Monday, November 10, 2008

Nikmat….


“Hmmm… nikmatnya minum air bali ni.” Kata seorang sahabat ketika kami sama2 sarapan pagi waktu tu.


“Maka nikmat Tuhanmu yg mana lagi yang kamu dustakan??.” Jawapku…


hehe..ntah xtau mcm mane bleh kluar ayat tu…


Terasa sedih hati ini tatkala melihat ramai manusia di café itu masih belum menghargai nikmat yg Allah berikan kepadanya. Nikmatnya menjadi perempuan. Apabila terdapat perasaan malu yg menebal. Tetapi masa kini, malu tersebut seolah2 telah dicabut. Bentuk badan diperlihatkan. Warna kulit dipertontonkan. Rambutnya dipersembahkan. Astaghfirullah.. Sedihnya…Dimana silapnya. Adakah kerana aku tidak menyedarkannya betapa nikmat Allah itu tersangat indah…oh.. Ya Allah bantulah aku…


Kita yang telah men’declare’ diri kita sebagai da’ie ini adalah satu nikmat yang tersangat2 berharga. Mana tidaknya, disaat orang lain masih mencari2 jalan keluar. Masih mencari2 cahaya Allah, kita ini telah dipersilakan oleh Allah utk berjuang menegakkan agamaNya, disamping ramai lagi manusia lain yang tidak dipilih oleh Allah. Betapa bertuahnya kita. Alhamdulillah..


Ukhti Fillah,

Semoga kita thabat dalam perjuangan ini. Semoga kita kuat dijalan dakwah ini. Thabat dan kuat untuk membantu mereka merasai nikmat yang Allah berikan. Membantu mereka merasai nikmat yang telah kita perolehi. Iaitu nikmat tarbiyah ini. Tidakkah kita kasihan kepada mereka?? Terkontang kanting mencari nikmat tersebut.

Ini juga adalah salah satu tanda kesyukuran kita kerana telah mendapat nikmat tarbiyah tersebut. Menyebarkan kepada yang lain. Itu tandanya kita menghargai pemberian Allah kepada kita. Semoga kita tergolong didalam golongan orang2 yang bersyukur.


P/s : “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan..?”



No comments:

Related Posts with Thumbnails