Beberapa peristiwa berlaku akhir2 ini, harapannya moga diri ini dapat terima dengan redha.. Moga2.. Kadang jauh disudut hati, keadaan itu perit untuk diterima.. Tapi kena terima juga.. Kadangkala air mata ini gugur juga, sukar untuk berhenti.. Moga tiada hati yang terluka lagi selepas ini.. Semoga aku dapat control diri supaya tidak kepoh tentang hal orang lain... kihkih
Saya kadang2 sentimental jugak.. walau nampak je stylo haha.. apa2 lah..
Sedikit aje luahan hati yang pelik2..
Back to topic...
Kawan2...
Cemburu itu hanya boleh kepada 2 hal je ok.. Jangan lebih2.. Kalau lebih2 tu control lah supaya tidak menjejaskan diri dan juga alam sekitar tempat tinggal anda...
Yang pertamanya itu adalah apabila kita melihat orang yang alim (berilmu), dan orang itu memberikan ilmunya, kita cemburu dan ingin menjadi sepertinya.
Best bukan ayatnya.. Ada rasa cemburu tak nak jadi seperti dia? Kenapa pulak mesti cemburu? Kerana pahalanya yang banyak itulah.. Tidakkah kita inginkan pahala seperti dia? Ada ilmu dan sebarkan ilmunya.. Berebut2lah membuat amal, berebut2 membuat kerja2 dakwah.. Jadilah orang yang berilmu.. Bizikanlah diri dengan kerja2 dakwah.. Timbulkanlah dalam hati, jika orang lain banyak amal dakwahnya, kita juga perlu bizikan diri dengan amal2 dakwah.. Mahukah kita hanya menjadi pemerhati jarak jauh saja? Adakah kita hanya menunggu disayup rindu? (macam pernah dengar aje ayat ni, hurm..).. Orang lain banyak amal dakwahnya dan kita nampak dia bizi semedang.. Tidakkah kita rasa cemburu membayangkan pahala yang mencurah2 kepada dia.. SubhanaAllah...
Saya terkesan dengan seorang sahabat yang saya perhatikan memang banyak amal2 dakwahnya.. Kadang2 sampai terlupa kerja2 yang perlu dia selesaikan.. “Alamak, ana kena buat ni.. Alamak, ana tak siap lagi ni.. alamak.. alamak...” Kadang nak gelak juga melihat keadaannya.. Tapi dilain sisi saya fikirkan.. Bergembiralah sahabatku.. Pahala itu mengiringimu.. Jauh disudut hati, terasa cemburu dengan kesibukan dia.. ish2.. Betapa banyaknya pahala dia asbab perkara2 yang dia lakukan itu..
Saya mengingatkan diri sendiri dan kawan2.. Apakah kita tidak inginkan pahala? Apakah kita tidak ingin menjadi orang yang berilmu itu.. Apakah kita tidak cemburu dengan orang2 yang berilmu itu? Apakah kita tidak ingin mencari ilmu untuk kita berikan kepada orang lain.. Ilmu yang diberikan tidaklah ia sia2.. ada pahala bersama.. Tegarkah kita beralasan meninggalkan majlis ilmu hanya perkara yang tidak2.. Tidak inginkah kita berilmu?.. Tidak merasa cemburukah jika orang lain dapat hadir ke majlis ilmu, sedang kita tidak... Tidak cemburukah orang lain banyak amal2 dakwahnya sedang kita masih lagi duduk bergoyang kaki.. Astaghfirullah.. Moga Allah jauhkan sifat2 itu dari kita semua..
Adapun cemburu yang ke dua adalah apabila melihat orang berharta dan orang itu bersedekah, kita cemburu dan ingin menjadi sepertinya.
SubhanAllah..
Tidakkah kita merasa cemburu? Tidakkah ingin kita berusaha lebih sedikit agar kita boleh manjadi seperti dia.. Janganlah sampai terkeluar dihujung bibir ‘setakat ini saja rezeki saya’.. Teruslah berusaha mencari rezeki.. Allah Maha Mengetahui rezeki yang diberikan kepadamu itu untuk tujuan dakwah. Masakan Allah akan mensia2 usahamu sahabatku..
Satu kisah yang pernah berlaku pada diri.. Ketika itu saya masih lagi bergelar pelajar. Ada seorang sahabat mengalami masalah kewangan untuk ke program.. Ada pula sahabat lain yang menghulurkan duit memberi pinjaman untuk memudahkan sahabat tadi ke program.. Sahabat tu berjawatan besar.. Gaji pun boleh tahan la.. Hati terkejut.. Dalam hati berkata, ‘aku ingin seperti dia’.. Selepas belajar, saya tekad untuk mencari pekerjaan yang boleh membantu dakwah.. Alhamdulillah, Allah membuka jalan.. Sementara rezeki masih ada, berkongsi2 itu amalan mulia.. Sapa tahu nanti saya akan kembali miskin.. Nauzubillah.. Moga Allah jauhkan.. Saya mahu sambung belajar, dan sudah pasti saya akan berhenti kerja, dan kembali menharapkan ihsan orang lain.. Moga Allah mudahkan segala2nya.. Aminn..
Kita orang dakwah perlu berduit bukan? Untuk ke program.. Untuk menghadiri usrah.. Untuk belanja adik2 usrah (ikat hati hehe).. Duit minyak, servis kereta, tayar pecah.. semua itu perlu duit.. kalau kita bekerja hanya cukup2 untuk kita, macam mana nak bantu dakwah..
Kawan2...
Hadirkanlah dalam hati rasa cemburu kepada daei2 yang kaya.. Da’ei yang menginfakkan hartanya kejalan Allah.. Cemburulah kepada mereka kerana mereka dicurahkan pahala yang mencurah2 asbab huluran2 harta mereka... Tidakkah kita ingin seperti mereka?.. Jika tidak dapat menghulur banyak.. hulurlah sikit.. usahlah terlalu berkira dalam hal dakwah..
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh cemburu melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengajarkannya pula kepada orang lain”.
Riwayat Hadith al-Bukhari
anazahra :
. Eh tak ada pulak cemburu kepada sahabat ek
. Macam mana pulak yang dikatakan cemburu suami isteri? Tak tahu.. Tak pernah bersuami
. Cemburukan tandanya sayang.. Boleh caya ke?
. hahahehehuhu