Thursday, October 20, 2016

Program campak ular


Assalammualaikum..

Gerun tengok aktiviti jati diri campak ular..
Tak terbayang perasaan adik2 kecik tu..
Yes..
Aktiviti2 jati diri memang perlu dilakukan..
Terutama kepada budak sekolah rendah, para remaja, tidak ketinggalan remaja purba pun perlukan aktiviti seperti ini..
Saya ada terbaca 1 komen,
"Biarlah aktiviti macam tu, ganas sikit.. kalau tak budak2 ni lembik je"
Adakah cara campak ular dalam air itu betul?
Kepada budak2 pulak tu..
Berkadaranlah, berpada2lah..
jungle tracking, aktivit masuk air, naik gunung, lompat dinding..
Disamping itu selitkan ibrah (pengajaran) kenapa perlu buat aktiviti tu.. 
Untuk pupuk sifat berani..
Program jati diri bukan sekadar membentuk sifat luaran saja..
Tapi dalaman peserta sekali..
Jiwa mereka, rohani mereka..
Kalau kat rumah tak pernah berqiamulail,
Pergi program jati diri ni ada qiamulail..
Kalau kat rumah tak pernah solat berjemaah,
Program jati diri ini ajar solat berjemaah..
Ada pengisian jiwa, nasihat, tazkirah..
Program tidak bercampur lelaki perempuan..
Kecewa ada program jati diri sibuk dengan nyanyi2..
Pencampuran lelaki perempuan..
Solat jemaah tidak dilaksanakan
Jauh sekali qiamulail..
Apa sebenarnya yang kita mahukan diakhir program itu??
Satu muhasabah..

#wu
#wartawanummah
#bloganazahra

Tiada jalan lain


Assalammualaikum..

Lama tak tulis.. kalau tulis pun ntah apa2 aku membebel..

Tapi hari ni nak cerita 1 kisah..

Petang tadi ada sorang kakak comel telegram saya..

"Siti, kalau free bagitahu akak ye, ada hal nak cakap"

Fuhh.. debor..

Biasanya hal2 yang nampak penting ni aku akan terus call.. so aku call la kakak ni..

Rupanya dia minta tolong bantu ada sorang adik ni.. remaja, dah berhenti sekolah, ada masalah keluarga, ada masalah sosial.. ceritanya adik ni nak kembali ke pangkal jalan tak ada siapa nak bimbing... (ada lagi cerita tapi malas nak taip panjang2)

Aduhh.. Allah hantar.. Sesungguhnya Allah yang gerakkan segala2nya berlaku.. bukan sia2.. walau dalam hati rasa berat.. siapa lagi nak bantu adik ni jika dia dipass ke sana ke mari..

"Meh kak, bagi no tel dia, ana cuba sebaik mungkin"

Jadi tadi, lepas maghrib aku whatsap adik ni.. tapi dah 950 ni dia tak reply lagi.. double tick pun tak ada.. meybi internet dia dah habis limit.. esok aku sms pulak.. hehe

Ohh Allah berilah kekuatan.. 
:(
---

Ini baru seorang budak remaja..

Sedih..

Ini baru sorang, yang kita tahu..
Yang kita tak tahu?? Berapa banyak yang bermasalah..
Remaja sekarang, kritikal sungguh masalahnya..
Couple, aurat, percampuran lelaki perempuan, yang perempuan tergedik2, yang lelaki poyo lebih.. itu tak cerita lagi 100k anak luar nikah dari tahun 2013-2015!
Jati diri bermasalah..
Entah ya, mungkin pengaruh kawan2..
Tapi, kawan tu pengaruh dari sapa pulak, dan sapa pulak tu pengaruh dari sapa pulak.. berkait2 tau.. mana puncanya ni?.. peningkan?!

Sebenarnya,
Kita harus kembali kepada Islam itu semula..
Jaga solat..
Ibubapa memainkan peranan penting.. dari kecil anak2 sudah diajar,
"Ibu tak nampak, tapi sapa nampak??.. haa Allah... "
Akar aqidah itu yang penting..
Isu ini selesai, maka masalah2 yang lain akan selesai..

Tiada jalan lain
Kembali kepada Islam sebenarnya..

--
Panjang pulak cerita..

Ok
Tamat
Esok cerita lain pulak

#wu
#wartawanummah
#bloganazahra
Related Posts with Thumbnails