Sunday, July 27, 2008

Ada sesuatu yg ingin disampaikan desebalik msg itu...


“Tet tet..tet tet” bunyi nada hanponku menandakan ade msg masuk....

aku pun bukak msg tu ku sangkakan daripada shbt2ku yg lain. Rupanya silap. Aku terima daripada seseorang yg xdisangka2...Aku terkesima dengan msg yg baru aku terima...

“Ku rindu dirimu sahabatku, mengajarku berlatih di perjalanan, kini dirimu hilang dariku, membuat aku termenung di persimpangan, matlamatku kian kabur, sehingga aku benci dengan senyumku, ingin ku lontar keresahan tetapi hilang di kejauhan…”

Ade maksud tersirat disebalik msg tu. Aku cuba utk membalas, tp aku bukanlah minah jiwang2 ni xreti nk mengayat... So, aku biarkan sahaja. Tiba waktu mlm aku teringat msg tu...Aku cuba amati maksud disebalik msg tu.

Dia sahabatku yg aku hormati. Walaupun dia pangkat adik padaku, tp aku respect gile kat dia. Dia seorang yg baik budi pekerti dan kami pernah dalam satu saff yg sama... Tetapi mungkin kerana sebab2 tertentu, kami terpisah...Xpe lah, mungkin itu yg terbaik untuknya.

Aku amati msg itu, adakah dia merasakan dia menyesal dengan keputusan itu?? Ataukah dia masih tercari2 yg mana terbaik untuk dirinya?? Hmm aku bukanlah pandai sgt dlm menelek org ni. Tp aku dapat rasakan seperti ada sesuatu yg ingin disampaikan. Huh, banyak sangat andaian aku. “Wahai ukhti, kamu jangan sesekali berburuk sangka dengan org lain. Cubalah berbaik sangka walau dalam ape keadaan sekalipun”. “Baiklah”. Jawapku....

Kepada adikku (yg bagi msg tu), aku sayang kamu. Walaupun aku xpernah mengatakan aku sayang kamu, tetapi memadailah hanya aku sayang kamu...(wahhhh...terbelit2. Aku pun xtau ape yg aku tulis ni!!!). Akak xtau nk ckp ape. Tp kamu wahai adik jika ada mslh akak ade utk membantu kamu. Janganlah disebabkan kita tidak seperti dulu membuatkan ukhwah kita semakin jauh. InsyaAllah dik, akak akan bantu kamu. Msg kamu seperti ingin mengatakan sesuatu, hmm tp ape ye??? huhuhu....

p/s : ntah laaaa....

Wednesday, July 23, 2008

Permudahkanlah urusan dia Ya Allah


Yea haaaa….

Xtau nak tulis ape, tp hati aku ni meronta2 nak tulis jugak…Walaupun aku blur ape yg aku nak tuliskan ni. Tapi aku perlu tulis…ape yg aku merepek ni…ape2 lah…

Beberapa hari yg lepas aku bermuzakarah dengan 2 org sahabat. Membincangkan isu2 umat yg meruncing tika ini dan juga isu2 yang berkaitan. Dan kemuncak muzakarah kami apabila seorang sahabat perlu memilih antara 2… Aku tahu hatinya berbelah bagi. Mencari yang mana terbaik. Aku dan seorang lg sahabat tidak memaksa dirinya. Biarlah keputusan yang keluar adalah dari hatinya sendiri. Bukan disebabkan factor persekitaran yang akan mempengaruhi hidupnya nanti..cehhh..ayat skema…

Dan jauh di sudut hatiku ini, memang aku berdoa agar dia bersama kami. Berjuang bersama kami. Bersama memikirkan masalah umat. Bersama membangun ummah (slogan pmiutm..hehe). Dan mlm tu, kami memang meng’clear’kan ape yg masih samar2. Dan aku harap dia faham dan memilih mana yang terbaik. Kalau yang sana terbaik, maka pilihlah kesana. Kalau disini terbaik, tafadhol masytura..Silakan...

