Wednesday, January 5, 2011

Di sisi dia ada dia..



 
Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu,  impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

  “Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dengan cinta kepada Rabbnya.. Yang menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yang sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dari perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yang dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..

“Katakanlah,  Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

 Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya untuk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dengan cintanya kepada yang lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkan tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yang teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah??? 

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? 
 Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba untuk kau memiliki si mujahid,  kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua…  Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..   




Nak ingatkan je ni..





Kesibukan selalu membuatkan kita jauh dari TUHAN
Solat tidak lagi di awal waktu. Tergesa-gesa sahaja.

Doa juga tidak lagi panjang dan penuh pengharapan seperti dulu.

Ibadah tidak lagi menjadi makanan yang enak dan sihat kepada ruh yang dikurniakan Ilahi,
tetapi telah bertukar basi dan mengundang penyakit pada diri. Ruh kita sakit dan menderita..
Bila semua itu berlaku, jiwa kita jadi kacau..tak menentu.

Ya ALLAH pimpinkanlah aku ke jalanMU , agar aku tidak sentiasa tergelincir dan jatuh.
Agar dapat aku menuju ke arah cahaya petunjuk MU walau merangkak walau bertatih.
Ampunilah dosaku Ya RABB 



Monday, January 3, 2011

Apabila perasaan takut datang..






 Assalammualaikum..

Kawan2..

“kullu nafsin zaa ikatul maut”
setiap jiwa itu pasti akan merasai mati

Tiba2 ada orang sampaikan..
“Sifulan meninggal dunia sebab serangan jantung..”
“Eh baru jumpa semalam”
“Eh baru borak2 minum kopi sama2 2 hari lepas”
“Eh arwah muda lagi”
“Eh..”
Eh..
Eh…

Yang sudah meninggal dunia tetap akan pergi..
Yang kita ni… adakah masih nak main2 lagi..?
Bila lagi nak bertaubat ni??
Bila lagi nak perbanyakkan amal?
Bila?
Bila?
Bila?
Tak takut ke?
Jadikan itu sebagai pengajaran untuk kita muhasabahkan diri kita ni..
Setakat mana amalan kita ni..

Kita tak tahu ajal kita,
Entah kejap lagi ke?
Entah2 lepas update blog ke..
Entah2 lepas baca entri ni ke..
Entah2 dating dengan mak we yang tak sah tu ke..
Alih2 dipanggil Allah

Tiba2 jatuh terantuk bucu meja, meninggal..
Tiba2 jatuh kat bilik air, sesak nafas, meninggal..
Tiba2 bawa kete punya la cermat, lori dari depan pula terbabas langgar kereta kita, meninggal..
Tiba2 batuk sikit2, sakit dada, meninggal..
Haih.. padahal muda lagi…

Mustahil ke??? Mustahil ke?? Mustahil ke kalau Allah nak ambil nyawa kita ni bila2 masa..
Mustahil ke..??
Tak mustahil laaa..
Tak terfikir ke..??
Tak takut ke..??
Saat dipanggil Allah, kita dalam keadaan bermaksiat..
Solat 5 waktu tak cukup..
Menutup aurat tidak sempurna
Puasa tak tunaikan..
Dating dengan mereka yang tidak sah halal tarafnya..
Tidak takutkah??
Nauzubillah..

“Orang yang pandai itu, adalah orang yang banyak mengingati mati”

“innalillahi wa inna ilaihi raa ji uun”.



Related Posts with Thumbnails