Friday, June 15, 2012

Jagalah solat, maka kamu akan selamat..




Salam Bulan Jun :)

Sebuah artikel untuk adik2 Kelab Remaja ISMA Johor yang disayangi..

Jagalah Allah, Allah akan menjaga kamu..
Jagalah solat, maka kamu akan selamat..
Allah bersama kamu.. sentiasa..

  ---------------------------------------------------------





Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Al Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al Isra’ : 1)
 
Peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w adalah satu peristiwa yang sangat penting kepada kita sebagai umat Islam. Adakah kita masih ingat? Adakah kita tahu apa itu Isra’ Mikraj ?.. Dimana ia berlaku? Apa pentingnya ia kepada kita ?

Ataukah kita masih leka dengan buaian keseronokan ? Sehingga terlupa oh ada peristiwa inikah dahulu ?

Solat tiang agama

Wahai adik-adik akak sekalian,

Ketahuilah, kisah Isra’ Mikraj itu adalah satu kisah tentang pensyariatan solat. Dimana pada ketika Nabi dibawa ke Sidratul Muntaha, solat kita adalah 50 waktu, dan ia telah dikurang-kurangkan menjadi 5 waktu. Tetapi 5 waktu ini, adakah adik-adik akak ni sempurnakan dengan baik?.. Adakah awal waktu?.. Ataukah kita leka melayan Facebook sehingga terlupa akan solat?.. Agaknya kalau 50 waktu dulu masih ada, agak-agak sanggupkah kita nak melaksanakan 50 waktu tersebut?, sedang 5 waktu ini pun masih lagi kita terkail-kial melaksanakannya..

Wahai adikku,

Solat itu adalah sesuatu yang sangat penting. Ianya diibaratkan sebagai tiang .. Runtuh tiang runtuhlah rumah.. Runtuh tiang maka runtuhlah agama kita. Tidak solat (tiang), maka runtuhlah agama dalam diri kita.

'Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (al-Ankabut: 54)

Sebab itu Allah mengingatkan kita, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Jika tidak solat, mudah-mudah saja kita melanggar larangan Allah.. Mudah-mudah saja kita lupa akan Allah. Ingatlah, jika kita lupa Allah, Allah akan lupakan kita. Jika Allah lupakan kita maka kita ini akan menjadi orang yang paling rugi didunia.

Sebab itu kita lihat, ada sahabat-sahabat kita hanya Islam pada IC, tetapi hilang jati diri. Aurat entah kemana, akhlak hilang kemana. Hidupnya seperti tiada agama. Jika diselidik-selidik, oh Islam rupa-rupanya. Bila diselidik-selidik lagi, oh solatnya tidak didirikan. Begitulah kehidupan jika ‘tiang’ agama tidak didirikan. Agamanya runtuh sama sekali. Kehidupannya sepertinya tiada arah tujuan. Melayang-layang tanpa ikatan, ibarat layang-layang tiada tali. Menerawang ia entah kemana. 
 
Apakah itu yang kita mahukan ??

Palestin adalah bumi barokah



Peristiwa Isra’ Mikraj ini juga membawa kita kepada 1 negeri yang mana mungkin kita tak tahu pun. Kita tak tahu pun apa yang terjadi disana. Padahal ia adalah negeri yang paling penting untuk umat Islam seluruh dunia. Ia itulah yang dinamakan Palestin. Disanalah terletaknya Masjid Al Aqsa yang Allah telah berkahi sekelilingnya.

Disinilah terjadinya transit Baginda Nabi s.a.w apabila Baginda s.a.w menjadi imam kepada seluruh para Nabi. Disinilah terjadinya peristiwa Isra’ sebelum Baginda Nabi s.a.w di Mikrajkan ke Sidratul Muntaha. DIsinilah kiblat pertama kita umat Islam. Disinilah segala-galanya bermula.

Tetapi, apa yang telah terjadi dengan bumi barokah ini?.. Apa yang berlaku dengan Masjid Al Aqsa ini?.. Apa yang melanda sahabat-sahabat kita yang sebaya dengan kita dibumi Palestin sana??

Adakah kamu tahu wahai adikku?

Masjid kita dinodai kesuciannya, tanah kita sedikit demi sedikit dirampas, sahabat-sahabat kita kehilangan kasih sayang ibu bapa mereka, satu persatu mereka dibunuh.

Apakah kamu sedar adikku?

Kita disini selesa dengan PS3, iphone4, Blackberry, Golden Screen Cinema, Mentor, Akademi Fantasia dan lain-lain lagi. Tetapi sahabat-sahabat kita disana tidak merasai semua itu. Kehidupan mereka memang disibukkan dengan Al Quran, tiada masa untuk terlalu berseronok. Mereka sentiasa solat berjamaah. Mereka tahu mereka itu adalah pewaris negeri. Merekalah yang akan menyelamatkan negeri mereka daripada dirampas oleh Israel.

