Friday, November 26, 2010

Tutup aurat – apakah perlu tunggu ikhlas?




Sungguh, artikel ni untuk diriku sendiri..

Assalamualaikum…

Selalu kita dengar…
Apabila dinasihatkan supaya tutup aurat dengan baik..
Pakai tudung dengan elok..
Berpakaian dengan elok..
Bertutup aurat..
Tetapi masih lagi dengan alasan yang biasa2 kita dengar..

“Nak buat apa tutup aurat jika hati belum ikhlas”
“Saya tak mo jadi hipokrit”
“Aku belum dapat hidayah lagi nih”
“nanti2lah.. aku belum dapat seru lagi”

Sebenarnya :-

Allah SWT dan RasulNya telah mengarahkan semua wanita Islam untuk menutup aurat..
Awak mengaku awak Islam..??
Adakah awak mengaku yang awak seorang Islam..???
Atau awak menganut agama lain…??
Jika mengaku diri Islam, maka kena ikutlah…

Justeru,
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak,
suka atau tidak,
nak rasa hipokrit atu pun tidak..
disuruh oleh orang lain atau terbit dari hati sendiri,
dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban tersebut..

Analogi :

Kita..
warga Malaysia..
1 saat perlu menetap di Singapore..
Alkisah kita di Malaysia, sangat laju bawa kereta,
Drift la katakan.. Sangat tak berhemah
Bila menetap di Singapore..
Secara automatik kita kena ikut peraturan Singapore.
Tak boleh bawak kereta laju.. Kena berhemah..
Kena ikut peraturan Singapore..
Suka atau tak suka.. Kamu kena ikut..
Kalau tak ikut.. Pihak berkuasa Singapore akan saman…

Atas sebab itu,
Pemandu yang tadinya “brutal” di Malaysia
 TERPAKSA berubah bila menetap di Singapore.
Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit,
Terpaksa atau paksa rela..
tidak ikhlas atau apa jua sebab luaran.
Hakikatnya, dia MESTI berubah,
kerana itu adalah peraturannya..
Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Memandu tidak berhemah… kalau eksiden, orang lain terlibat sama..
Sebab diri sendiri tak berhemah..
Maka menyusahkan orang lain sama..

Sama juga seperti tutup aurat dan bertudung..
itu adalah peraturan dalam agama Islam,
mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain..
Mengapakah saya berkata begitu..
 kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram,
akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut.
Bukankah itu akan mendatangkan mudarat dan kesusahan..
Kepada orang lain dan diri sendiri??..

Maka sebab itu..
Hipokrit, terpaksa, belum sampai seru, belum dapat hidayah dan lain2 alasan yang tak logik,
tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama,
termasuk menutup aurat.
Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama juga seperti solat
membayar zakat,
puasa Ramadhan dan
semua arahan serta larangan Islam yang lain,
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak.
Kita kena buat…
kerana itu adalah arahan Allah...

p/s : Wake Up sitie, performed your duty to Allah..



3 comments:

Booty Martinez said...

suka baca entry ini dan perumpamaannya.

sebab dari kecil tak diberi tekanan mengenai kewajipab bertudung, maka kita ni tak menganggap perlu pakai bila dh smpai seru. selalu menyalah gunakan "Islam tiada paksaan"

Filem : Rapunzel BEST!

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

salam ziarah kembali dan dah jadi follower.
Menurut aurat tu wajib seperti kita sembahyang.
Nice blog.

incik said...

aurat..persoalan besar..berhukum wajib tapi ramai yang mempertikai..
kupasan yang baik..
nice blog..

Related Posts with Thumbnails