Monday, December 12, 2011

Dakwah Adalah Cinta




Salam perjuangan sahabatku..

Sudah lama aku tidak menulis di blog ni. Dah berhabuk2 rupanya.. Terima kasih sahabat2 kerana membaca tulisanku yang tidak seberapa.. Hanya sebanyak peringatan untukku khasnya, dan sedikit peringatan buatmu sahabatku. Semoga jika aku lupa dikemudian hari, kamu sahabatku akan mengingatkan aku tentang kelalaian ku diatas jalan perjuangan ini

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi nikmat iman, nikmat hidayah dan nikmat tarbiyah. Sungguh, nikmat yang tidak semua orang yang mendapatkannya. Maka kita perlu bersyukur dengan apa yang ada.

Sahabatku..

Didalam kita melalui mehnah perjuangan ini, kita akan diuji.. Tetapi ujian kita tidaklah sehebat para sahabat Nabi s.a.w. Jauh sekali sehabat Baginda Nabi s.a.w. Kadangkala kita diuji sedikit sahaja. Kita diiuji dengan perasan.. Penat, letih.. Tetapi kadang kala mengeluhnya lebih banyak dari perbuatannya..

Ukhtiku,

Kita akan faham apabila kita berani mencabar diri sendiri untuk bersama dalam medan dakwah. Tidaklah aku mengatakan aku sudah cukup faham didalam dakwah ini, tetapi aku mahu sahabat2ku ini bersama2 dalam mengejar fastabiqul hairat.. Berlumba2 dalam melakukan amalan, berlumba2 mengejar pahala. Biarlah kita penat dan lelah bersama. Semuanya kerana dakwah. Biarlah kita pening memikir urusan program, semuanya kerana dakwah. Kita tidak mampu sehebat para sahabat dahulu yang mana mereka sehingga ke tahap mengangkat pedang. Ujian kita sedikit sahaja.

Umat sangat memerlukanmu sahabatku. Saudara kita semakin tenat. Umat semakin tenat. Kadang kala kita tak ada masa nak fikir tentang diri kita. Kadang kala gangguan perasaan itu lebih kuat.. Tetapi, lawanlah sahabatku.. Lawanlah nafsumu yang hanya mengatakan “cukuplah usahaku hanya disini”.. Teruslah berusaha ukhti, teruslah berusaha mengejar dakwah, teruslah berusaha mengejar pahala dakwah.. Teruslah merebut pahala dakwah.. Teruskanlah melangkah di medan dakwah..

Bukankah kita pernah mengatakan bahawa inilah cinta kita..

“Memanglah seperti itu dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cintai”. KH Rahmat Abdullah

Didalam hidup ini, tiada yang lebih berbahagia apabila kita dapat melakukan apa yang Baginda Nabi Muhammad s.a.w lakukan. Ikuti sunnah beliau adalah sebaik2 perbuatan. Kadangkala kita merasakan penat mengejar program dakwah kesana kemari, tetapi tidakkah kita merasa bahagia kerana kita telah merasai apa yang Baginda Nabi s.a.w pernah rasai dahulu.. Walaupun tidaklah medan kita ini seperti medan Nabi s.a.w dahulu, tetapi yakinlah, jika niat kita berusaha untuk berdakwah dan mengikuti sunnahnya, kita akan merasai nikmat kehidupan diatas jalan ini seperti apa yang Nabi s.a.w kesayangan kita rasai..

Habibi Saidina Muhammad s.a.w contoh tauladan ikutan terbaik..




Tuesday, November 15, 2011

Jika ada orang lemas, apa tindakan kita?



Saya suka sharing satu analogi dari seorang ustaz

Ada orang lemas dalam sungai dan kita pula berada hampir dengan beliau.. Nak dijadikan cerita, orang itu lemas dan tidak dapat diselamatkan.. Maka kita pula bukan nak selamatkan beliau, tapi kita hanya perhatikan saja tak membantu apa2 pun.. Yang sedihnya, kita pergi salahkan orang lain pulak tu..

“ni bomba la ni datang lambat, kan dah meninggal orang tu”
“ni ambulan la ni terhegeh2, tak sempat dah..
“ni kerajaan la nih yang salah, patut kena letak pengawal keselamatan yang terer berenang kat sini.

Habis tu yang hang duduk tercegat dekat situ buat apa?..

Sikap suka menyalahkan orang, tindakan kita apa?. Tengok je ke orang tu lemas? Dan salah kan orang tu orang ni.. Usahalah habis2an menyelamatkan dia..