Tetapi kita disini cukup selesa dengan kehidupan. Tak ada perang tembak-tembak, tak ada kereta kebal disana-sini, tidak ada jet pejuang melintas dikepala, tetapi kita cuai, tidak ikut perintah Allah!. Suruh solat 5 waktu kadang kala tak buat, suruh tutup aurat malah makin dibuka-buka, apakah kita ini inginkan kehidupan seperti di Palestin mungkin ??.. Kemana syukur kamu telah pergi?

Kaitan Solat & Masjid Al Aqsa


Begitulah kisahnya.. Apabila peristiwa Isra’ Mikraj itu kita kenang kembali. Rupa-rupanya ia sarat dengan pengajaran. Bagaimana Allah mensyariatkan solat pada peristiwa Isra’ Mikraj ini dan pada zaman hampir kiamat ini, Al Aqsa kita hampir hilang dari pandangan.

Adikku,

Perkara penting yang akak suka tekankan kepada adik-adik akak adalah, jaga dan jagalah solat. Solat itu saja yang akan melindungi kamu dari segala kekacauan dunia. Selamatkan diri kita dari keseronokkan terlampau. Bukan akak katakan kita tidak boleh berseronok. Berseronoklah kamu wahai adikku, berseronok kamu mengikut umur kamu itu. Tetapi ingatlah, seronok kita biarlah masih dilandasan agama, seronok kita biarlah Allah redha, seronok kita biarlah mengikut acuan agama. Ya benar, kita ada batas-batasnya. Batas-batas itu yang akan menyelamatkan kamu. Batas-batas itu yang akan memudahkan kamu memahami akan kehendak agama ini.. Dari situ kamu akan memahami akan kepentingan tanah milik kita iaitulah bumi Palestin.

Dari solat itu akan melahirkan kamu seorang remaja yang kuat jiwanya. Dari solat itu yang akan membentuk kamu mejadi muslim yang baik. Dari solat itu kamu akan berjaya dunia akhirat. Dari solat itu kamu akan menyelamatkan agama, bangsa dan negara dari kekacauan musuh kita.

Siapa lagi yang akan mewarisi bumi ini. Siapa lagi yang akan menyelamatkan negara ini. Siapa lagi yang akan berjuang untuk Islam ini. Siapa lagi yang akan membela bumi Palestin yang kita cintai. Jika bukan kamu adik-adikku.

“Jika kamu ingin melihat sesebuah negara itu 20 tahun akan datang, maka lihatlah para remajanya pada masa sekarang”



 

Wednesday, April 25, 2012

Kenal Allah, maka kamu akan kenal kehidupan







Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang telah memberiku nafas sehingga waktu ini. Sebuah kesempatan hidup yang sangat berharga… Di mana begitu banyak tangis yang kita keluarkan hanya sia2 kadang kala..

Sahabat2ku… Izinkan aku menulis sedikit tentang kehidupan kita. Tentang suka duka dan segala rasa yang mewarnai kehidupan kita sebagai manusia di bumi Allah ini.

Malam itu aku masih terjaga. Hingga kemudian getar hp menandakan ada mesej baru diterima. Dari seseorang yang merasa putus asa dengan kehidupannya. Emoticon menangis tertera di mesejnya. Beberapa ayat penenang yang aku berikan  namun tidak sama sekali memberikan kesan kepadanya. Lagi dan lagi emoticon menangis itu dihantarnya kepadaku menunjukkan betapa sedih hatinya. Hingga kepada ayat terakhir yang ku pesankan kepadanya “andai saja kamu mahu mengenal siapa Allah, pasti hidup kamu akan terasa indah”..

Aku bukan perempuan yang lahir dengan sejuta kebahagiaan. Aku sama denganmu, sama dengan kalian semua. Memang hidup bukan hanya ada suka tapi pasti ada duka. Keduanya beriringan serentak, sejak kita lahir ke dunia hingga kita masuk ke liang lahat. Hidup ini bukan hanya ada suka. Hidup ini bukan hanya ada duka. Hidup ini pasti ada suka dan duka. Ya, hidup adalah suka dan duka…

Semalam aku buka kembali sejarah silamku, ingin melihat siapa aku dahulu dan membandingkannya dengan aku yang sekarang. Ternyata dulu pernah tertulis status dalam profileku, “ya Allah aku bosan hidup, kenapa ya?”.. ya sahabatku, dulu aku juga seperti kamu. Aku pernah merasakan apa yang kini sedang engkau rasakan. Dulu aku merasa hidupku begitu membosankan. Hanya begitu setiap hari. Aku merasakan hidupku hanya ada hitam dan putih. Tidak ada warna lain. Begitu bosan. Namun semua berubah… semua berubah dan menjadi indah.

Ya, semua berubah dan menjadi indah sejak cahayanya masuk ke dalam hatiku. Saat itu yang hitam dan putih pun lebur menjadi jutaan warna yang sangat berwarna warni. Aku tahu apa yang kini engkau rasakan dan apa yang dulu pernah aku rasakan… itulah hati yang kering dari iman, itulah hati yang jauh dari Tuhan.

Kenalilah Allah… maka engkau akan mengenal apa itu kehidupan.

