Sunday, December 19, 2010

Doa untuk dapat couple




Assalammualaikum..

Kawan2..
Sapa yang masih single?? Sila angkat tangan!!

Doa ini adalah untuk dapat couple..
Hah..
Mesti teruja betul yang masih single2 tu ye..

Yang pasti, jangan silap paham pulak..
Doa ini adalah untuk dapat couple yang sah (suami/isteri)
Harus di ketahui..
Couple yang tak sah, salah disisi syarak..
So, kalau yang betul, couple la betul2..
Iaitu nikah..
 ada berani?!
Kalau tak berani, jangan la couple olok2…
Tetapkanlah motto dalam diri..
Ada berani?!

Kalau yang masih single2,
Banyak2kanlah amalkan doa ni ye..
Mintalah pada Allah..
InsyaAllah, Allah akan perkenankan permintaanmu..

Doanya adalah ...




  Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (25:74)


Dan juga ini ...


“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah
aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim..

Semoga Allah permudahkan urusan ummat kekasihNya..
Allahumma Amin Ya Latiff..



10 comments:

manna_salwa said...

salam,
tQ for sharing.. memang menarik. n tajuk pun uat org curious n bace..

:) keep it up!

mekchu said...

alamak.. bahaya ni kalau mekchu baca.. huhuhu...

neway, nice blog & kenal thru geng blogger di fb..

Puteri Iqa Izyan said...

hehehe..ingatkan kapel2 mcm budak2 zmn skang ni..

btw, thanks for sharing nice tips and doa :)

dwaty said...

nice sharing...

::..Dia daYa..:: said...

salam

terima kasih untuk doa ini.

atOn said...

salam 'alaikum... =)
syukran jazilan..
good sharing my fren..

deqdeq said...

Ustazah DeQdEq penah bagi juga doa nih kt DeQdEq sbb masalah yg DeQdEq hadapi...bleh tgk sini dan tlg bg pendapat kt DeQdEq....http://diyanayaccob-deqdeq.blogspot.com/2010/12/hanis-zalikha-memahami-apa-yang-dilalui.html

liyana said...

salam singgah..
nice entry.amin.. smg kita semua sentiasa dipelihara kan.. :)

cik arnab said...

moga dipermudah kan segala urusan olehNya.. kalau jodoh xkemana, xkan lari gunung di kejar..kita hanya perlu istiqamah dalam berdoa supaya Dia selalu beri yg terbaik utk kita..

Wan Nornajwa Wan Othman said...

terbaikkkkkkkkkkkkk!!!! (^_^)V

Related Posts with Thumbnails