Bukan niat kami untuk mempengaruhi dia. Sebenarnya aku kurang gemar untuk menceritakan tentang kami. Pada pandangan aku, apa yg aku ikut, inilah yang terbaik diantara banyak2 yg terbaik. Dan aku kurang gemar untuk menceritakan tentang kami. Biarlah dia tahu semua ini melalui penglihatan dan dia boleh berfikir, supaya dia faham gerak kerja kami. Dia melihat gerak kerja kami dan dapat bezakan mana yg terbaik. Bukan dari pendengaran, yg mana ia datang dari penerangan kami,. Tp aku risau kalau dengan kata2 aku tu akan mempengaruhi dia untuk buat keputusan. Itu yg aku xnak. Biar apa yg keluar dari hatinya itu bukan dipengaruhi oleh mana2 pihak. Biar apa yg dia lihat, dia fikir, dia mudah faham dan dia praktikkan. Itu yg lebih penting. Tidak dinafikan, penjelasan itu penting. Perlu untuk memberi penjelasan dalam kita berdakwah, dan perlu diberi penjelesana dalam memilih mana terbaik. Perlu memberi nasihat antara satu sama lain. Tp dalam kondisi ini, pada aku biarlah dia faham sendiri dari penglihatan, bukan pendengaran. Ntah laaa...

Pada sahabatku, Ukhti Fillah...andainya anti membaca...

Ana nak anti faham. Ana bukan memaksa anti. Pilihlah yang mana terbaik. Berharaplah pada Allah, berdoalah pada Allah. Jika sana yang anti pilih, anti jangan risau, ukhwah kita tetap mcm dulu. Malah insyaAllah lebih baik dari sebelumnya. Supaya kita boleh berkongsi2 idea mcm mana nak selamatkan umat walaupun kita berbeza pengurusan. Dan kalau kami yang anti pilih, biarlah keputusan itu keluar dari hati sendiri. Bukan dipengaruhi oleh kami, bukan risaukan kalau anti xpilih kami, ukhwah kita terhenti. Please, jgn buat keputusan berdasarkan itu.

Ana tahu anti ada pendirian sendiri, anti ada prinsip sendiri. Terserah pada anti. Anti berdoalah pada Allah, berserah pada Allah. Setiap keputusan yg anti buat, kami hormati.

Ya Allah, tunjukkanlah sahabatku ini jalan yg terbaik. Jika disana yang terbaik untuk dia, maka kau tunjukkanlah dan jika disini yang terbaik untuk dia, maka kau permudahkanlah.. Sesungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui segalanya sedang aku tidak mengetahui....

P/s: wohaaa, terasa sedih hati ni pulak...wakakaka....

Harapan PadaMu Subur Kembali (22:78)


Assalammualaikum….

“Dan berjihadlah kamu di jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Itkuilah) agama nenek moyangmu Ibrahim...“ (22:78)

Maha Suci Allah yg telah mengurniakan aku nikmat Islam dan Iman. Nikmat tarbiyah yg sunnguh indah....

Sudah berapa kali surah ini aku baca, mmg tidak rase ape2...Sampailah apabila tiba hari ’kuliah’, lecture aku bacakan surah ni...Astaghfirullah, terasa hati ini masih leka dengan nikmat yg Allah kurniakan. Terasa hati masih kurang bersyukur dengan nikmat yg diberi. Layakkah diri mendeclare diri ni faham tp masih kurang bersungguh2...!!!!??? Ya Allah, jgnlah Kau palingkan hati ini setelah Kau beri petunjuk. Bantulah hambaMu ini Ya Allah...

Jalan dakwah bukan jalan yg mudah...Banyak dugaan yg akan ditempuhi...Kadang aku merasakan aku tidak sanggup untuk meneruskan, tp sanggupkah aku untuk mengadapMu nanti...

SubhanAllah....

Kadang2 hati ini merintih, sanggupkah aku menjalankan amanah yg diberikan ini. Amanah dakwah, amanah mak abah... Ingat ukhti, dakwah no 1, tp study bukan no 2… Ya Allah, klu ikutkan hati, mmg sedap melihat kwn2 yg lain hnya tumpukan study 100%, tp diri ini terpaksa membahagikan antara dakwah & study. Serta merta teringat ayat diatas “Dia telah memilih kamu, dan dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.” Alhamdulillah, aku org yg dipilih ALLAH untuk menjalankan sunnah Nabi terbesar ini.

