Tuesday, April 8, 2014

Siapa lagi hendak diharap?







Aku menyertai usrah ketika masih belajar di peringkat universiti. Agak lambat, fikir aku. Sedikit demi sikit aku menapak dan cuba memahami akan hakikat tarbiyah dan dakwah ini ini. Ternyata, tarbiyah ini bukanlah hanya tertumpu kepada diri sendiri semata-mata tetapi ia juga menjadi rantai supaya dapat disebarkan kepada orang lain.


Jatuh dan bangun itu biasa. Entah berapa kali aku jatuh, entah berapa kali aku futur. 


Memang..


Untuk bangkit semula ia bukan perkara yang mudah. Rasa sakit didalam jiwa ini kadang-kala membuatkan hati ingin berhenti sampai disini.


Kadang-kala aku merasakan aku tidak berdaya untuk mengharungi semua. Sering saja jiwa ini terluka dek kerana perasaan sendiri. 


Umat ini semakin tenat, siapa lagi hendak diharap?


Sahabatku,


Aku mengharap kamu tidak jemu-jemu diatas jalan dakwah dan tarbiyah ini. Teruslah bangkit segera jika kamu jatuh. Jangan ditunda-tunda waktu itu. 


Lakukanlah kerja dakwah itu dengan ikhlas. Dengan sungguh-sungguh!


Siapa lagi yang sanggup pikul amanah ini. Allah telah memilih kita. Lakukanlah sebaiknya.


Semakin hari semakin banyak maksiat yang berlaku disekeliling kita.


Siapa lagi nak diharapkan untuk membetulkan semua?. Usah dituding kepada orang lain. Tapi tudinglah jari itu kepada diri sendiri!.


Memang berat. Aku tak nafikan.


Kamu akan rasa ia seperti batu besar yang menghempap kepala kamu, bebanan yang sangat kuat yang berada dibahumu. Memang begitulah. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis. Perjuangan itu memang susah kerana akhirnya hasilnya yang sangat indah. 


Kita buat kerja yang Rasulullah saw buat, kerja yang para sahabat buat. Aku sangat yakin kamu mengetahui hakikat jalan yang telah dilalui Rasulullah saw dan para sahabat. Dan kita melalui jalan yang sama. Memang ia bukan jalan yang mudah.


Teruslah tsabat wahai sahabatku.




No comments:

Related Posts with Thumbnails