---------------------------------------------------------------------

Sekarang ini, kita lihat sekeliling kita. Anak2 remaja kita sudah jauh dari Islam itu sendiri. Kawan2 kita ramai yang kurang pengisian. Gejala sosial semakin berkembang biak, gejala murtad berleluasa tidak terkata.. Mereka2 ini boleh dikatakan sebagai “orang yang lemas” seperti yang saya analogikan diatas..

Jika kita sedar sekeliling kita ramai yang lemas, apa tindakan kita? Adakah kita menyalahkan orang lain?

“ni jabatan agama la ni, kurang bagi pengisian ke rakyat”
“ni pihak kerajaan la ni, yang bagi kelulusan konsert macam ni”
“ni Persatuan Pemuda BlaBlaBla la ni sibuk sana sini, nak tarik undi lah tuh, maklum le PRU kan dah dekat”

Camon la kawan2..

Saya sangat berharap agar kita semua tidak selalu menyalahkan orang lain tanpa kita sendiri tidak berbuat apa2.. Bertindaklah!.. Usahalah berhabis2an menyelamatkan mereka.. Kurangkan bercakap dan lakukan perbuatan.. Jangan gemar menyalahkan orang lain. Jangan salahkan pihak Pusat Islam buat ceramah itu dan ini tetapi mempersoalkan Pusat Islam tidak buat apa2 di kolej2.. Abis tu kita buat apa? Jika jelas dan terang Pusat Islam tidak buat apa2 program pengisian di kolej dan mereka hanya fokus di Masjid, kita la yang membantu mereka membuat pengisian di kolej2 tersebut.. Banyak lakukan tindakan, maka kita tiada masa nak komplen orang…

Saya sedih bila orang Islam sendiri saling salah menyalahkan.. Tanpa melihat kepada diri sendiri apa yang telah kita perbuatkan. Tidakkah boleh kita saling bersangka baik sesama kita.. Mengapa kita sering berburuk sangka kepada saudara kita.. Mengapa sering memberi komen2 yang negative?.. Mengapa sering dilibatkan dengan parti politik?.. Sedangkan ianya tidak sedikit pun menyentuh hal2 politik..

Saya percaya mereka yang dikritik, dikomen negative, dilibatkan dengan parti politik dan diberikan macam2 kutukan yang lain, tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka.. Malah lebih terus gencar dan melaju.. Lebih terus semangat melakukan kerja2 Islam.. Terima kasih saya ucapkan bagi pihak mereka.. Kutuk la banyak2 lagi.. ehee..

Kita sama2 nak perjuangkan Islam.. Jadi marilah kita saling menguatkan, bukan saling menjatuhkan.. Tidak kiralah mereka di position manakah, asalkan mereka ini perjuangkan Islam, kita sepatutnya sentiasa memberikan sokongan.. Walau kita berlainan cara, tetapi matlamat kita sama, teruskan.. jangan melemah.. Berilah kata2 semangat, perangsang kepada sahabat seperjuangan..

“Ana mendoakan anti dengan apa yang anti ikuti sekarang, teruskan perjuangan sahabat”
“Ana sentiasa mendoakan anti semoga anti istiqomah dijalan dakwah”
“Teruskan perjuangan ukhti memberikan kefahaman Islam kepada umat”
“Ana doakan semoga anti diberikan kekuatan iman dan amal walau kita berlainan jemaah, nikah jangan lupa jemput yeee”.. wohaa..

Stay Cool yaa...



Monday, November 14, 2011

Saat bersama mereka



Saat bersama mereka adalah saat paling bermakna dalam hidup saya..

Mana mungkin dapat saya lupakan..

Walau pun mungkin sering bertukar wajah, ada juga wajah2 yang sentiasa bersama setiap minggu. Saya mengharapkan wajah2 yang pernah bersama dulu, kembali bersama semula untuk kita sama2 merasai betapa indahnya duduk bersama bergelak ketawa. Saya merasakan satu kenangan yang indah apabila bersama mereka. Hari terakhir untuk meninggalkan sekolah itu terasa sebak di hujung rasa..

Untuk pengetahuan adik2 akak semua, Jumaat lepas adalah pertemuan yang terakhir untuk kita. Tiadalah lagi akakmu ini pada tahun hadapan. Jangan risau dan jangan bimbang kerana akakmu yang lagi sorang masih bersama kamu tahun hadapan. Kutiplah segala ilmu yang akan beliau sampaikan. Dengarlah segala nasihat darinya. Buat apa yang disuruh kerana itu semua adalah kebaikan untuk kamu juga apabila dewasa kelak.

