bismillahirrahmanirrahim..
buat ukhtifillah..
ada beberapa hal yang sering bermain di minda ini tatkala ana berada di sini..
perjalanan ini dah menemukan ana pada macam2 bentuk perilaku dan perkara2 yang berkait dengannya..
ana ingat lagi, ketika ana join mukhayyam di negeri beradat, pertama kali ana tersedar yang tarbiah ini bukan sekadar untuk menerima. masih terngiang2 lagi kata2 murobiah ana waktu tu,
"ukhti ana tak mampu pun untuk mendidik anti, apa yang ana harapkan ukhti dapat menjadi sahabat seperjuangan ana untuk kita bersama memikul amanah tarbiah ini."
actually waktu tu ana belum halaqah lagi.. hehe.
walau baru sekejap mengenali akhwat2, namun kebersamaan itu sepertinya sudah sebati dalam diri ini..
bila masuk je sem 2 after tu, bermulalah era pencerahan buat diri ana.. halaqah every week, daurah dan jaulah yang terlalu banyak memberikan view tarbiah ini.
ana teringat lagi pendekatan murobiah ana ketika tu,.. suka juga dia gunakan cara "claim" pada kami, agar kami lebih berubah baik dan mula proaktif bergerak.
contohnya "antunna dah dapat nikmat islam dan iman, tapi tak hargai lagi, if Allah nak tarik bile2 masa je.."
actually bila dengar je terasa kempis hati ni.. cam ana plak cepat sangat effect, selalu sesak dada tambahan bila dapat ayat2 quran yang berat2.. camne pun after tu dia cover balik, bagi taujih yang sangat memotivasikan kami. walaupun halaqah kami tawadhu je, tapi sangat menambahkan energi.
dan juga halaqah yang dirindui..
berbalik kepada apa yang ana nak bicarakan,
kadang2 ana melihat sikap2 kita yang suka sangat menuntut "claim" dari anak halaqah dan akhwat.
contohnya: 'antunna masih tak serius lagi dalam halaqah, ana bersungguh berkorban masa tapi ini ke yang antunna buat.'
ana melihat ada akhwat yang suka berleter pada anak halaqahnya. sedangkan dari segi kefahaman mereka untuk berkomitmen kurang.
suka meletakkan diri sebagai asbab kepada perubahan.
takkan sama antara leteran yg mengikut perasaan kita dengan pencerahan.
contohnya lain : 'ukhti ni ikhlas ke tak, kenapa cam tak bersungguh untuk bantu akhwat. kenapa tak care dengan akhwat. jangan tunggu ana ingatkan je'.
agak terkilan sebenarnya.. kadang2 kita tak mampu untuk mencapai segalanya., akhwat bukan orang yang takde sensitiviti.
apatah lagi untuk persoalkan keikhlasan orang lain.
untuk senang2 diclaim dengan tarbiah, dengan dakwah !!
memang adakalanya perlu, tapi satu masa hal ni buatkan orang akan rasa tertekan.
dakwah ini bagiku adalah motivasi. tanpa sesiapapun ia tetap kekuatan untuk hidup dan terus melangkah di sini.
ana katakan : komunikasi kita sangat mempengaruhi perkembangan mental
ketika nabi muhammad sedang berselimut selepas dilantik sebagai rasul, Allah menurunkan wahyu:
"bangunlah, lalu berilah peringatan" (74:2)
perintah agar baginda memulakan dakwah..
seterusnya Allah berfirman:
"dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." (74:7)
lihat bagaimana Allah swt memotivasikan rasulullah dengan perkataan sabar.
banyak lagi ayat2 yang sedemikian..
communication is a way to transfer information. if we don't know how to use that, it's nothing !!
akhwatfillah, jagalah bicaramu, perhatikanlah bahasamu..
kerana itulah "akhlak"
tarbiahlah dengan memotivasi- alquran..
seorang yang mengaku daie tak sewajarnya
mendidik dengan berleter2 , menyindir, menegur dengan kasar, marah tak bertempat dan menyakitkan hati orang.
fahamilah diri mad'u kita biarpun akhwat, yang mungkin ada keresahanyya tika dia bertindak sesuatu yang tidak kita senangi. jadilah orang yang bersedia menerima dan membantu sebolehnya.
akhwatfillah ana mengharapkan sama2 kita luruskan niat. moga kita lebih memperbaiki diri.. pertamanya adalah perbaikan diri..
pandanglah dirimu sentiasa dan jangan lupa memandang insan lain.
KH. Rahmat Abdullah berbicara dalam bukunya “Untukmu Kader Dakwah” :
"Dalam satu kesatuan amal jama’i ada orang yang mendapatkan nilai tinggi karena ia betul-betul sesuai dengan tuntutan dan adab amal jama’i. Kejujuran, kesuburan, kejernihan dan kehangatan ukhuwahnya betul-betul terasa. Keberadaannya menggairahkan dan menenteramkan. "
wallahua'lam
sumber : Di Sini Segalanya Bermula
No comments:
Post a Comment