Wednesday, December 31, 2008

Dimanakah Engkau Wahai Muslimin???









Nota untuk aku….


Dunia Islam dikejutkan dengan berita serangan bertubi2 bangsa Yahudi laknatullah kpd rakyat Palestin. Hati aku tersentak apabila membaca paper online :

Gaza terus bermandi darah

Korban serangan Israel meningkat 345 orang

Hati sayu membaca beritanya. Hati terasa sedih dengan keadaan bumi Palestin tika ini. Hati rasa hendak menangis memikirkan apa yg sudah jadi dengan negara Islam ini. Apa sudah jadi dengan umat Islam seluruh dunia. Kemana perginya mereka??? kemana perginya umat Islam seluruh dunia??? Kemana perginya semangat saudara seIslam????

Mungkin benarlah apa yang pernah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. pada satu ketika: “Akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?”

Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).

Terdetik dihati… Aku tiada apa2 sumbangan yg hendak disumbangkan kepada Palestin. Apalah yg aku boleh lakukan. Hanya boikot barangan dan derma Palestin sahaja. Apalah sangat.... Aku merasakan seperti tidak cukup dengan itu. Tetapi, apakan dayaku. Aku hanya dapat melihat dari jauh. Aku hanya dapat mengirimkan doa kepada Allah supaya bumi Palestin selamat.

Aku hanya boleh membantu saudara2ku yg berada disekitarku, menyedarkan mereka betapa rakyat Palestin sangat mengharapkan bantuan dari kita. Kita hanya boleh membantu mereka dengan boikot barangan Yahudi. Tetapi aku kesal dengan perkataan sesetengah pihak yg mengatakan mereka memperjuangkan Islam tetapi masih lagi dengan tiada perasaan malu menggunakan barangan Yahudi Laknatullah...heh!

”Buat ape nk boikot. Setakat seringgit je. Lepas tu ana sorang je. Orang lain xpun. Ape la sangat dengan RM 1 tu”

”Alah, xperlu la boikot2 ni. Kalo ade org nk derma Palestin tu, kite bg je kut tu. Ok jugak. Kira bantu jugak ape”

Heiiii....mmg le bantu ikut derma, tapi kalo ade jalan lain lagi, ade kaedah lain yg boleh melumpuhkan si Yahudi ni dgn cara cepat, kita bantu aje la. Tapi kita ni kadang2 mementingkan diri kita. Kita sekarang berada di zon selesa. Zon Malaysia adaah zon yg selesa. Kita xbrada di zon Palestin. Kalolah negara kita ni sebenarnya adalah negara Palestin dan Palestin tu adalah Malaysia, pasti kita akan berkeadaan seperti mereka. Kita akan meraung2 menangis, merintih mengatakan dimanakah saudara2ku Seislam seluruh pelusuk dunia. Adakah mereka buta, tuli, xde hati perasaan!!! Isk... :(

Kita merasa bahagia kerana abg, akak, ibu, bapa, adik, saudara mara masih berada disamping kita. Cubalah kita bayangkan sejenak jika ibu, bapa, akak, saudara mara kita yg menjadi mangsa keganasan Yahudi. Apa yg kita akan lakukan????

Kita masih lagi bahagia disamping air cendol dan kerepek lekor duduk depan tv tengok cerita2 hiburan LG straz la, Tom2 Bak la, Raja Lawak n ntah ape2 yg melalaikan. Oarng Palestin kat sana tengah bertarung dengan maut. Kita duduk ketawa2 suka2 hati...

p/s : Maafkan aku Ramallah, bangsaku masih lena....


Tuesday, December 30, 2008

Cerita ntah ape2....



Assalammualaikum....

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya." (2:155-157)

Subhanallah walhamdulillah....

Sudah lama ana tidak menarikan jari jemari untuk menaip ape yg terbuku dihati. Selama ini hanya menjadi pemerhati jarak jauh blog sendiri. Tidak di update dan tidak di edit.
Merasakan diri ini bizi dengan urusan dunia (perasan bizi), maka untuk sekian kalinya ana cuba juga untuk menulis walaupun ana rasa ana punya tulisan ntah ape2...huh..

Banyak perkara sebenarnya yang terjadi selama beberapa bulan kebelakangan ini. Perkara2 yang sebenarnya mmg mencabar kesabaran dan mengajak ana berfikir hikmah disebalik kejadian yang berlaku.
Setiap kali ia berlaku, hati tersangat ingin utk menceritakan apa yg berlaku. Tapi ada sahaja yang menghalang.
Bermula dari mslh diri sendiri, akademik,dakwah, keluarga, sahabat2 dan seterusnya masalah dunia... xagak, pikir mslh dunia..heh! Dan setiap yang berlaku aku terfikir untuk meluahkan apa yang terbuku. Hendak diluahkan kepada sahabat, ntah la, xterluah apa yg hendak diluah, ada saja halangan. Hendak diluah kepada org lain, kadang2 org tidak faham masalah kita. Hendak diluah kepada blog, nak kena karang ayat pulak, dah le ana ni ade mslh untuk mengarang ayat. Maka sendiri simpan lah... Xpayah la crite. Ana yakin, ada yang Maha Mendengar yang mendengar rintihan hati ini... Oh....