Terasa akak ingin menitipkan beberapa nasihat untuk adik2 akak semua.. Nasihat ini juga akak sampaikan ketika hari terakhir tempoh hari.. Bersama sahabat2 kamu.

Perbetulkan niat kamu hanya kerana Allah

Suka akak ingatkan kepada adik2 akak berulang2 kali bahawa setkan didalam hati apa yang kita lakukan hanya kerana Allah semata2. Sama ada kita belajar, pergi sekolah, menolong kawan2, membuang sampah, padam papan hitam, datang usrah.. niatkan semata2 kerana Allah. Didalam hidup ini, tiada yang lebih bermakna jika setiap perbuatan itu tidak diniatkan kepada Allah. Niatlah aku nak peksa ini, aku nak jadi budak pandai, semoga bila besar nanti, aku dapat membantu agama Allah. Aku nak jadi Doktor Muslimah yang baik, Aku nak jadi Akauntan Muslimah.. Niatkan segala apa yang kita lakukan. Pasti Allah akan bersama2 kita..

Jaga Solat

Seperti pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w bahawa “Solat itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama.” Maka adik2ku sekalian, jagalah solat kamu sentiasa. Pelihara solat kamu kerana ia adalah kewajipan kita sebagai hambaNya. Solat itu ibarat tiang rumah kamu, ibarat tiang surau sekolah kamu. Jika tiang itu tiada, maka runtuhlah bangunan itu. Sama juga seperti diri kamu adik2ku. Jika runtuh tiang (solat) kamu, maka runtuhlah agama dalam dirimu. Jika runtuh agama dalam dirimu, maka tiada apa lagi gunanya diri kita ini.. Sia2 sahaja kehidupan kita.

Jaga Aurat

Aurat kita adalah mahkota kita paling berharga. Tutuplah auratmu yang paling berharga itu. Turunkan tudungmu ke dadamu. Jika akak kata, turunkan tudungmu itu, maka perlulah memakai tudung. Jika tak pakai tudung macam mana nak tutup dada kamu? Kan?.. Aurat itu penting bagi kita orang perempuan. Janganlah adik2 akak mudah untuk menampakkan perhiasan kita orang perempuan. Malu kalau orang lelaki tengok. Menjaga aurat kita adalah kewajipan kita sebagai orang perempuan. Ia adalah perintah Allah.. Maka, siapa kita untuk menidakkan arahan Allah itu wahai adik..

Jaga Adab/Akhlak

Suka akak ingatkan dan nasihat adik2 akak semua. Jagalah adab dan akhlak kita kepada orang tua. Khususnya kepada ibu bapa kita dan guru yang telah mengajar kita. Hormatilah mereka seperti mana mereka layak dihormati. Sentiasa mendoakan kebaikan mereka. Jangan sesekali melawan atau tidak beradap mereka, kerana ilmu yang mereka sampaikan itu akan mempengaruhi kehidupan kita kelak. Terus2an berbakti kepada mereka.

Amalkan ilmu yang kita ada/ sebarkan

Ilmu yang kita dapat dari usrah yang kita kongsi bersama, semoga kita dapat sampaikan kepada kawan2 yang lain. Jangan disimpan sorang2. Jangan jadikan diri kedekut untuk berbagi ilmu. Sebarkan ilmu yang kita ada. Amalkan ilmu yang kita ada. Kelak kita akan menjadi orang yang banyak bersyukur dengan apa yang Allah beri kepada kita.

Semoga ukhwah kita sentiasa bersama..

Kepada adik akak2 akak yang sedang dalam perjuangan SPM, akak sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu. Akak sentiasa mendoakan semoga dimudahkan urusan kamu semua. Teruskan perjuanganmu sehingga pena yang terakhir. Usaha telah dilakukan, tinggal saja tawakkal dan doa.. Ingatlah pesan akak wahai adik2ku.. Tunaikan solat dan banyakkan berdoa.. Jika kita sentiasa mengharap pada Allah, Allah akan membantu kita supaya menjadi terbaik. Syaratnya lakukan segalanya semata2 kerana Allah..

