Saturday, November 29, 2008

Sheikh Yusuf Estes : Dari seorang pendakyah kepada seorang pendakwah….


Alhamdulillah.... Dapat jugak aku menatap wajah Yusuf Estes. Mule2 aku xkenal, sape la Yusuf Estes ni, xglemer pun...Lain la klu Yusuf Islam ke, Dr Gary Muller ke, Mikaeel aka Michael Jackson (wallahu’alam, dia ni dh revert to Islam ke belum, katenye dah..) ... penah la dgr name tu walaupun mereka xkenal aku. Tapi 27hb adalah tarikh keramat. Aku dapat berjumpa dgn Shiekh Yusuf Estes. Walaupun aku tidaklah duduk sesofa, makan semeja, berjalan bersama, sekurang2nya aku dapat melihat beliau dari jarak 7 langkah.. kalau langkah tu sedang2 la...eheh...


Wahh rase nk gi kat dia dan nak ckp...


“Uncle2, can u come to my house n we can muzakarah about Islam until tomorrow. Just Islam,nothing else. I want learn from u… “


Kalaulah dia perempuan, sudah tentu aku p kat dia n cium tangan dia.. isk2… aku hanya melihat dari jauh disebabkan batas2 yg perlu dijaga..isk..


Apakan daya…



Yusuf Estes dalam siri lawatannya ke Malaysia selama 15 hari, dan antara banyak2 bumi Allah di Johor Darul Takzim ni, bumi UTM dan bumi Tmn Universiti menjadi saksi pertemuan kami. Cehh… Terasa sebak apabila berada di masjid dimana ceramah beliau berlangsung. Mendengar ceramah beliau terasa seperti seorang bapa menasihati anak2nya..isk2... Kebetulan umur beliau sebaya umur bapaku, 64 tahun. Oh abahku dikampung, anakmu merinduimu....


Beliau sebelum revert kpd Islam, beliau adalah seorang yg kuat pegangan agama Kristian. Seluruh keluarga beliau juga adalah kuat pegangan agamanya. Beliau punya sayang kepada Kristian tu,sehingga beliau telah mendirikan sebuah gereja, banyaknye duit dia.. beliau mengimarahkan gereja2 yg ada disekeliling beliau. Nak katakan dia ni merangkap paderi jugaklah klu xsilap aku. Beliau mengenali Islam, apabila keluarganya berurusan jual beli dengan warganegara Arab yg bernama Muhammad. Dan niat keluarga mereka adalah untuk menjadikan Muhammad ni mad’u untuk dikristiankan. Akhirnya beliau, keluarga beliau semuanya memeluk Islam, termasuk bapanya, ibu tirinya dan ramai lagi. Besarnya pahala Muhammad. SubhanaAllah.



Sedikit isi mengenai ceramah beliau yg aku dgr...


Ceramah tu berkisar kepada ’Why do dakwah?’ Walaupun beliau mempunyai slank yg tersangat pekat,maka aku perlu tumpukan 100% kearah beliau utk memahami patah2 pekataanya..


Beliau hanya menyatakan 2 ayat Al Quran sahaja. Iaitu ayat 3:110 dan surah ke 103…(sila buka terjemahan Al Quran untuk rujukan)


2 ayat sahaja beliau gunakan tetapi penerangannya hampir 2 jam setengah. MasyaAllah...


Beliau mengatakan bahawa kita adalah umat terbaik, maka buktikan kita umat terbaik dengan cara lakukan makruf, cegah mungkar..


Dan kita juga perlu saling pesan memesan dan saling menasihati dalam kesabaran.



Tapi paling aku xbleh lupa apabila dia menceritakan detik2 dia masuk Islam.Apabila dia berdiskusi dgn seorang muslim. Berdiri bula roma aku apabila yusuf Estes mengatakan (setelah ditrasnslet ke melayu)..


’Pedulikan apa org nk kata, pedulikan apa yg keluarga aku nk kata, pedulikan pelanggan aku nak kata apa, pedulikan apa yg jiran aku nak kata, pedulikanlah sapa2 pun nak kata aku masuk Islam, ini adalah urusan aku dgn ALLAH, bukan urusan aku dengan mereka.. O Allah, please guide me..” Katanya...


Tiba2 airmata ini berlinang...xtahu kenapa...



Hati ini terdetik, orang Kristian yg masuk Islam, tetapi mereka lebih menghargai Islam itu sendiri. Tapi orang Islam sendiri yg dalam kad pengenalan mereka tertera Islam, perangai xserupa Islam.. Nau’zubillah... Nasihat untuk aku.., yg sudah 23 tahun Islam, xpernah mengenal apa itu Kristian, seperti tidak tahu menghargai, seperti tiada apa2 sumbangan untuk Islam.


”Ya Allah, janganlah kau palingkan hati ini setelah Engkau memberinya petunjuk. O Allah, please guide me..”


Akhir sekali, beliau mengatakan...


’Marilah saudaraku, kita berdakwah... Aku ingin berada di jannah, aku ingin berada di samping Rasulullah, aku ingin berada disamping para sahabat, aku ingin berada disamping para syuhada, aku ingin bersama kamu semua di jannah, inilah sumbangan aku untuk Islam’


Isk... sedihnya... Mulianya hati dia...Ku kesat airmata...


Beliau ada memberikan laman web mengenai Islam. Dia sebut 1 persatu.. Memang banyak. Xterbaca. Ini semuanya laman web sumbangan beliau. Xtahu la dia upah orang untuk develope ke, tapi bayangkanlah kalau dah banyak sangat laman web, berapa duit dia habis. 1 laman web dan berapa rm dah... Berdakwah seluruh dunia lagi. MasyaAllah, aku ni berdakwah kat dalam kampus je dah mengeluh. Belum suruh ke seluruh dunia... Astaghfirullah...


Akhir sekali.. aku sertakan gambar2 yg aku ambil. Beliau terpaksa dipapah kerana terlalu penat travel. Ditambah lagi dengan usia beliau yg emas itu.. Aku kagum dgn semangat beliau, berdakwah beribu2 kilometer, naik kapal terbang kesana kemari, dari 1 negara ke 1 negara yg lain. Lepas ni khabarnya akan ke Washinton DC dan selepas tu ke Mekah untuk tunaikan Haji, SubhanaAllah... Malunya aku yg masih kuat ini masih duduk tidak berdakwah.. Astaghfirullah...



Maaf gambar xclear sgt sbb kamera tersangat xcanggeh... Hanya dpt ambil gambar dia kat screen... Xpe la janji ada. Masa tu dia nak berangakat pulang. Haa time tu la aku kate jarak kami hanya 7 langkah je... Xbrape clear sgt tp xpelah asal aku bleh nampak jambang putih dia..eheheh...


Antara link yg Yusuf Estes bg ms mlm tu..

YusufEstes
99Islam
ShareIslam
WhatsIslam
SearchForIslam
ScienceIslam
ArabicInEnglish
ChatIslam
GodAllah
YouTubeIslam


wallahu’alam...

p/s : O Allah, please guide me....

No comments:

Related Posts with Thumbnails