Cerita ntah ape2....

Kini muncullah tahun baru Hijrah 1430. Kebetulan boleh dekat2 jugak dengan tahun baru masihi. Jatuh pada minggu yang sama. Tapi masihi xyah lah amek port. Kita pentingkan tahun Hijrah lagi baek...Kita tegakkan syiar Islam...

Dan tahun 1429 byk perkara2 yang mengajar ana erti kedewasaan. Semoga dengan kedatangannya 1430 membawa 1001 pembaharuan dlm hidup ku.. Banyak yang perlu diperbetulkan..Isk...Banyak yg perlu dihijrahkan semperna tahun baru ni.

Teringat kuliah maghrib Ustaz Ismail smlm.

Hijrah yang perlu dilakukan:

1) Peningkatan kualiti aqidah & iman
2) Hijrah Ilmu
3) Peningkatan amalan
4) Peningkatan akhlak.

Semoga Allah membantuku dalam usaha memperbetulkan diri ku ini... Ya Allah, bantulah aku....

p/s: hati terasa rindu dengan seorang sahabat.....

Wednesday, December 17, 2008

Gapai title 'Solehah' bukan mudah.. isk..




Sepatah perkataan yang mudah disebut. Perkataan yang memberi maksud sesuatu yang paling baik diantara perhiasan-perhiasan dunia yang lain. Perkataan yang indah bilamana ia benar melambangkan maksudnya. Perkataan yang cantik bila ia dimiliki dengan sebenarnya oleh pemiliknya.

Namun solehah ternyata bukan mudah pada realiti kehidupan ini.Solehah itu bukan hanya boleh dinilai dipenghujung perjalanan, namun sentiasa diberi nilai dalam setiap tahap-tahap kehidupan.

Mudahkah menjadi anak yang solehah?

bila balik bertemu ibu ayah sekali sekala , dua tiga hari dikampung, mempamer dan menonjolkan akhlak terbaik, mentaati tanpa jemu setiap permintaan ibu dan ayah. Tapi bila tinggal lebih lama, hati mula jemu, mula kurang sabar, suara tidak lagi rendah dan lunak – disuruh mula berdalih dan merasa berat, ditegur mula memberontak mempertahankan kesilapan... wahai anak, di manakah solehahmu pada ayah ibu yang terlalu banyak pengorbanan dilakukan untukmu?

Mudahkah menjadi gadis yang solehah?

Dengan akhir zaman yang membuka seluas-luasnya ruang perhubungan lelaki dan perempuan, dengan ransangan filem-filem, lagu-lagu dan bahan bacaan yang menghidup kan rasa cinta hingga menyala-nyala dalam dada, mudahkah untuk menepis kedatangan SMS, call, chatting YM, email etc yang bertalu-talu dari lelaki yang 'soleh' dan tak soleh? Awalnya mungkin mudah, dengan prinsip cinta hanya untuk suami dan isteri, tapi jika konsistennya SMS yang caring lagi prihatin hingga menghidupkan warna merah muda dalam hati, mampukah lagi menolak? Mampukah lagi mengelak dari serangan-serangan perasaan ‘fitrah’ yang ingin disayangi dan menyayangi, lebih-lebih lagi teman-teman disekeling juga tidak lagi sendiri ?

Mudahkah menjadi solehah, jika pergaulan yang dirasakan sederhana mengundang curiga dimata masyarakat? Mengundang cemburu dihati si isteri-isteri? Mengundang fitnah di hati yang berlainan jenis?

Mudahkah menjadi isteri solehah?

Di awal mahligai cinta dibina dalam pernikahan, waktu kasih membara, solehah itu seolah pasti terjadi, ada ketaatan sebelum dipinta, ada layanan kelas pertama, ada pengorbanan yang tidak terasa, ada kelembutan yang mempesona, diri terhias tersembunyi dan nyata..

Namun, bila masa berlalu memaparkan suami sebagai insan biasa-biasa punya banyak alpa, yang terus zahir adalah terlalu banyak keburukan dan kelemahan. Hingga tidak merasa perlu mentaati dirinya yang dulu pernah paling ditaati, hingga acuh tak acuh pada suami yang dulu mendapat cinta kelas pertama, hingga tidak mampu melihat apatah lagi mensyukuri pemberian suami pada keluarga.