Ini saja bebelan terakhir akak untuk adik2 akak semua.. Lepas ni dah tak ada dah.. Tahun depan akak tak dapat bersama kamu semua kerana perlu ke tempat lain. Jika ada apa2 masalah, boleh terus contact akak. Ukhwah kita tidak berakhir disini. Walau tidak bersua muka, tetapi tetap dekat dihati kan?

Semoga adik2 akak akan menjadi anak2 yang solehah untuk ibu dan ayah…

Saksikanlah Ya Allah aku telah menyampaikan..

*kenapa sebak ni tiba2 lalalalala….


Wednesday, July 20, 2011

Risalah Khas Mursyid: Suratku kepada suami muslim yang mulia



Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhnya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237). Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10). Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa sealah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.

Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhluk-Nya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)

Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.


Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.


Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “
… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya:
“Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu.

Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Nya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hamba-Nya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia.
Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegas: “Aishah!” . Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Ungkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.

Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur.

Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w.
“Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu!

Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya. Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “…
Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…”
(At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin.” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?


Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “
Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.


Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.

Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,
Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin.

sumber



Monday, July 11, 2011

Tafsir Al Quran Per Kata



Assalammualaikum Warahmatullah...

Kawan2...

Al Quran Per Kata yang sangat mudah..


maksud di bawah setiap ayat Al Quran mempermudahkan kita
memahami erti dan isi AL Quran





dilengkapi dengan Asbabun Nuzul yang memperkayakan Al Quran ini





Paparan berwarna



BEST KAN??


Dan banyak lagi ciri2 istimewa mengenai Al Quran ini

boleh rujuk SINI



Monday, June 13, 2011

Kisah Si A dan Si B




A : Wehhh.. kau nak tahu tak boyfriend aku call aku 3x sehari, love of my life la katakann.. (sambil buat muka kerek)
B : Oh really? ada aku kesah? aku tak heran pun.. lover aku call aku 5x sehari (muka bangga giler)
A : Bestnya, banyak credit lover kau?
B : Taklah ni connection wireless la beb.. mana main kredit2 nih..
A : (Muka tak puas hati) hmm.. Pukul bape dia call?
B: SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYAK. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada.
sumber

Saturday, May 21, 2011

Rasa di Hujung Kata


Tasik UTM.. bukan saya amik.. kredit from Google.. Kelihatan Masjid Sultan Ismail


Keseorangan... Di tepi tasik UTM.. Melihat keindahan alam ciptaan Allah.. Air yang tenang, cuaca yang redup, anak2 orang lain berlari2.. hati gembira melihat gelagat mereka.. alhamdulillah.. Entah apa yang mereka fikirkan agaknya...

Hati merindukan suasana UTM yang dulu..

Selepas ziarah seorang sahabat.. terus ke tasik.. sorang2.. Tak ada teman.. tak ada sahabat.. sorang2 best jugak kan kan... (ada sapa2 yang sudi temankan saya?)

Melihat pulak gelagat kamreman.. kehulu kehilir dengan kamre canggih.. Banyaknya duit dia, bisik hati...

Tak ada idea lah nak bebel apa kali nih..

Cuma nak sharing kata2 pujangga dari Pahroi Mohd Juoi.. Petikan dari buku Dimana DIA Dihatiku..


Rasa di Hujung Kata

Pandanglah ke bawah untuk merasai syukur atas nikmat dunia...

Pandanglah ke atas untuk lebih bersemangat menyediakan bekal ke akhirat..

Kadangkala sifat mahmudah itu tidak dapat disemai hanya dengan beribadat..

tetapi hanya dituai hasil mehnah (didikan) sebuah mujahadah...

Begitulah jua mazmumah yang ada di kalbu kita..

Kadangkala dicuci dengan kesempitan rezeki dan hentakan kesedihan...

Berlapang dadalah dalam semua hal kerana kesederhanaan itu selalunya menyelamatkan..

Maaf atas segala yang terkurang kerana disitulah letaknya kesempurnaan manusia...

Tetapi santunilah hati yang sentiasa mengharapkan kebaikan..

Sejauh mana kasih kita kepada Allah..

Itulah ukuran kasih yang dapat kita berikan kepada manusia...


Hari makin senja.. manusia makin berkurangan... Diri juga mahu berangkat ke masjid sana.. Masjid Sultan Ismail banyak memori kenangan..Mencari kedamaian..Mencari hati...


Yang keseorangan...

Anazahra :)... 645 ptg... 21 Mei 2011.. Tepian Tasik UTM Skudai..


Related Posts with Thumbnails