Friday, May 29, 2009

Kentalnya Hati Seorang Muslimah




Manusia itu kata

"lepaskan tudung labuhmu, lepaskan jubahmu"
"Jomlah kembali jadi normal"


Apa aku ni xnormal ke???
Cuma bertudung labuh dan berjubah dikatanya ABNORMAL???
Pelik...ini pertama kali aku dengar orang cakap macam tu...


Kata manusia itu lagi

"kamu ni dah sangat keterlaluan"
"Ustazah yang menggaji sunnah dan hadis malah Al Quran masih pakai tudung biasa"
"Diorang xpakai jubah lagi, hanya baju kurung je"
"Tapi,lihat diri kamu..."
"Kamu tidak bergaya...tidak up to date"
"Jangan salahkan lelaki kalau diorang cari yang lain!!!..”


Astargfirullah...aku mengucap panjang
Manusia ni sedar ke xsedar ape yang dia cakap ni…

Aku terdiam seketika


"Kamu EXTREME!!!..."


Extreme? Apa memperbaiki diri menuju jalan Allah S.W.T itu extreme?


“Berubahlah...kamu bukan diri kamu yang dulu”


Aku tetap aku...cuma sekarang aku menjadi lebih baik dari yang dulu


“Aku sudah tidak kenal kamu...”

Macam mana kamu nak kenal aku kalau selama ni kamu hanya menggunakan mata kasarmu..

Lihat aku dari mata hatimu...aku berusaha menuju jalan kebenaran..


"Berubahlah...aku mohon"


Maaf...aku lakukan semua ini bukan untuk kamu
Bukan untuk ibuku
Bukan untuk ayahku
Bukan untuk manusia lain
Tapi untuk...ALLAH S.W.T
Islam agamaku...aku mengakui bukan cuma dari hati...


"Apa kamu masih berdegil?"


Ini bukan kedegilan...ini keikhlasanku demi agamaku,demi penciptaku...
Ini pendirianku...tidak aku goyah hanya kerana kamu...


"Betul kamu xnak berubah?"


Tanyalah aku walau sejuta kali pun
Kata hatiku tetap sama...
Pendirianku tetap begini
Tidak aku salahkan lelaki yang berubah hati hanya kerana pasangannya seperti aku...
Sesungguhnya aku sebagai wanita menyerahkan segala hiasan diri buat suamiku
Bukan sebagai bahan tontonan!!!

Sesungguhnya segala yang ku lakukan hanyalah untuk Allah yang Maha Satu

Dan moga Allah mengampunkan dosa-dosa aku yang terdahulu…


Editor: AnaZahra (versi bahasa melayu)

sumber


3 comments:

srikandi Hamzah said...

bismillahirahmanirahim..
salam ukhuwah penjalin kasih sayang buat suadara seaqidah..

Biarkan kata-kata itu berlalu..
biarakan mereka sehingga letih..
kerana..mereka belum merasai nikmatnya memperoleh hidaya itu..
nikmatnya cinta itu..
Islam itu sgt menjaga maruah wanita..
Ibarat sebutir mutiara di dalam cangkerang di dasar laut..itulah nilai seorang muslimah..
Kerana kita tahu cinta NYA lebih agung..
Lebih indah dari segala cinta di dunia..
memilih begini..beribu ujian menanti..
kerana itulah nilah sebuah keimanan yg tinggi pada sang pengcipta..

(,")

SuMaiYaH said...

camane yeh, kita pakai tudung labuh tp jenis yg bising2 kecoh2 smpai kdg2 terlebih2 bile depan muslimin. apakah perlu menjadi seorang yang pendiam bile da pakai tdg labuh? oh aku xmampu..

Ya Habibi said...

biarkan saja ape yang mereka katakan.. biarkan mereka mengeji mu kerana penampilan mu kerana Allah..

tapi jangan sesekali biarkan mereka mengeji agamamu...

ya ukhti...
xpe, diri ini pun pernah diperkatakan seperti itu, dan caranya adalah.. lemparkan je senyuman keimanan pada manusia itu.. =)

Related Posts with Thumbnails