Pudar kasih, luput sayang, yang ada hanya lah hati yang luka berbisa. Tiada penghormatan, tiada penghargaan, yang ada hanya ungkitan kesilapan pasangan . Tiada kesyukuran, tiada keredaan hingga diri memikirkan untuk meruntuhkan, melarikan diri dari perjanjian dan ikatan yang dibuat atas nama ALLAH…

Dimanakah solehah? Waktu belum dituntut menjadi pasangan, diluar ikatan mampu menjadi solehah memenuhi segala permintaanya, memohon maaf penuh perasaaan atas kesilapan padanya, mengasihinya sepenuh jiwa raga, tidak mahu melukai hanya ingin mencintai… merasa hebatnya aura sayang dua jiwa dipenuhi kata-kata sopan lagi manja…namun bila ikatan pernikahan yang benar-benar menuntut soleh dan solehah,.. terus sirna, kesopanan dan kelembutan hilang ditelan kejemuan… solehah, dimanakah solehah…?

Solehah…bagaimanakah untuk solehah..? bagaimanakah untuk terus solehah selepas diri jauh meninggalkan solehah…? bagaimanakah untuk tetap solehah diwaktu tidak lagi ingin solehah? Bagaiman bertahan untuk solehah sewaktu sukarnya ingin menjadikan diri solehah?

Sukarnya solehah…sewaktu masih sendiri, terasa sukar menjaga kesucian diri dan hati.. kerana diluar sana tarikan untuk memudarkan solehah terlalu tinggi,… dan sewaktu sudah bersuami, mungkin lebih sukar kerana ada pula hati suami untuk ditaati , dijagai agar tidak tercalar, sedangkan hati dan iman sendiri masih erkontang kanting kering nur rabbani…

Solehah itu anugerah ilahi. Mahal harganya, Tak terhitung nilainya,Kerana syurga balasannya.Ya ALLAh ajari aku untuk solehah dalam menghadapi ujian-ujian dariMU uJian kesenangan atau kesusahan. Bantulah aku untuk memilih solehah dari yang lainnya dalam keadaan sukar atau mudah. Bantulah diri hambaMU ini agar mampu ku mentaatiMu, yang dengan nya menjadikan aku mampu mentaati ibubapaku dan sesiapapun yang perlu ku taati.

Bantu lah aku memenunaikan segala suruhanMu agar mampu ku tunai hak-hak sahabat dan saudaraku ingin ku cintaiNYA keranaMU.. Bantu lah diriku menjauhi segala laranganMu agar ENGKAU memberikan jalan keluar atas segala urusanku.. Bantu lah aku ya ALLAH, dengan rahmat da kasih sayangMU perbaiki lah urusan ku dan jangan biarkan ku membuat keputusan sendiri walau sekelip mata.

Bantulah diriku untuk memilih solehah walau memilih solehah terasa letih, sakit dan sukar bagi diriku, namun izinkan diriku bertemu Asiah, Maryam, Khadijah dan Fatimah.

sumber : broHamzah

p/s : Allahu Akhbar...

Thursday, December 4, 2008

Berkorban Itu Nikmat


Berkorban ertinya memberikan sesuatu untuk orang lain, mengeluarkan sesuatu bukan untuk kepentingan sendiri atau melakukan sesuatu yang hasilnya bukan untuk diri sendiri. Tapi mengapa pengorbanan itu terhasil nikmat? Mrngapa memerah keringat, menyumbangkan darah, mengucurkan keringat serta bersusah-payah lainnya hanya untuk orang lain selalu memunculkan keteduhan luar biasa di dalam hati?

Mengapa masih tetap memberi, sedang diri dalam kondisi sempit, berusaha menanamkan kebahagiaan untuk orang lain, memberi manfaat pada orang lain saat diri memerlukan, selalu melahirkan kenikmatan dalam diri orang melakukannya.

Saudaraku,

Pernahkah kita merasakan bagaimana nikmatnya menyisihkan wang untuk berinfaq danmembahagiakan orang lain, dalam kondisi kita juga memerlukannya? Bagaimana indah dan damainya hati saat memeras tenaga, memerah fikiran, mengeluarkan apa yang kita punya, untuk kegiatan dakwah ilallah? Bagaimana sejuknya hati dikala kita dapat memberi sesuatu yang berharga yang kita miliki untuk membahagiakan orang lain?

Memberi secara lahir adalah mengeluarkan sesuatu untuk orang lain yang bermaksud mengurangi sesuatu yang kita miliki. Tapi secara maknawi, memberi sesuatu kepada orang lain itu sama dengan memunculkan ketenangan dalaman, kenikmatan dan kecerahan tersendiri bagi yang melakukannya.Kandungan makna inilah yang banyak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para salafussalih. Anas Radhiyallahuanhu pernah mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah diminta sesuatu kecuali dia pasti memberi.