Wahai Ukhti, jgnlah merasa berputus asa. Rahmat Allah sentiasa bersamamu. Yakinlah pada Allah. Ingat ukhti, klu kita tlg agama Allah, Allah akan tlg kita & teguhkan kedudukan kita (47:7). Jgn merasakan apa yang Allah berikan kpd kita sebagai bebanan, tetapi anggaplah ia sebagai kurnia yg tidak disangka2. Teruskan perjuangan. Perjuangan ini masih jauh dan pengorbanan kita masih sedikit untuk Allah dan Islam klu dibandingkan dengan para sahabat. Pengorbanan kita apalah sangat...Masih terkial2... Tekadkan dalam hati bahawa apa yg kita lakukan adalah untuk Allah & Islam. Kamu belajar untuk Allah & Islam. Kamu lakukan semua adalah untuk Islam. Kamu bersungguh2 untuk pekembangan Islam. Bukan untuk dunia dan isinya. Bukan kerana jawatan. Bukan!!!.

Tiba2 hati ini sebak dengan bait2 lagu ni...

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula

Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Monday, July 7, 2008

.......


“Betapa inginnya kami agar umat ini mengetahui, bahwa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri. Kami berbangga ketika jiwa-jiwa kami gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan. Atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan, kemuliaan dan terwujudnya cita-cita mereka. Jika memang itu harga yang harus dibayar. Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini selain rasa cinta yang mengharu biru hati kami, menguasai persaan kami, memeras habis air mata kami, dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kmai. Betapa berat rasa di hati ketika kami menyaksikan bencana yang mencabik-cabik umat ini, sementara kita hanya sanggup menyerah pada kehinaan dan pasrah oleh keputusan

Sungguh kami berbuat di jalan Allah untuk kemaslahatan seluruh manusia, lebih banyak dari apa yang kami lakukan untuk kepentingan diri kami. Kami adalah milik kalian wahai saudara saudara tercinta. Sesaat pun kami tidak pernah menjadi musuh kalian”

Inilah ungkapan yang disampaikan oleh Hassan Al-Banna dalam risalah Da’watuna.

Wednesday, July 2, 2008

KEPADA ADIK2 Freshie ku….


Ahaaaa….

Assalammualaikum….sudah lama aku xmenaip ape yang aku rase nak taip…sebab bizikan akhir2 ni aku nak abis praktikal dah…dengan reportnye, dengan projek akhirnye…aku kadang2 hanya memerhati dari jauh je blog aku ni & kalau rajin aku jumpe ntah mane2 artikel yg aku rase best aku akan copy paste suke2 hati aku je….

DULU-DULU…

Dulu…aku xde Minggu Haluan Siswa (MHS)…aku daftar hari ni, n esoknye aku terus masuk kelas…So, aku agak terkebil2 jugaklah mencari arah kat UTM ni…aku ingat lagi yg mane aku sesat 1 jam sebab nk cari jalan balik dari fakulti ke kolej. Lepas tu malamnye aku lepak habis lahhh…

SEKARANG…

Tp kini aku dpt join jugaklah MHS w/pun aku bukanlah sebagai pelajar freshie, tetapi sebagai PETUGAS!!! Woha… Ohh secara xsengaja aku dpt terlibat, sebab krew pengambaran kat tempat praktikal aku ni ajak join skali. So aku pun join lah sebagai jurugambar kedua…Wakaka..agak lawak jugak akhwat bawak kamre digital Canon kehulur kehilir..(Gaya fotographer professional…boleh blahh!!!...)

KINI…

Aku bukan sahaja sebagai fotographer professional terjun (slalu bidan yg terjun..) tp kini aku sebagai makhluk ALLAH yg sedang mencari2 mangsa utk membantu beliau (mangsa tersebut) yang mana insyaALLAH membantu mencari jln yg diredhaiNYA…membantu utk mencari jln yg lurus…W/pun aku bukanlah lurus sgt, tp aku nak freshie2 ni merasai jln yg lurus..insyaAllah..

KEPADA ADIK2 Freshie ku….

Luruskan niat kamu wahai adik....Kamu belajar di menara gading ini untuk apa....mudah2an Kerana ALLAH semata2....utk agama ISLAM......bukan kerana impikan jawatan besar seperti Perdana Menteri atau Perdana V6 atau Kolej Perdana (ape2 lahhh)...

Akak akan cuba mencari kamu w/pun dimana kamu berada….

Kepada yg akak pernah tegur...Tunggulah kedatangan akak...

Related Posts with Thumbnails