Wednesday, July 7, 2010

Si dia yang comel...


"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. (Luqman : 13)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Luqman : 14)

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Luqman:16)

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman:17)

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (luqman:18)

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Luqman : 19)


Luqman Hakim B. Haizul Izat..
Moga2 dirimu apabila dewasa kelak..
menjadi manusia seindah namamu...
yang soleh, yang baik, yang bijak, yang kacak...
kebanggaan ibu ayahmu itu..






Isk... Ini bukan promote anak sedara sebenarnya (tapi... promot la ni)
tapi disebabkan malam2 gini..
waktu2 gini.. (340am)
tiba2 terpandang blog akak..
terpandang si dia lukman hakim...
geram betul tengok wajah beliau yang dok tersengeh2..
rasa nak debik2 je..
geram dgn kecomelannye..
sebenarnya ada banyak gambar dia versi peluk bear...
tapi pendrive ibu beliau boleh rosak pulak..
alahai..
rasa nak debik2 si ibu itu pulak...
wakaka...
tu laaa...
len kali buat pendua..
mcm kunci tuu...
kan selalu rajin buat pendua...

Bear tu mak su dia punya..
maaf ye...
mak su tu adalah disebelah ayahnya..
bukan mak su di sebelah ibunya..
mak su disebelah ibunya tiada bear pun..
bear org bagi adalah, hadiah atas hadiah ..
huhu...

p/s: oh luqman, janganlah kamu suka main bear.. pelik benar diriku melihatnya..

No comments:

Related Posts with Thumbnails