Saudaraku,

Berkorbanlah di jalan ini. Berkorbanlah dengan mengabaikan keinginan syahwat dan mengutamakan keridhaan Allah. Bersabarlah dalam berkorban. Kerana menurut para salafus shalih, sesungguhnya kenikmatan berkorban itu ada pada seberapa besar kita dapat bertahan dan bersabar dalam melakukan pengorbanan dalam beramal soleh. Umar ibn Khattablah yang menyebutkan bahawa lazatnya kehidupan itu pada kesabaran

"Aku telah membuktikan bahawa kenikmatan hidup itu ternyata ada pada kesabaran kita dalam berkorban"

sumber : ummuabdullah


p/s : hidup ini perlu banyak memberi daripada menerima....

Wednesday, December 3, 2008

Menangislah Dibahuku




Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia

Menangislah …

Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)


p/s: sy ada bersama awk...

Tuesday, December 2, 2008

Bulan Sabit Tersenyum Di Langit


Assalammualaikum…


SubhanAllah.. Maha Suci Allah…


“Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemanyam di atas arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yg mengikutinya dengan cepat. (Dia mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintahNya. Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya. Mahasuci Allah, Tuhan seluruh alam. (Al-A’raf 7 : 54)



Bulan Sabit Tersenyum Di Langit …



Apabila roommateku memberi link diatas lewat YM, aku terus bukak laman web tu. Apekebenda la kak nani bg aku ni… Fikir ku… Aku pun kopi dengan lajunya n pes kat google, maklum internet laju (nikmat yg mana lg yg aku dustakan)…. Buka2 je, SubhanAllah… Bulan sedang tersenyum… Ehehehe… Aku pun tersenyum sbb aku rase bulan tu tengah senyum kat aku sorang…je.. Oh Perasan…


Peristiwa ni berlaku mlm td (3 Zulhijjah @ 1 Dicember 2008 ). Aku search2 internet, aku jumpe 1 link ni. Dia kate, fenomena ni name dia Triple conjunction Bulan-Jupiter dan Venus..Sebenarnya bintang kecik yg kat kiri dan kanan tu bukan bintang tetapi planet Venus di sebelah kiri dan planet Jupiter di sebelah kanan. Oooo planet rupenye…. Ku pikirkan bintang.



Malam td roommate aku ade bgtau bulan sedang tersenyum tetapi aku ignore je sbb mlm tu agak keletihan. Tetapi kini aku merasakan kerugian kerana tidak dapat melihat secara live. Tapi, mlm td kawasan Sekudai xnmpk bulan sbb nak hujan kot…Aku terfikir, kalau didalam gambar sahaja sudah terasa nikmat melihatnya sbb cantik, (maka nikmat Tuhan yg mana lagi aku dustakan) apa ntah lagi jika dilihat secara live. Isk…


“…..(Dia mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintahNya. Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya. Mahasuci Allah, Tuhan seluruh alam.” (Al-A’raf 7 : 54)


Aku selak AL Quran, mencari ayatNya. Aku jumpa ayat (7 : 54). SubhanaAllah, sesungguhnya Allah jua yg mengizinkan sesuatu itu terjadi. Astaghfirullah… Terasa diri ini berdosa kerana tidak dipilih untuk menjadi hambaNya yg bertuah melihat fenomena alam ini. Maka berbahagialah kepada sesiapa yg dpt melihat fenomena alam itu secara live mlm td. Alhamdulillah…. Semoga dengan terpilihnya diri kamu, maka mudah2an dapat meningkatkan keimanan, dan kesyukuran kamu kepada Allah SWT…. InsyaAllah


“Allah pencipta langit dan bumi. Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, ‘Jadilah!’ Maka jadilah sesuatu itu” (Al Baqarah 2 : 117)


Dan kepada aku juga wahai si penulis, walaupun kamu hanya melihat gambar sahaja, maka bersyukurlah kamu kerana kamu dapat melihatnya juga walaupun hanya sekadar gambar. Bersyukurlah kamu kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada kamu untuk menghirup udara esok paginya untuk mengetahui berita ini..Bersyukurlah kamu, kerana kamu dapat berkongsi pengetahuan ini kepada siapa2 yg sudi membaca blog kamu ini..(terima kasih wahai pembaca sekalian)…isk.. maka nikmat Tuhanmu yg mana lg yg kamu dustakan…

Wallahu’alam..


P/s : kalau langit aja udah tersenyum, ngapain kita nggak…..



Related Posts with Thumbnails