Time : 2.51 ptg mlm
Tempat : Sultanah Zanariah Perpustakaan..
Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh….
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.. Yang mana dengan izinNya dapatlah aku mengecapi nikmat tarbiyah ini. Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam.. Yang mana dengan izinNya dapatlah aku merasai nikmat menuntut ilmu dimenara gading. Walaupun tidaklah seberjaya Madihah, dan tidaklah sepintar Adi Putra, dan tidaklah secun Saffiyah.. (ehh ape pulak ni) tetapi Allah masih lagi memandang aku yang banyak sangat kekurangan diri…
Daripada seorang penuntut Politeknik Johor Bahru. Ketika itu aku masih jahil mengenai Islam. Hanya faham Islam adalah hanya sekadar agama biasa. Jangan tidak ada agama, bisik hatiku. Hanya faham Islam hanya perlu solat dan tutup aurat (wpun aurat ku masa tu on off)…
Dengan berbekalkan pointer yg ntah apa2… Merasakan diri ini tidak layak menjejakkan kaki ke UTM. Alhamdulillah aku diterima masuk ke UTM. Selama disitulah aku kenal apa itu tarbiyah. Maha Suci Allah yg Maha Mengetahui kebaikan utk hamba2Nya.. Antara ramai2 manusia di bumi UTM, Allah telah memilih hati ini. (haha.. . sebaknya.. Jaga2 nnti org sblh kiri, sblh kanan, dpn, blkg nmpk ko menangis.. Dah la depan ko tu mat saleh woii… cis!!)…
Dan akhirnya tibalah jua detik2 yg ditunggu2… Aku mmg nk sangat grad… Tetapi mengapa ada sahaja halangan. Hanya tinggal 1 subjek saja (Projek Sarjana Muda).. Hati merasa penat, jiwa merasa lelah.. Tubuh badan jangan cakap lah.. Ingin saja aku pergi ke Bandar Cerap dan ku ingin sekali menjerit sekuat hati… Arghh!!! Penatnya aku!!!… Bila semua ini akan berakhir…!! Tp xboleh pulak… Suara perempuan itukan aurat.. cehhh… Utk pengetahuan Bandar Cerap adalah bandar yg terletak di dalam UTM. Ia sebenarnya adalah pusat utk melihat anak bulan kot2 esok nk raya atau lusa raya bolehlah tengok anak bulan disitu. Tapi xlah seglemer tmpt2 yg selalu disebutkan di TV tu.. Bandar Cerap adalah tmpt yg tertinggi di UTM.. Ia adalah sebuah bukit. Diatas bukit tu ade sebuah bangunan usang. Kalau kite naik bangunan tu, kita akan nmpk seluruh Skudai Johor.. Heh!...
Balik kepada cerita aku..
Harini sepatutnya aku akan viva PSM.. Aku msg penyelia aku katakan aku xsiap lagi dan ada mslh n aku nk jumpa dia.. Bukannya aku tidak usaha… Penatnya jiwa memikirkan mslhku ini.. “Xperlu jumpa”. Jawapnya.. Terkesima aku. Lemahnya lutut. Longlai segala urat2 sendi… Terbayang wajah ibuku, abah, famili, ‘lecturer’ku, akhwat yg kusayangi semua, penyeliaku.. Aku telah mengecewakan mereka…. Kemana ingin ku langkah kaki ini… Akhirnya diri ini ke Sultanah Zanariah Perpustakaan. Mencoretkan isi hatiku diatas sekeping kertas maya ini…meluahkan apa yg terbuku serta sesak lagi menyesakkan..
Maafkan aku wahai ibuku, maafkan aku wahai abahku, maafkan aku wahai penyeliaku, maafkan aku wahai ‘lecturer’ku, maafkan aku wahai akhwat2ku… Aku telah mengecewakan kalian… Hati ini sebak memikirkan harapan menggunung yg kalian berikan kpd diri ini.. Dan hati ini merasakan jatuh ke dalam gaung yg dalam jika harapan itu tidak aku sampaikan. Hiba dan sedih memikirkan amanah yg diberikan tidak dapat ku tunaikan… Aku adalah hamba yg lemah segala2nya.. Maafkan aku… Terima kasih dgn dorongan dan sokongan yg kalian berikan. Kalian adalah insan terbaik.. Dan aku mohon, Jangan jemu memberikan sokongan dan dorongan kpd diri ini. Waktu ini, diri ini merasakan tersangat lemah nk pengsan… heee…
p/s: Autostitch inilah psmku klu korang nk tahu…boleh klik kat sini, sini, dan sini .. nnti aku ceritakan detail mengenai psmku ini apabila aku dah berjaya kelak… insyaAllah.. doamu ku pohon.. Sape boleh tolong aku angkat tangan..??!!!