Wednesday, January 27, 2010

Adakah kau akan marah..???




23hb yg hiba..

Pagi itu aku diberitakan atas kemangkatan Almarhum Sultan Johor… Isk… Pagi yang hiba apabila terdengar corong-corong radio mendengarkan bacaan Al –Quran menandakan kemangkatan sultan.. Sedikit sebanyak aku merasakan juga kehilangan baginda… Iyelah.. Aku anak jati Johor.. Walaupun aku bukanlah berjiran dengan baginda memandangkan rumahku agak jauh juga dengan istana baginda, dan baginda tak kenal aku pun tapi rasa kasih dan sayangku kepada sultan itu tetap ada selaku aku sebagai rakyat negeri dibawah jajahan takluk baginda.


23hb yg gembira…

Pagi tu juga aku bertanyakan keadaan akakku kepada bondaku memandangkan tanda-tanda akak aku nak bersalin dah nampak… Mak aku cakap akak dah masuk hospital pukul 4 pagi td… Dan aku msg ‘lecturer’ku tak dapat join program atas sebab-sebab yang sedia maklum.. Aku ada program hari tu.. Isk… Lebih kurang pukul 930 pagi, akak aku call memcanangkan berita bahawa beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki… Alhamdulillah Wa Syukrulillah… Luqman Hakim nama diberi… Nama yang indah… Akak aku cakap kalau perempuan diberikan nama Sumayyah AzZahra… Isk.. Tiru aku la tu… heee… Dan bondaku seperti biasa sangat gumbira kerana dapat cucu yang ke 4 dan 2 3 hari lagi yang ke 5 tak sabar-sabar nak ke hospital bersama-sama ayahanda.. Akulah driver.. siapa lagi….


Aku juga berkabung

Sebelum ke hospital aku sempat pandang tv untuk melihat siaran langsung majlis pemakaman sultan… Balik dari hospital juga aku sempat pandang tv untuk majlis pemakaman tu… Agak terharu dan hiba juga apabila sultan ku telah pergi… “Setiap yang bernyawa akan merasai mati”.. Tidak kira siapa kita. Pembesar Negara/negeri, orang tua, dewasa, lelaki/perempuan, anak-anak even tumbuh-tumbuhan akan merasai mati yang jika namanya hidup, dia akan rasa mati satu hari nanti…


Tiba masa nak marah…

Esoknya, aku tengok berita di TV3.. Seorang penulis blog menghina Sultan Johor (link) … Aku pun cepat-cepat search kat internet apa yang dia hinakan… Memang sungguh biadap apa yang ditulis… Bukan saja Sultan.. Tak payah tunggu Sultan, rakyat Johor bila baca dah rasa terhina.. Weii… aku anak Johor laa… Sedikit sebanyak aku rasa terhina juga… Perkataan m***os tidak layak digunakan untuk Sultan kami... Negeri kami negeri berdaulat, Sultan kami Sultan berdaulat.. Siapa kau nak hina-hina Sultan kami hah?… (Aiii marah nampak? Heh..) Kalau tidak berdaulat, tidak akan berdiri gah UTM di Johor Darul Takzim ini… Even kalau orang biasa/budak2 pun, tidak sepatutnya dia guna perkataan m***os untuk orang yang dah meninggal dunia… Perkataan yang sangattt kurang ajar, kurang adap!!!.. Inikan pulak untuk Sultan!!


Heh..!!!


Sabarrr…. Jangan marah….


Tapi sekarang dia dah minta maaf (link)... Hmmm.. Susah nak terima maafnya... Tapi hmm serah je lah pada pihak berkuasa...


Adakah kau akan marah…??

Pada waktu itu juga, aku ‘bersiar-siar’ di kawasan intenet ni kalau-kalau jumpa web yang best.. Seperti biasa laman web yang wajib aku ziarah adalah SaifulIslam, EraMuslim, Halaqah Online dan surat khabar online… Itu biasa… Aku mula ziarah web SaifulIslam… Tiba-tiba… Terpandang shout box dia… Ada orang suggest tengok ada 1 laman web….


LINK dan... LINK


Astaghfirullahhalazimm… Aku mengucap panjang…


Adakah kau akan marah????


Tepuk dada Tanya iman….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Aku rasa geram dan sangat marah… Mudah-mudah sahaja agama kita diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Allah… Mempermain-mainkan Allah, Nabi Muhammad dan Islam!!!… Weiii… Engkau siapa hah nak mempermain2kan Allah… Sedangkan engkau sendiri diciptakan Allah, masih lagi nak sombong!!!!


Heh!!


Allahu Akhbar…


Terasa diri sangat sedikit memberi sumbangan untuk mempertahankan Agama… Masih lagi mahu bermain-main dalam memperjuangkan agama Allah, masih lagi tidak mahu bersungguh-sungguh... Apabila isu kalimah Allah diperdebatkan.. Adakah kau akan marah??.. Apabila orang kafir mahu mengantikan nama tuhan mereka kepada nama Allah.. Adakah kau akan marah??.. Apabila laman web itu menyiarkan karikatur kurang ajar, adakah kau akan marah??.. Apabila Nabi Muhammad rasul tercinta dihina, adakah kau akan marah?? Apabila Masjid Al Aqsa di injak2, adakah kau akan marah??? Apabila Islam agama mulia dihina, adakah kau akan marah??


Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar.. Allahu Akbar…


Laa ilaahaillaa anta subhaanaka innil kuntu minazhzhalimin


Terasa sangat sedikit aku memberi sumbangan kepada Islam… Adakah kita masih nak duduk diam apabila Islam di injak2… Marilah kita pertahankan Islam… Tidaklah aku suruh korang semua untuk pergi bakar gereja, itu kerja merepek… Tidaklah aku suruh tembak paderi… Isk.. Gila apa.. Berdosa bunuh orang… Tapi marilah kita mengajak diri kita dan keluarga kita kembali kepada Islam dengan sebenarnya.. Mengajak kawan-kawan kita kembali kepada Islam.. Mengajak masyarakat kita kembali kepada Islam… Dengan cara umat Islam kembali kepada Islam dengan sebenarnya, maka orang kafir tidak akan berani mempermainkan agama kita.. Pokok pangkalnya diri kita sendiri… Adakah kita sensetif dengan isu Islam… Adakah kita ambil berat dengan isu Islam… Adakah kita masih buat tak tahu jika Islam dipermainkan… Ataukah kita masih lagi duduk depan tv layan Raja Lawak, Raja SMS, Idola Kecil, Akademi Fantasia dan merepek meraban entah apa2 yang jelas dan terang menjauhkan kita dari Al Quran… Marahlah jika Islam kita dipermainkan… Marahlah jika Nabi kita dihina… Marahlah jika masjid kita dirampas… Marilah kita marah untuk mempertahankan Islam….


Adakah kau akan marah????


AL Fatihah Untuk Baginda Sultan


p/s : Siapa pandai hack laman web??? Boleh tolong ajar aku???



6 comments:

dr. mujahidah said...

pasal blog islamexpose tu, ana dah baca. subhanallah, tak terkata..

adakah kau akan marah?

AL-ZAHRAWI said...

kita kena lihat,kenapa penghinaan tu bole timbul?..klu pd Allah memang xpatut..tp klu pd manusia,lihat apa kisah hidupnya..knapa rakyat bole keluar kata2 cm2?adakah krana dengki atau memang kesalahan sultan hakikatnya..jangan kita mempertahankan atas dasar kenegerian dan tingginya kuasa dan pangkat..tp lihatlah pada yg haq,yg batil ditolak,itu yg perlu dipertahankan..mdh2an allahyarham dlm lindungan Allah..

ana said...

Siti Rahmah Borham

Ye benar saya sangat sokong...

Muhasabah untuk diriku...

Jika pembesar negeri dihina, kita bersungguh utk marah mempertahankannya... Walaupun ia juga manusia biasa, makhluk Allah...

Tetapi jika Allah, Nabi, Islam dihina, adakah kita bersungguh-sungguh untuk marah dengan cara mempertahankan Islam??

Tepuk dada tanya iman...

Al Fatihah untuk baginda Sultan

Khadijah Firdaus said...

kepada anazahra
ADAKAH ANDA JAHIL??? DAN HANYA MENGIKUT NAFSU SYAITAN ANDA????

jika melihat kepada peribadi saudara/saudari yang cuba ditonjolkan dalam penulisan anda.anda memang lebih teruk dari orang yang anda marah tu.
anda melakukan berkabung...
pernahkan anda tahu, soal dan selidik hukum berkabung dalam islam???
tahukah bahawa agama bagi nabi isa, nuh, musa, ibrahim dan Muhammad s.a.w adalah ISLAM. dan hanya ALLAH adalah tuhan sekalian alam. kenapa anda marah orang menggunakan kalimah ALLAH???
padahal anda mempersendakan hukum ALLAH??? mereka jahil, anda tidak jahil. maka anda adalah lebih teruk dari orang yang anda hendak perangi dengan perasaan marah anda itu. cukuplah dengan melihat bagaimana anda BERKABUNG bagi sultan anda dengan membabi buta tanpa soal periksa. anda melaungkan kalimah ALLAH. tapi anda melakukan persandingan semasa kenduri kahwin macam orang hindu, berinai bagi pengantin lelaki. ini semua banyaknya di johor. tidak pernah aku sampai ke negeri yang dimana jalannya dipenuhi dengan orang yang sangat tamak serta tidak beradap dan jahil. tengok lah pemandu2 anda di JOHOR 'terkemetot' ini. sudah cukup menunjukkan peribadi penduduk di johor yang tamak dan mengikut membabi buta adat dan nafsu yang dipimpin syaitan. saya membenarkan yang benar.

Khadijah Firdaus said...

berkabung hanya bagi isteri yang kematian suaminya (4 bulan 10 hari) atau keluarga terdekat (1 minggu).
takde lak berkabung bagi pembesar, yang cuma ada dalam agama hindu.
rasulullah wafat pun mana ada sahabatnya yang berkabung. ANDA JAHIL
wallahua'lam....

anazahra said...

sudah lama tak buka blog sendiri...

tak perasan ada komen yang sangat membantu saya...

hehe...

aedos :
nape marah2 ni..
relex... cool je...

terima kasih atas teguran itu..
sungguh saya sematkan ia...
maklum saya tidaklah sempurna..
ada saja kesilapan..
macam mana ye nak contact aedos ni.. (harap dia membaca komen ku ini)
nak ucap terima kasih atas nasihat dan cara yang sangat, sangat, sangat berhikmah...
teguran yang sangat berhikmah..
saya terima dengan lapang dada...
insyaAllah...

sesesenyummm..

Related Posts with Thumbnails