Siapa sangka kita sudah
sampai ke tahun 2014. Secara lazimnya, setiap orang akan memperbaharui azam
tahun barunya. Ada orang azam tahun barunya adalah nak beli rumah baru, ada
orang yang azam tahun barunya adalah beli
kereta baru, ada orang azam tahun barunya adalah untuk menikah!.
Indah sekali jika azam
seseorang itu adalah untuk menjadi diri lebih baik. Berazam untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Kita semua harus ada azam tersebut!
Tidak salah jika mahu
azamkan hal2 dunia – kereta, rumah, menikah – tetapi mendekatkan diri kepada
Allah itu haruslah azam yang paling atas sekali.
Harus diingat, semakin
bertambahnya tahun, maka semakin dekatlah kadar kematian kita. Dan paling
mengerikan sekali, kita sebenarnya tidak tahu pun bila Allah mahu panggil kita
kembali pulang kepadaNya. Adakah kita sudah bersedia?
Mari kita semua pasakkan
azam pada tahun ini – belum terlambat – azam untuk mendekatkan diri kepada
Allah. Menjadi insan yang Mukmin Soleh!
Usaha
Sekadar azam sahaja ia
tidak cukup. Ia harus selari dengan tindakan atau nama lainnya USAHA.
Zaman sekolah dulu
sering diungkap “Usaha Tangga Kejayaan”
Saya kira ia masih valid
lagi walau kita sudah dizaman veteran.
Apatah lagi ia
melibatkan urusan akhirat. Usaha itu penting untuk kita mendapatkan sesuatu
yang dihajati. Sesuatu azam atau perkara yang kita inginkan harus disertakan
dengan usaha dan kehendak yang kuat. Kalau nak beli kereta, harus kerja
sungguh2. Kalau nak dapat no 1 perlu usaha sungguh2. Bergitu juga azam mahu
mendekatkan diri kepada Allah, azam untuk menuju kepada Allah. Ia harus
disertakan dengan tindakan.
Rajin2lah jemaah di
masjid, bergaullah dengan orang baik2. tutuplah aurat dengan sempurna, baca Al
Quran setiap hari.
Semua ini memerlukan
tindakan, usaha. Percayalah sinarNya akan datang dengan gemerlapan. Jangan lupa
berdoa!
Kadang kala berdoa
sahaja tidak cukup. Akhirnya ia kembali juga kepada usaha. Jika hari2 kita
berdoa, tapi tindakan kita tidak menunjukkan kita mahu berubah contoh masih
pakai seksi, tidak solat 5 waktu, malas baca Al Quran dan lain2, maka sia2 saja
doa tersebut.
Bulatkan tekad
Tahun ini, ayuhlah
kuatkan azam dan tekad. Kembali dekatkan diri kepada Allah. Berubahlah untuk
menjadi hambaNya yang taat. Usahlah seperti tahun2 lepas. Kononnya berazam mahu
berubah, tetapi masih lagi ditakuk lama. Masih tegar melakukan maksiat.
Sudah, cukup-cukuplah!
Bangkitlah buktikan azammu itu.
No comments:
Post a Comment