Assalamualaikum..
Kawan2,
Pernah nampak lalat..??
Pernah belek tak bentuk lalat tu macam mana…
Dah pasti dia ada sayap kan..??
Apa ada pada sayap dia..??
Kalau nampak lalat masuk makanan, tak pun minuman..
Maka celupkan lalat tu..
Dan buang…
Zalim kah..??
Tidak…
Ini adalah pesanan dari baginda Nabi..
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari.
Teori sains..
Pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall jumpa mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
Pada tahun 1947 pulak, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin.
Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.
Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.
Nasihat Baginda supaya tenggelamkan lalat pada minuman untuk keluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut,
Badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat.
Benar sekali sabda Baginda Nabi..
Apa yang Nabi katakan 1500 tahun dahulu..
Terbukti pada hari ini..
p/s : tentang semut, kita di larang minum sebab akan melemahkan ingatan.. betulkah?.. adakah hadis/ijma'/kias tentang semut?
1 comment:
salam 'alaik
Apa yang dikatakan oleh nabi adalah dari wahyu. Semestinya ianya benar.
Namun malangnya ia dijumpai oleh saintis bukan Islam.
Post a Comment