Aku kembali lagi.
Walaupun aku tahu blog yang tak seberapa ini tidaklah
menjadi tatapan mereka diluar sana. Hati ini ingin bercerita. Tapi tak tahu nak
cerita kepada siapa, macam mana, dimana, bagaimana dan lain-lain. Semalam
murobbiahku kata, “tulislah
apa saja didalam hatimu”. Ia
umpama sokongan bagiku. Harapnya murobbiahku tak baca blog ku ini. :) huhu
malunya.. (tutup muka)
Sahabatku,
Aku kagum dengan mereka yang lebih berumur dariku. Aku kagum dengan semangat dakwahnya. Bukan mereka tiada tanggungjawap lain. Bukan mereka duduk saja2. Bukan mereka tiada keluarga. Bukan mereka tidak rasa penat. Tetapi aku melihatkan mereka sungguh-sungguh akan dakwah ini.
Aku malu jika mereka yang lebih tua bersengkang mata demi
dakwah sedang aku masih enak dibuai mimpi!
Daie bagaimana aku ini.
Ukhti, kehidupan yang sangat mencengkam ini, kita kekurangan tenaga2 daie untuk bergerak. Keluarkanlah potensi dirimu agar kita dapat sama2 memanfaatkannya dijalan dakwah.
Mungkin kita perlu bermuhasabah diri, sejauh mana kerja
dakwah kita ini.
Tidak aku nafikan tahap kefahaman itu berbeza. Tetapi kita bersungguh berusaha untuk kearah faham itu dan seterusnya amal. Diri sendirilah kena cabar diri ke depan. Sanggup untuk terima amanah Allah itu.
Siapa lagi yang nak sambung rantai2 dakwah dari Qudama’ kita. Jadikanlah mereka seperti role model untuk kita terus bergerak di medan dakwah ini. Ya benar, Rasulullah saw itu adalah role model dakwah kita, para Sahabat RA itu sebagai pembakar semangat kita. Tak lupa juga orang-orang yang hampir dengan kita, tokoh-tokoh yang dekat dengan kita. Jadikanlah mereka sebagai pembakar semangat untuk kamu terus tsabat dan kuat dijalan dakwah ini.
Akhir kalam, semoga kita tidak goyah diatas jalan ini. Tetap teguh saling kuat menguatkan. Saling berkasih sayang. Tiada sifat dengki dan dendam, saling berlapang dada antara satu sama lain.
Sahabatmu,
Semoga, jika ditakdirkan aku pergi dahulu menemui Tuhanku, moga coretan2ku ini menjadi perkongsian mereka diluar sana tentang perihal dakwah, perihal tarbiyah, perihal kehidupan.
Aku malu jika mereka bersungguh tetapi aku masih lagi mengutamakan diri sendiri, nafsu sendiri.
Aku malu jika kerja yang sepatutnya yang lebih muda yang
buat, tetapi disebabkan tiada siapa yang mahu buat, maka tanggungjawap itu
mereka ambil!
Wujudkanlah perasaan malu kepada tokoh qudama’ kita. Lihatlah bagaimana kesungguhan mereka untuk dakwah ini.
Kadangkala hati kecilku berkata, mengapa kita berkira benar
dengan kerja2 dakwah?. Bukankah Allah itu tidak pernah berkira dengan kita?
Adakah kerja dakwah ini lebih banyak dari kerja 8.00 pagi – 5 petang?
Ataukah kerja dakwah hanya 8.00 malam – 10.00 malam?
Ataukah kerja dakwah ini apabila disuruh baru nak buat?
Satu benda kita perlu muhasabah. Perlu muhasabah sungguh2
ukhti.
anazahra
**qudama’ = senior