Thursday, April 10, 2014

Tokoh qudama’; lihatlah pada mereka




Aku kembali lagi.

Walaupun aku tahu blog yang tak seberapa ini tidaklah menjadi tatapan mereka diluar sana. Hati ini ingin bercerita. Tapi tak tahu nak cerita kepada siapa, macam mana, dimana, bagaimana dan lain-lain. Semalam murobbiahku kata, “tulislah apa saja didalam hatimu”.  Ia umpama sokongan bagiku. Harapnya murobbiahku tak baca blog ku ini. :) huhu malunya.. (tutup muka)

Sahabatku,

Aku kagum dengan mereka yang lebih berumur dariku. Aku kagum dengan semangat dakwahnya. Bukan mereka tiada tanggungjawap lain. Bukan mereka duduk saja2. Bukan mereka tiada keluarga. Bukan mereka tidak rasa penat. Tetapi aku melihatkan mereka sungguh-sungguh akan dakwah ini.
Aku malu jika mereka yang lebih tua bersengkang mata demi dakwah sedang aku masih enak dibuai mimpi!

Daie bagaimana aku ini.

Ukhti, kehidupan yang sangat mencengkam ini, kita kekurangan tenaga2 daie untuk bergerak. Keluarkanlah potensi dirimu agar kita dapat sama2 memanfaatkannya dijalan dakwah.
Mungkin kita perlu bermuhasabah diri, sejauh mana kerja dakwah kita ini.

Tidak aku nafikan tahap kefahaman itu berbeza. Tetapi kita bersungguh berusaha untuk kearah faham itu dan seterusnya amal. Diri sendirilah kena cabar diri ke depan. Sanggup untuk terima amanah Allah itu.

Siapa lagi yang nak sambung rantai2 dakwah dari Qudama’ kita. Jadikanlah mereka seperti role model untuk kita terus bergerak di medan dakwah ini. Ya benar, Rasulullah saw itu adalah role model dakwah kita, para Sahabat RA itu sebagai pembakar semangat kita. Tak lupa juga orang-orang yang hampir dengan kita, tokoh-tokoh yang dekat dengan kita. Jadikanlah mereka sebagai pembakar semangat untuk kamu terus tsabat dan kuat dijalan dakwah ini. 

Akhir kalam, semoga kita tidak goyah diatas jalan ini. Tetap teguh saling kuat menguatkan. Saling berkasih sayang. Tiada sifat dengki dan dendam, saling berlapang dada antara satu sama lain.
Sahabatmu,

Semoga, jika ditakdirkan aku pergi dahulu menemui Tuhanku, moga coretan2ku ini menjadi perkongsian mereka diluar sana tentang perihal dakwah, perihal tarbiyah, perihal kehidupan. 

Aku malu jika mereka bersungguh tetapi aku masih lagi mengutamakan diri sendiri, nafsu sendiri.
Aku malu jika kerja yang sepatutnya yang lebih muda yang buat, tetapi disebabkan tiada siapa yang mahu buat, maka tanggungjawap itu mereka ambil! 

Wujudkanlah perasaan malu kepada tokoh qudama’ kita. Lihatlah bagaimana kesungguhan mereka untuk dakwah ini.
Kadangkala hati kecilku berkata, mengapa kita berkira benar dengan kerja2 dakwah?. Bukankah Allah itu tidak pernah berkira dengan kita?

Adakah kerja dakwah ini lebih banyak dari kerja 8.00 pagi – 5 petang?
Ataukah kerja dakwah hanya 8.00 malam – 10.00 malam?
Ataukah kerja dakwah ini apabila disuruh baru nak buat?
Satu benda kita perlu muhasabah. Perlu muhasabah sungguh2 ukhti.

anazahra

**qudama’ = senior









Tuesday, April 8, 2014

Siapa lagi hendak diharap?







Aku menyertai usrah ketika masih belajar di peringkat universiti. Agak lambat, fikir aku. Sedikit demi sikit aku menapak dan cuba memahami akan hakikat tarbiyah dan dakwah ini ini. Ternyata, tarbiyah ini bukanlah hanya tertumpu kepada diri sendiri semata-mata tetapi ia juga menjadi rantai supaya dapat disebarkan kepada orang lain.


Jatuh dan bangun itu biasa. Entah berapa kali aku jatuh, entah berapa kali aku futur. 


Memang..


Untuk bangkit semula ia bukan perkara yang mudah. Rasa sakit didalam jiwa ini kadang-kala membuatkan hati ingin berhenti sampai disini.


