Thursday, July 5, 2012

Dia masuk Masjid Al Aqsa pakai kasut !





Dengan menyebut namaMu Ya Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Dear Allah,

Hanya kepadaMu saya mengadu.. Hanya kepadaMu saya meluahkan rasa hati ini.. :'( Sebenarnya ya Allah, saya geram dan sedih.. Hati ni rasa sangat sakit.. Sebab gambar ni.. Orang Israel tu masuk masjidMu suka2 hati.. Mereka masuk masjid tu pakai kasut je!.. Ini adalah 1 penghinaan untuk Islam!.. Mereka masuk Masjid Al Aqsa dan berbuat sesuka hati... :'(

Ya Allah,
Saya sangat geram dan sakit hati bila tengok gambar ni.. Apa yang boleh saya lakukan?.. Saya rasa macam nak pergi sana dan tembak mereka semua tapi saya tak ada senapang malah beranikah saya pergi sorang2??.. Saya tak berani sebenarnya, saya tahu... :'( "BANGSA SAYA MASIH LENA, MEREKA MASIH TIDUR".. Ini sahaja yang dapat saya buat.. Saya cuba untuk boikot, saya cuba sebarkan kepada masyarakat apa yang terjadi di bumi suciMu itu, saya cuba untuk berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat melalui program2.. Tetapi kadang kala saya rasa saya tak cukup berbuat untuk Al Aqsa, kadang kala pula saya rasa penat, kadang kala saya hampir putus asa.. Saya hanya rakyat biasa, saya bukan raja, saya bukan sultan yang ada kuasa banyak duit boleh memberikan sedekah sekali banyak2 kepada saudara saya di Palestin, Syria, Rohigya... Tapi saya selalu berdoa semoga para pemimpin Islam seluruh dunia sedar diri untuk membantu umat Islam disana..

Ya Allah,
Dimanakah rasa sensetiviti umat akhir zaman ini ya Allah?.. Entahlah, kami ini ramai, tetapi kenapa kami rasa kami ini sangat sikit? :'( Saya sedih Ya Allah..
Adakah kami ini sangat jauh denganMu?.. Kalau kat Malaysia ni, banyak je hiburan2 yang sangat melalaikan.. Kami dilalaikan dengan bola, Jom Heboh dan macam2 lagi.. Kalau time konsert tu, sangat ramai orang!.. Kalau time bola, sangat penuh kedai mamak!!.. Beginilah situasi di Malaysia.. Kalau bab2 hiburan memang ramai orang, tapi kalau isu saudara seIslam ditindas, isu agama suci Islam dihina, diinjak2, berapa kerat je yang hulur tangan membantu menghulurkan sumbangan, berapa ramai yang bangkit memperjuangkan nasib Islam.. 

Adakah jiwa kami ini jiwa yang tiada rasa sensetif dengan saudara seIslam kami?.. Dimanakah rasa sensetif apabila Masjid suci kami Al Aqsa dipijak2?? Tidak sensetifkan jiwa kami ini apabila tempat sujud kami suka2 hati mereka pijak menggunakan kasut!!.. Apakah kami dilalaikan dengan buaian keseronokan dunia sahaja??.. Saya sedih Ya Allah...

Ya Allah,
Berilah kekuatan kepada kami.. Berilah kekuatan supaya kami tidak lelah dan penat untuk memperjuangkan nasib Al Aqsa.. Walaupun sumbangan kami sedikit dan hanya ini yang mampu kami lakukan, moga2 ia akan menjadi saksi dihadapanMu nanti.. Berilah kesedaran kepada para pemimpin kami, ketua2 kami, sultan2 kami, raja2 Arab, saudara Islam kami di seluruh dunia khususnya di bumi kami Malaysia turut membantu dan bangkit dalam pembebasan Al Aqsa.. Supaya mereka juga sedar bahawa mereka akan dipertanggungjawapkan dihadapanMu nanti...

Saya tahu saya perlu banyakkan berdoa untuk kemenangan Islam.. Cuma kadang2 saya tertanya2 bila kemenangan itu akan tiba.. Maafkan saya ya Allah jika saya tak sabar.. :'( maafkan saya..

Terima kasih Ya Allah kerana sudi mendengar luahan hati saya dan menjadi tempat mengadu saya, dan saya tahu Tuhanku sentiasa bersamaku menjadi pendengar setia kepadaku ♥

Yang benar,
anazahra


Related Posts with Thumbnails