Sunday, July 4, 2010

Bekerjasama Dengan Perkara Yang Disepakati




 
Kenapa ye..
Kita ni rajin sangat fikir benda2 khilafiah..
Sampai pening2 kepala..
Yang best tu sampai gaduh2..
Sebab.. nak pertahan benda khilaf..
Contoh.. Janggut perlu ada tak?
Dah le bertanya.. kita jawap le tak ada pun tak apa..
Ehh marah pulak…
Alahai benda ni kan banyak pendapat..
Ikut suka la..
Kita memperbesar2kannya sampai buang masa, tenaga, usaha..

Apa dia masalah umat Islam sekarang ni..??
Agak2 la ye.. agak je…

Adakah masalah sekarang kita dok fikir..
Masa solat tu kena tangan lurus ke tangan kat perut..?
Masa rukuk tu kena angkat tangan tak..?
Solat subuh tu kenapa imam tu tak ada doa qunut..?
Patutnya..
Perkara penting yang kita patut fikir…
Umat Islam yang tak pernah rukuk walau sehari..
Yang tak pernah turunkan dahi ke sejadah..
Yang tak kenal masjid…
Itu yang kita patut fikir macam mana nak bantu..

Adakah masalah sekarang kita dok fikir..
Pakai purdah tu penting tak..?
Pakai jubah tu penting tak bagi perempuan..?
Perempuan kena pakai baju kaler gelap2 je semua…
Patutnya..
Perkara penting yang kita patut fikir…
Mereka2 yang tak pakai tudung langsung..
Nampakkan aurat..
Leher, lekuk tubuh..
Itu yang kita patut fikir macam mana nak bantu..

Masalah sebenar umat Islam sekarang adalah..
Kelemahan aqidah..
Syari’at yang tak dilaksanakan..
Keruntuhan akhlak..
Pengabaian solat..
Tersebarnya rasuah
Bukan benda2 khilafiah yang patut kita debatkan..

Bukankah kita bersepakat mengenai lima rukun Islam yang praktikal?
Kenapa tak kerjasama ajar umat Islam sebaik mungkin?
Kenapa tak bekerjasama guna pendekatan terbaik dalam usaha mengajak, memberi galakan dan peringatan?

Bukankah kita sepakat mengenai 6 tunggak keimanan?
Beriman kpd Allah, malaikat, kitab2, rasuk2, hari akhirat dan qada’ qadar.
Kenapa tak bekerjasama memperjelas dan memperteguhkannya,
Menyampaikan kepada akal dan hati umat Islam dengan bahasa yang mudah.

Bukankah kita bersepakat berkenaan akhlak2 mulia..?
Iaitu akhlak Rasulullah..
Jujur, amanah, berani, pemurah, pemberi maaf, tidak memutuskan silaturahim dan lain2..
Maka marilah kita bekerjasama dalam menyebarkan akhlak2 mulia ini..

Bukankah kita sepakat terhadap hukum hakam syara’ yang qotie’ dan telah sabit melalui nas2 Al-Quran.
Marilah kita bekerjasama dalam memelihara dan melaksanakannya dengan baik.
Melindunginya drpd haru biru mereka yang ingin tukar perkara qotie’ mejadi perkara zhonni.

Bukankah kita sepakat yang Zionis musuh yang sangat jahat.
Sangat bahaya..
Bahaya pada agama, ketenteraan, ekonomi, politik, social, akhlak, budaya, tamadun..
Meruntuhkan Al Aqsa pulak tu..
Mereka dok rancang dengan teliti mcm mana nak hancurkan Islam..
Kenapa tak kita bekerjasama dalam memerangi mereka balik?
Kenapa tak rancang sama2 untuk perang mereka balik..?
Kenapa tidak bekerjasama dalam menghadapi Yahudi licik tu?

Bukankah kita sepakat bahawa ratusan juta umat Islam diserata dunia masih jahil dengan perkara2 asasi Islam.
Mereka ni kadang2 tak kenal Islam melainkan namanya je ada Islam
Mereka hanya kenal tulisan Al Quran tapi tak kenal isinya.
Oleh itu marilah kita bekerjasama dalam mengajar bangsa2 ni dengan ABC Islam serta rukun2 asas agama, aqidah, akhlak, ibadat..

Usaha ini menuntutk kita mencurahkan tenaga yang tidak terbatas dan melupakan isu2 yg sering kita perselisihkan,
padahal perselisihan itu tidak ada akhirnya.

Saya suggest buku Kebangkitan Islam..
Panjang lebar dihuraikan…

Apa2 pun..
Lu pikir la sendiri….

Apa yang penting… Kerjasama..


1 comment:

Farid bin Aspar said...

Betul la tu...
kekadang benda yg remeh menjadi penghalang utk sesuatu yg lebih besar... =(

bukan itu sahaja...
kekadang sering bincangkn masalah yg jadi drpd memikirkn punca terjadi.. adehh..

contoh anak luar nikah...
lebih fikirkn mcm mana nk elak orng buang anak..
nape tak fikir cmne nk elak zina?
jarang media juga sebut pasal nk elak zina...

jadi bagaimna? hurmm.. sedih.. =(

Related Posts with Thumbnails