Kadang-kala aku merasakan aku tidak berdaya untuk mengharungi semua. Sering saja jiwa ini terluka dek kerana perasaan sendiri. 


Umat ini semakin tenat, siapa lagi hendak diharap?


Sahabatku,


Aku mengharap kamu tidak jemu-jemu diatas jalan dakwah dan tarbiyah ini. Teruslah bangkit segera jika kamu jatuh. Jangan ditunda-tunda waktu itu. 


Lakukanlah kerja dakwah itu dengan ikhlas. Dengan sungguh-sungguh!


Siapa lagi yang sanggup pikul amanah ini. Allah telah memilih kita. Lakukanlah sebaiknya.


Semakin hari semakin banyak maksiat yang berlaku disekeliling kita.


Siapa lagi nak diharapkan untuk membetulkan semua?. Usah dituding kepada orang lain. Tapi tudinglah jari itu kepada diri sendiri!.


Memang berat. Aku tak nafikan.


Kamu akan rasa ia seperti batu besar yang menghempap kepala kamu, bebanan yang sangat kuat yang berada dibahumu. Memang begitulah. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis. Perjuangan itu memang susah kerana akhirnya hasilnya yang sangat indah. 


Kita buat kerja yang Rasulullah saw buat, kerja yang para sahabat buat. Aku sangat yakin kamu mengetahui hakikat jalan yang telah dilalui Rasulullah saw dan para sahabat. Dan kita melalui jalan yang sama. Memang ia bukan jalan yang mudah.


Teruslah tsabat wahai sahabatku.




Sunday, April 6, 2014

"Duri" dan "kemuncup" jangan melemahkan kita








Akhwat,

Suka untuk aku kongsikan denganmu tentang 1 prinsip dari pimpinan kita.

“Perjalanan kita ini ibarat kita berada didalam hutan. Apabila kita berhasrat kepada sesuatu, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Kita akan kejar sungguh2. Kita tak hirau dan tak peduli segala duri, kemuncup, daun, dahan yang  cuba menghalang kita untuk kita mendapatkan apa yang kita nak itu.”

Sungguh, analogi ini sepertinya menampar2 pipiku, mencarit2 hatiku.

Sahabatku,

Begitulah perjuangan ini.

Untuk kita mencapai kehendak kita. Untuk kita bersungguh untuk mencapai keinginan kita dihadapan. Kita tidak akan hirau segala bentuk halangan yang remeh temeh yang cuba untuk melemahkan kita. Jika kita turuti hal-hal yang remeh temeh itu, maka kita akan lambat. Kita lambat untuk mencapai apa yang ingin dihajati.

Keyakinan kita dijalan ini akan membuat kita terus ke depan untuk mencapai hasrat kita. Kita tidak hirau jika terdapat ‘duri’ atau ‘kemuncup’ yang cuba mengganggu goyah akan keyakinan kita untuk terus tsabat dijalan ini. Kita tidak rasa diganggu dengan segala halangan ‘dahan pokok’ yang cuba menghalang perjalanan kita.

Jangan kita terbuai dengan ‘duri’ dan ‘kemuncup’ itu. Jangan kita layan hal remeh temeh itu.
Hal remeh temeh itu boleh jadi datang dari perasaan kita yang tidak2. Masalah ukhwah, masalah hati cepat terasa, masalah orang cakap begitu, masalah orang cakap begini, masalah itu masalah ini ia hanya akan melambatkan perjalanan kita.

Sahabatku,

Apa yang kita perjuangkan ini sangat besar. Kita sedang berdepan dengan musuh yang sangat licik perancangannya. Dihadapan kita ini berbarisnya musuh yang tidak jemu-jemu untuk berfikir bagaimana untuk menghancurkan Islam.

Bagaimana mungkin hal-hal kecil, hal-hal remeh temeh itu boleh menyebabkan kita terlambat atau mungkin terhenti dalam perjuangan ini?..

Aku ingin bersama dengan mu didalam perjuangan ini. Sama2 berpimpin tangan. Jika jatuh, kita bangun sama2. Jika ada kemuncup atau duri, kita tak hirau. Biarlah duri itu merobek kulit kita asalkan apa yang kita mahukan dihadapan dapat kita capai bersama.

Aku mengharapkan kamu wahai sahabatku untuk mendoakan aku agar tsabat didalam perjuangan ini sehingga akhir hayat. 

Teruslah melangkah wahai sahabatku. Keringkan hatimu. Teruslah kita melangkah untuk mencapai kemenangan itu. 

Hidup mulia atau mati sebagai syuhada.




Related Posts with Thumbnails