Sunday, November 28, 2010

Kalau orang puji, kita nak jawap apa…??


 

Assalamualaikum…

Kawan2…
Pernah tak dipuji orang??
Baguskah jika mendapat pujian?

Pujian itu sebenarnya tidak elok untuk diri sendiri..
Ada hadis dari nabi yang mengatakan jangan berlebihan dalam pujian..
Jangan berlebihan dalam memuji manusia..
Jika kawan2 mahu tahu apakah hadis itu,
Kawan2 boleh tanya pak cik google..
Beliau sangat setia menjawap..

OK..

Kalau orang selalu jugak puji kita, kita nak jawap apa..??

Contoh:

“Eh, besarnye keta kau, mesti banyak duit ni”
“Eh, dah jadi jurutera sistem dah sekarang, bagus la kau ni”
“Kau ni memang baik laa..”
“Wahh, cantiknya baju kau”
“pandai la anak kau, baru umur 3 tahun dah pandai baca surat khabar”
“bagus la entri2 dalam blog kau”
“wah.. ramainya follower ko”

Dan pujian2 lain yang dirasakan perlu…

Apakah jawap kita..
Perlukan kita rasa bangga??
Perlukah kita rasa kembang hidung??
Perlukah kembang kuncup hidung akibat dipuji??
Perlukah kita rasa riak..??
Percayalah… sedikit sebanyak akan rasa riak..
Macam mana nak hilangkan rasa riak..?

Kalau orang selalu jugak puji kita, kita nak jawap apa..??

Allah sudah ajar kita didalam Al Quran..
Surah Al Kahfi, ayat ke 39

Jawaplah….





  

"MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah”
Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud


“Eh, besarnye keta kau, mesti banyak duit ni”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“Eh, dah jadi jurutera sistem dah sekarang, bagus la kau ni”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“Kau ni memang baik laa..”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“Wahh, cantiknya baju kau”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“pandai la anak kau, baru umur 3 tahun dah pandai baca surat khabar”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“bagus la entri2 dalam blog kau”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“wah.. ramainya follower ko”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah


Kenapa kita jawap begitu..??

Supaya…
Dalam hati kita..
Terbit rasa syukur kepada Allah..
Supaya dalam hati kita, dijauhkan rasa sombong, bongkak, bangga diri…
Kita sedar..
Kita tidak mampu…
Semua dengan pertolongan Allah..

Hakikatnya…
Semua dari Allah..
Semua atas kehendak Allah..
Semua dengan izin Allah…
Supaya kita sedar diri!!…
Kengkadang, kita ni tak sedar diri.. (saya la ni)
Mengganggap sesuatu kebaikan itu terjadi adalah disebabkan diri sendiri..
Kita lupa sebenarnya ALLAH lah yang menjadikan perkara itu terjadi…
Kita sebenarnya tidak berdaya..
Hakikatnya semua dari Allah..

p/s :  Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud



8 comments:

Emilia Hazrina said...

Thanks, emy mohon share dgn sahabat yg lain jugak yer..

ijat_asni said...

nice info
thx u for sharing

MumMe said...

good knowledge/info.thanks

INTANKUTERPILIH said...

kalau kene puji...bestnyer,...

NuRuLiZzATi kHaLiD said...

oh bawu tahu....syukron atas info..hee~

selalunya sangat malu apabila dipuji...=)

Jasmin Flower said...

salam?
maaf saya ingin memaklumkn

setelah membaca majalah Solusi, saya dapati maksud pada tulisan arab tersebut ialah
'' Masya Allah tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah''

ia juga boleh dibaca untuk menolak pengaruh pandangan mata jahat dan apabila memandang sesuatu yg mengagumkan....

moga kita sama2 mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t

AMIN

GorengPisang said...

maaf mencelah..

اللهم لا تؤاخذني بما يقولون ، واغفر لي مالا يعلمون (واجعلني خيراً مما يظنون

Sheikh albani mensahihkan hadis ini.Inilah doanya.

sayidah napisah said...

betul tu! perbaiki diri insyaALLAH :)

Related Posts with Thumbnails