Thursday, April 30, 2009

Maafkan aku...


Time : 2.51 ptg mlm

Tempat : Sultanah Zanariah Perpustakaan..

Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh….

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.. Yang mana dengan izinNya dapatlah aku mengecapi nikmat tarbiyah ini. Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam.. Yang mana dengan izinNya dapatlah aku merasai nikmat menuntut ilmu dimenara gading. Walaupun tidaklah seberjaya Madihah, dan tidaklah sepintar Adi Putra, dan tidaklah secun Saffiyah.. (ehh ape pulak ni) tetapi Allah masih lagi memandang aku yang banyak sangat kekurangan diri…

Daripada seorang penuntut Politeknik Johor Bahru. Ketika itu aku masih jahil mengenai Islam. Hanya faham Islam adalah hanya sekadar agama biasa. Jangan tidak ada agama, bisik hatiku. Hanya faham Islam hanya perlu solat dan tutup aurat (wpun aurat ku masa tu on off)…

Dengan berbekalkan pointer yg ntah apa2… Merasakan diri ini tidak layak menjejakkan kaki ke UTM. Alhamdulillah aku diterima masuk ke UTM. Selama disitulah aku kenal apa itu tarbiyah. Maha Suci Allah yg Maha Mengetahui kebaikan utk hamba2Nya.. Antara ramai2 manusia di bumi UTM, Allah telah memilih hati ini. (haha.. . sebaknya.. Jaga2 nnti org sblh kiri, sblh kanan, dpn, blkg nmpk ko menangis.. Dah la depan ko tu mat saleh woii… cis!!)…

Dan akhirnya tibalah jua detik2 yg ditunggu2… Aku mmg nk sangat grad… Tetapi mengapa ada sahaja halangan. Hanya tinggal 1 subjek saja (Projek Sarjana Muda).. Hati merasa penat, jiwa merasa lelah.. Tubuh badan jangan cakap lah.. Ingin saja aku pergi ke Bandar Cerap dan ku ingin sekali menjerit sekuat hati… Arghh!!! Penatnya aku!!!… Bila semua ini akan berakhir…!! Tp xboleh pulak… Suara perempuan itukan aurat.. cehhh… Utk pengetahuan Bandar Cerap adalah bandar yg terletak di dalam UTM. Ia sebenarnya adalah pusat utk melihat anak bulan kot2 esok nk raya atau lusa raya bolehlah tengok anak bulan disitu. Tapi xlah seglemer tmpt2 yg selalu disebutkan di TV tu.. Bandar Cerap adalah tmpt yg tertinggi di UTM.. Ia adalah sebuah bukit. Diatas bukit tu ade sebuah bangunan usang. Kalau kite naik bangunan tu, kita akan nmpk seluruh Skudai Johor.. Heh!...

Balik kepada cerita aku..

Harini sepatutnya aku akan viva PSM.. Aku msg penyelia aku katakan aku xsiap lagi dan ada mslh n aku nk jumpa dia.. Bukannya aku tidak usaha… Penatnya jiwa memikirkan mslhku ini.. “Xperlu jumpa”. Jawapnya.. Terkesima aku. Lemahnya lutut. Longlai segala urat2 sendi… Terbayang wajah ibuku, abah, famili, ‘lecturer’ku, akhwat yg kusayangi semua, penyeliaku.. Aku telah mengecewakan mereka…. Kemana ingin ku langkah kaki ini… Akhirnya diri ini ke Sultanah Zanariah Perpustakaan. Mencoretkan isi hatiku diatas sekeping kertas maya ini…meluahkan apa yg terbuku serta sesak lagi menyesakkan..

Maafkan aku wahai ibuku, maafkan aku wahai abahku, maafkan aku wahai penyeliaku, maafkan aku wahai ‘lecturer’ku, maafkan aku wahai akhwat2ku… Aku telah mengecewakan kalian… Hati ini sebak memikirkan harapan menggunung yg kalian berikan kpd diri ini.. Dan hati ini merasakan jatuh ke dalam gaung yg dalam jika harapan itu tidak aku sampaikan. Hiba dan sedih memikirkan amanah yg diberikan tidak dapat ku tunaikan… Aku adalah hamba yg lemah segala2nya.. Maafkan aku… Terima kasih dgn dorongan dan sokongan yg kalian berikan. Kalian adalah insan terbaik.. Dan aku mohon, Jangan jemu memberikan sokongan dan dorongan kpd diri ini. Waktu ini, diri ini merasakan tersangat lemah nk pengsan… heee…

p/s: Autostitch inilah psmku klu korang nk tahu…boleh klik kat sini, sini, dan sini .. nnti aku ceritakan detail mengenai psmku ini apabila aku dah berjaya kelak… insyaAllah.. doamu ku pohon.. Sape boleh tolong aku angkat tangan..??!!!