KENALI ALLAH, KENALI ALLAH, KENALI ALLAH…

Hanya itu solusi yang dapat aku kuberikan sahabatku.

Kerana cukuplah Allah sebagai sandaranmu maka yakinlah bahawa engkau tak akan terjatuh.

Kerana cukuplah Allah tempatmu mengeluh maka yakinlah bahawa Dia mampu mengangkat masalahmu.

Kerana cukuplah Allah sebagai penolongmu maka tak perlu ada lagi yang engkau risaukan.

Allah itu pengasih, penyayang, dan tak pernah mahu menzalimi hambaNya…

Allah itu suka mendengar apa yang engkau minta, mengadu, memohonkan segala sesuatu…

Maka dari itu Allah suka mendengar hambaNya berdoa…

Janganlah risau sahabatku, Allah pasti mendengar setiap apa yang engkau utarakan…

Kerana Dialah sebaik-baik pendengar sahabatku.

Percayalah, Dia tidak akan menzalimi dan menyakiti hambaNya.

Percayalah..

Maaf, jika aku berkata seakan aku sudah mengenal baik siapa Allah…

Jujur, aku pun baru mengenalNya, baru merasakan betapa indahnya perkenalan ini..

Sampai sekarang pun aku masih ingin memperdalamkan perkenalan ini…

Kerana semakin mengenalNya maka semakin ada cinta sahabatku..

Bukan berarti aku sudah mencintaiNya…

Sampai sekarang pun aku masih meminta untuk diajari cinta olehNya

Bagaimana cara yang benar untuk mencintaiNya

Indah sahabatku..

Indah sekali mengenalNya, aku tak mampu menggambarkan dengan kata-kata…

Cukuplah kau cuba dan nikmati sendiri bagaimana rasanya.

Terkadang kita ini terlalu egois…

Menuntut ini dan menuntut itu pada Allah, sedang kita sendiri tidak suka dituntut oleh aturan-aturan yang Allah buat.

Lihat betapa banyak orang menanyakan kenapa harus menutup aurat? Kenapa harus pakai tudung? Mengganggu hak asasi saja!!

Lihat betapa banyak orang yang memberontak dan tidak suka dengan aturan Allah yang melarang hambanya untuk bercouple… kenapa tak boleh couple? Ini kan soal perasaan!! Kenapa kenapa kenapa??

Tapi Allah?? Adakah Allah pernah bertanya kenapa kamu sering2 meminta bahagia? Kenapa kamu meminta hidup kaya? Kenapa?? Bukankah adalah hak-Ku menjadikan kamu bahagia atau menderita. Bukankah adalah hak-Ku menjadikan kamu miskin atau kaya. Allah tidak demikian. Allah itu dengan segenap kasih sayangNya menurunkan ayat ini:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku sangat dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2: 186)

Lihat bagaimana cara Allah menuturkannya…

Allah terlebih dahulu mengutarakan apa yang akan Dia BERI kemudian baru Allah mengutarakan apa yang Dia MINTA dan di jelaskan kembali bahawa apa yang Dia minta tak lain juga adalah untuk kebaikanmu..

Subhanallah.. tidakkah berdidik hatimu mendengar ayat seperti ini?

Itu janji Allah sahabatku, janji yang tak kan pernah Tuhanmu ingkari :)

Kita ini terlalu kikir…

Setiap apa yang kau punya… setiap apa yang engkau miliki, datangnya dari Allah sebenarnya. Itulah pemberian Allah. Fikirkan berapa banyak pemberianNya sejak kita lahir ke dunia. 

Sahabatku, ketika engkau merasa bahagia memiliki ibu yang begitu menyayangimu, ingatlah itu dari Allah sebenarnya. Dari Allah yang begitu memperhatikan kebahagiaanmu, hingga Dia mengirimkan malaikat bernama “ibu” untuk mendampingi liku-liku hidupmu di dunia. Pernahkah kau mensyukurinya? Sedarkah engkau bahawa itu salah satu bentuk kasih sayangNya??

Namun, sering2 kita memandang pemberianNya dengan sebelah mata. Begitu sering kita lupa membaca Alhamdulillah. Bahkan kita selalu lupa semua itu adalah pemberian Allah. Astaghfirullah.

Mari kita sama2 fikirkan, ketika Allah sentiasa mencurahkan nikmatNya… kita lupa bersyukur. Namun, ketika Allah hanya mencabut satu nikmat yang kita sedang rasakan, kita meraung-raung, menyalahkanNya. Kenapa ya Allah kenapa? Apa salahku ya Allah?

Sebenarnya masih banyak yang ingin ku utarakan…

Tapi meski tulisan sejumlah air dilautan gunakan, takkan dapat ku tuliskan semuanya.

Ya, akan begitu panjang jika kutulis kesalahan kita padaNya.

Iringi hidup kita dengan istighfar dan hamdalah

Kerana setiap detik kita menikmati pemberiannya namun seringkali kita bermaksiat padanya.

“Alhamdulillah astaghfirullah”

------------------------------------------------

Artikel asal Berbahasa Indonesia



 
Related Posts with Thumbnails