Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh…
Klik sini > Download Kuliah Tafaqquh (Tafsir)
Ustaz Amin. Tafsir Surah Az- Zumar ayat 1-7
Salam Tarbiyah, Salam Ukhwah, Salam Maulidur Rasul, Salamss…
Sekian lama tidak meng’update’ blog ni.. Mujur tiada yang me’request’.. Huhu (perasan blog ramai peminat). Aku kembali dengan jayanya.. Kesian pula bila tengok blog hanya tajuk yang sama setiap minggu.. Kini aku kembali dengan tajuk “Download kuliah Tafaqquh Pusat Islam, UTM”
Seperti biasa dan luar biasa, setiap hari Isnin hingga Jumaat akan ada kuliah tafaqquh yang diadakan di Pusat Islam.. Maka aku ada juga turut serta. Maklum diri bukanlah pelajar aliran agama, maka aku perlu mencari anisiatif (betul ke aku eja) untuk meningkatkan kefahamanku kepada Islam. Dan juga untuk memudahkan aku menyampaikan kepada yang lain. Walaupun kadang-kala aku tak dapat turut serta (perasan sibuk) kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, akan ku usahakan juga supaya aku dapat input yang berguna.
Nikmat
Alhamdulillah.. Dengan Izin Allah.. Semua adalah dariNya.. Maka aku dapat menggunakan HP yang biasa tetapi macam luar biasa. HP ni ada kemudahan untuk record suara. Dulu pakai HP tidak kurang luar biasa tapi tak dapat buat record suara.. Hanya boleh message dan call je.. Luarbiasa hebat!.. Maka aku rasa apa gunanya jika ada HP yang konon-konon luar biasa ni tetapi tidak digunakan untuk sesuatu yang sangat luar biasa. Maka aku akan record setiap kuliah yang aku ikuti. InsyaAllah. Maka aku akan syare kepada sahabat-sahabat diluar sana yang mana tidak dapat mengikuti kuliah ini.
InsyaAllah jika tiada aral melintang aku akan record semua kuliah yang diadakan. Tok guru yang mengendalikan kuliah2 tersebut bukan calang2 orang. Ustaz2 yang sangat berwibawa di bumi UTM. Antaranya Ustaz Othman (Tasawwuf), Ustaz Amin (Tafsir). Ustaz Sulaiman (Fiqh), Ustaz Mahyuddin (Al Quran). Isk, baru 4.. Siapa lagi sorang ye..?? Huhu tak tahu la…
Jika sebelah pagi ada juga kuliah hadits. Kuliah ini dikendalikan oleh Ustaz Othman (zauj Ummi Munaliza dari Halaqah.net). Ini juga jika tiada aral melintang akau akan cuba untuk record kelas hadits ni. Alhamdulillah sekali lagi, Allah memberikan nikmat kepadaku memudahkan untuk aku ke kelas Ustaz. Sekali lagi nikmat daripada Allah..
Nikmat Tuhan Yang Mana Lagi Yang Aku Dustakan…
Dan juga untuk kuliah maghrib, kuliah subuh (jika ada) atau ceramah2 yang diadakan di Pusat Islam UTM.. Aku akan cuba share kepada sahabat2 diluar sana..
Wallahu’alam..
No comments:
Post a Comment