6 comments:

satuKALIMAH said...

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

Buat Ukhti fillah ku yang tercinta..

Allah sentiasa menjagamu selagi engkau menjagaNYA..

Sesungguhnya Dia tak pernah meninggalkan hamba yang dikasihiNya dalam kenikmatan dan kelalaian..

Yakinlah ukhti..Allah sedang melihat usaha dan betapa nti benar2 bergantung padaNya..

Ana pernah merasai apa yang nti rasai..dan sesungguhnya ujian yang nti hadapi adalah lebih berat daripada apa yang ana hadapi..

Allah telah memilihmu dan Dia tidak akan menjadikan kesukaran untukmu dalam agama..

Yakinlah dengan rezeki yang telah Dia sediakan bagimu ukhti..

Ana doakan yang terbaik buatmu..

intankuterpilih said...

xperlaa...wat ajer yg termampu...yg penting kite dah usaha dan berdoa...semua yg terjadi tu dengan izin Allah..mungkin Allah nak menguji kite...di mana kite nie tahan ke tak ngan ujianNya...jgn putus asa..cuba dan cuba lagi...kalau ditakdirkan rezeki kite bukan di sini, mungkin ader di tempat lain...Allah tu Maha Adil...Kakakmu sentiasa memberi dorongan dan sokongan walau apa pun keadaanmu...Semoga tabah mengharungi semua ini...

Pedagang dibumi selatan said...
This comment has been removed by the author.
Pedagang dibumi selatan said...

uhti...sebaknyer rasa bila mendengar rintihan mu..sabar ya..Allah sedang mengujimu dan jua diriku... moga ditunjukan jalan dan dipermudahkan urusan...

Ya Allah,Lapangkan lah dada kami dengan karunia iman dan indahnya tawakal pada mu...(kemudian leh sambung sendiri ek)..

ukhti said...

salam,

"Allah tidak membebani seseorang melainkn sesuai dgn kesanggupan" (2:286)

Ya ukht,ujian yg dtgnya dripada Allah kdg2 perit,ringan,sukar dan semuanya itu diberikn kpd org2 mukmin agar lebh mengenali,lbh rapat dan mgharapkn pertolongan kpdNYA..semakin besar pgharpan kita kpd Allah,semakin dekat diri ini kpd Allah..

Ana yakin nti sudah berusaha dgn sebaiknya,tetapi Allah lah yg menentukn segalanya..Dialah perancang yg terbaik..sifat Allah maha pengasih dan penyayang uhkti..

bersabarlah dengan ujian yg diberikan,minta pertolongan agar diberikn kekuatan mghadapinya...yg plg pntg jgn mudah berputus asa..kuatkn semgt, perbaiki bahagian mana yg kurang...

setiap kali ujian yg diberikan kpd kita mematangkn jiwa,fikiran serta amalan kita ukhti...peringatn bersama tingktn hubgn kita dngn pencipta kita agar setiap tindakn mendapt peunjuk dan keredhaanNYA...bertawakallah kpdNya,sentiasa bersyukur kpdnya dan berdoa agar diberikan kesabaran,kesanggupan dan keberanian dalm diri,terutamanya peringatn ini diberikn kpd ana..

teruskn perjuanganmu uhkti.."Allah akn melihat perkerjaanmu,begitu juga rasul dan org2 mukmin...(9:105)

salam jihad fisabilillah for ummah.:)

AsIAh YuSRa said...

salam ukhti...
jangan risau itu semua dugaan..
ana pun pernah alami..
siap SV tu ckp
"ni kamu nak present kat saya??"
(pastu dia trus kuar dr lab)
"saya kecewa ngan kamu" ..
tp kita tau apa yg kita buat kan,
kita dah usaha yg terbaik,
Ukhti teruskan berjuang,
dalam masa yang sama ,
bangun wat qiyam,
itu sumber kekuatan kita,
dia boleh marah2 ukhti,
tp segala2nya dari Allahkan,
kalo Allah nk ukhti berjaya,
InsyaAllah ukhti akan berjaya,
Allah lihat pada usaha kita ukhti..
PUT UR TRUST IN ALLAH

Related Posts with Thumbnails