10,

Hulur2 la kat orang..

Allah bagi kereta..

Adoii, jangan plak bagi kereta tu kat orang..

Lurus ape?!

Permudahkanlah urusan orang..

Bantulah mereka..

Jangan lah berkira sangat..

Jangan la kedee sangat..


Oh hoiii

Yakinlah rezeki Allah bagi..

Rezeki orang ada pada kita jugak..

Hulur2 kat orang..

Tak rugi oii..

Harta yang kita sedekah tu lah harta kita sebenarnya..

Harta yang kita simpan tu harta orang ye..

Jangan syok sendiri ye..

Kumpul harta banyak2..

Jadi Hajah Bakhil…

Aii dah Hajah ke??

Jangan perasan ye..


Engkau membantu orang,

Itu sedekah..

Engkau alihkan duri kat tepi jalan,

Itu sedekah..

Buat baik..

Itu sedekah

Yang paling best!

Engkau senyum..

Heii itu pun sedekah tau..


Adoii..

Kenapa susah sangat nak bagi sedekah..

Ingatlah…

Semua milik Allah..

Apalah berkira sangat..

Bukan milik kita pun..

Kedekut sangat…

Allah ambil balik nanti..

Padan muka kau..



Monday, April 12, 2010

Nak tegur orang berdua2an bawah pokok?? Tegurlah.. Tapi…



Salam..


Ops bukan kepoh tau..

Cuma nak tolong, jangan buat dosa ye..

Aku geram bila tengok ada orang berdua2an..

Takkan geram je kot..?

Takut termengumpat plak..

Maka, bertindaklah!..


(“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”(17:32))


Sekali ternampak orang berdua2an dibawah pokok..

Malam2 plak tu..

Sorang atas moto, sorang berdiri..

Yang diri perempuan, yang atas moto, lelaki..

Adoiii..

Yang perempuan, sanggup lama2 berdiri..

Tak penat ke..?

“Demi cintaku padamu.. Kesakitan kakiku akan ku pertahankan”


Datang la dekat2..

Cara perlahan2..

Kita terjah!..

Ingat.. jangan ikut emosi tau.. Kita nak tolong mereka.. Mesti dengan kasih sayang..

Kalau kau lelaki, pandang la mata lelaki tu..

Kalau kau perempuan, pandang la mata perempuan tu..

Jangan terbalik plak ye..

Nanti kau pulak join the club.. adoii..

Pandang mata dia dalam2.. Penuh makna..

Dalam hati.. berdoalah..

“Ya Allah, lembutkanlah hati dia”


Maka..

Katalah pada mata yang dipandang tu..

“Assalammualaikum, suami isteri ke ni?.. Kalau bukan, jangan la duduk macam ni ye.. Malam2 gini.. Berdua2an.. Lelaki perempuan.. Isk.. Tak elok tau, orang nampak.. Kalau orang nampak nanti, mengaibkan..”


(“Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.” (4:63))


Berdesuppp pergi dia..

Tak percaya, buat laa..


Kalau dia tak nak pergi jugak macam mana, anazahra?


Ha ah ye..

Ye tak ye tak ye jugak…

Hmm diri la lama2 kat situ..

Selagi mereka tak blahh..

Kalau kau jalan kaki, tunggu lah.. Buat tak tahu je.. Main2 msg ke..calling2 orang ke.. Baca buku ke..

Kalau kau dalam kereta.. Matikan enjin.. Buat tak tahu je.. Kuatkan radio IKIM.fm.

Jangan HOT.fm plak ye..

Kalau kau atas moto..Matikan enjin.. Siap stand moto tu tak tahan.. Buat dekk aje la..

Lama2kan mereka panas..

Maklum.. ada orang ke 3..

Mesti mereka bengang..

“uwaa.. rosak program aku nak dating hari ni.. “


Ops..

Jangan tanya mereka ye..

“Mak awak ni tau tak awk buat keje gini”

“Cuba bayangkan, mak awak sedih tak bila awak buat keje gini?”

“kamu tahu tak apa hukumnya bila kita buat keje gini?”

“saya sedih tau awak buat keje gini.. Awak tak sedih ke..?” adeii..

0o0o0o0o…

Jangan soal dakwa mereka ye..

Mereka dah steady dah jawapan untuk soalan2 kita..

Mereka lagi superb o0o0o..

Jangan tanya mereka soalan2 lain..

Hanya tanya..

“U all ni husben n wife ke?”

Mesti mereka tercengang2 nak jawap..

Comfirm la tak.. yuhuu..

walau kita dah tahu..

kikiki..

Kelako..


Yang penting kawan2..

Jangan cepat melenting ye jika mereka melawan..

Sabar..

Bertindaklah secara matang, secara rasional.. secara berhikmah..

Jangan lupa bagi sedekah tau…

Senyumm…


Eeyeay..

Selamat beramal!



Sunday, April 11, 2010

Umur makin pendek, bukan makin panjang..



Uwaa..
Dah banyak tau..
Sedar diri ye..
jangan banyak main2..
Muhasabah dirilah..
dah suku abad oii..

Apa kau buat selama ni Allah redha tak..??

Kena beringat ye..
Selalu beristighfar..
Mati tak tahu bila2 ye datang..
Kalau nak datang, dia terus sambar je kau tanpa tunggu "eh nanti satt no.."
Kau banyak dosa tau!!
Sedar diri ye..
Adakah mati dalam ketaatan? Atau mati dalam keingkaran?
Kena ingat dalam kepala ye...

Jangan sedih, jangan melemah, jangan putus harap...
ALLAH Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Pemberi Rahmat..
Sayangnya Allah pada kita disampaikan pesanNYA pada Nabi tercinta..
"Rahmat-KU melebihi murka-KU"
Bertaubatlah kau..
Muhasabahlah apa yang telah kau perbuat sepanjang suku abad ni..

Mulakan umur baru dengan semangat yang baru..!!!

Selamat Hari Lahir wahai diri...
11 April 2010

Related Posts with Thumbnails