Wednesday, February 25, 2009

Jazakillahu khoiron jaza’ ukhti…



Entry yg ditunggu2 oleh akhwat2ku sekalian… wahh.. prasan blog ramai perminat…


Entry yg ringkas…


Assalammualaikum warahmatullah wabarakatuh….


“Nah, ambiklah… Untuk Islam”

Duit dihulurkan kepadaku. Bukannya banyak pun dia hulurkan. Cuma RM1.. Tetapi kata2nya terhujam dihatiku. Untuk Islam.


Isk… Terharunya aku.. Beliau adalah seorang yg sgt aku hormati. Walaupun kami bukan diatas saff yg sama. Tapi insyaAllah matlamat kami sama. Aku bukannya cerita apa yg aku buat..Apa yg aku lakukan tetapi mungkin dia sedar keberadaan kami di UTM ini utk membawa Islam, maka dia menyokong. Jazakillah Ukhti....


Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah. Engkau telah menganugerahi seorang sahabat aka kakak yg sgt2 memahami perjuangan Islam.


Bimbang juga jika kami dipandang serong. Yelah, jika diingat2 cerita akhwat di medan lain, mereka diganggu oleh segolongan insan yg katanya membawa Islam tetapi menganggu urusan kerja org lain. Alasannya kerana kami tidak legal. Kami tidak rasmi. Isk... adakah perlu, membawa nama Islam perlunya legal n rasmi. Ntah la, pada kami, asalkan ianya tidak menyalahi syariat, kami teruskan.


p/s : Jazakillahu khoiron jaza’ umi...


Tuesday, February 3, 2009

Surat Cinta Untuk Jiwa



Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yag masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya " Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "

Wallahu'alam bisshawab


Related Posts with Thumbnails