Sunday, April 6, 2014

Siapa kawan kita, itu diri kita








Sebenarnya, sangat mudah untuk kita kenal bagaimana diri kita ini. Cukup dengan melihat dengan siapa kita berkawan. Dengan siapa kita selalu bergaul. Itulah cerminan diri kita. 

Perkara ini telah disabdakan oleh Rasulullah saw :-

“Seorang mukmin itu adalah cerminan bagi saudaranya yang mukmin” [HR Al-Bukhari]

Kalau mungkin dia selalu berkumpul dengan kawan-kawan yang suka ponteng sekolah, suka hisap rokok, suka lawan cakap cikgu. Ya mungkin dia juga begitu.

Tetapi jika dia suka berkumpul dengan kawan-kawan yang tidak tinggal solat, maka berita gembira mungkin dia juga begitu.

So, nak pilih yang mana satu?

“Berkawan dengan penjual minyak wangi, maka kita akan berbau wangi. Berkawan dengan pembuat arang, kita akan berbau arang.”

Carilah kawan yang baik. Kawan yang dapat membimbing kita kepada kehidupan yang baik. Kehidupan yang positif. Kehidupan yang lebih mendatangkan manfaat.

Janganlah berkawan dengan orang-orang yang boleh merosakkan kehidupan kita. Kita yang akan rugi.

Memang benar perumpamaan yang berkata begini,

Berkawan dengan orang baik, kita akan jadi baik. Berkawan dengan orang jahat, kita juga lambat laun akan menjadi begitu juga.

Walau mungkin kita tidaklah berniat untuk menjadi jahat seperti mereka, tetapi tempias ‘arang’ itu terkena kepada kita dan tercalit ‘hitam arang’ itu pada baju kita.

Berapa ramai kawan-kawan kita diluar sana yang pada asalnya memang baik, tetapi akibat tersalah memilih kawan, mereka yang baik tadi terjebak juga dengan anasir-anasir negatif seperti hisap rokok, ponteng sekolah, merempit.

Hal ini sangat merugikan kehidupan kita. 

Berkawan itu tidak salah, tetapi kawan yang bagaimana yang seharusnya didekati dan seterusnya menjadikan mereka sebagai sahabat?

Carilah sahabat yang ikhlas kepada Allah. Kawan yang memberikan kebaikan dan mendorong diri kita kearah kebaikan. Kawan yang sentiasa menyokong dalam urusan pembelajaran. Kawan yang tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Pada keadaan ini, perkara yang menjadi persoalan adalah, adakah kita yang akan mempengaruhi orang untuk menjadi lebih baik atau kitakah yang akan menjadi korban pengaruh kawan-kawan sekeliling yang buruk perangai. Kita tiada pilihan ke tiga. Buatlah pilihan yang terbaik.

Wednesday, January 1, 2014

Tahun baru ini, apakah masih sama dengan tahun lepas?





  
Siapa sangka kita sudah sampai ke tahun 2014. Secara lazimnya, setiap orang akan memperbaharui azam tahun barunya. Ada orang azam tahun barunya adalah nak beli rumah baru, ada orang yang azam tahun barunya  adalah beli kereta baru, ada orang azam tahun barunya adalah untuk menikah!.

Indah sekali jika azam seseorang itu adalah untuk menjadi diri lebih baik. Berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kita semua harus ada azam tersebut!

Tidak salah jika mahu azamkan hal2 dunia – kereta, rumah, menikah – tetapi mendekatkan diri kepada Allah itu haruslah azam yang paling atas sekali.

Harus diingat, semakin bertambahnya tahun, maka semakin dekatlah kadar kematian kita. Dan paling mengerikan sekali, kita sebenarnya tidak tahu pun bila Allah mahu panggil kita kembali pulang kepadaNya. Adakah kita sudah bersedia?

Mari kita semua pasakkan azam pada tahun ini – belum terlambat – azam untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menjadi insan yang Mukmin Soleh!

Usaha

Sekadar azam sahaja ia tidak cukup. Ia harus selari dengan tindakan atau nama lainnya USAHA. 

Zaman sekolah dulu sering diungkap “Usaha Tangga Kejayaan”

Saya kira ia masih valid lagi walau kita sudah dizaman veteran.

Apatah lagi ia melibatkan urusan akhirat. Usaha itu penting untuk kita mendapatkan sesuatu yang dihajati. Sesuatu azam atau perkara yang kita inginkan harus disertakan dengan usaha dan kehendak yang kuat. Kalau nak beli kereta, harus kerja sungguh2. Kalau nak dapat no 1 perlu usaha sungguh2. Bergitu juga azam mahu mendekatkan diri kepada Allah, azam untuk menuju kepada Allah. Ia harus disertakan dengan tindakan. 

Rajin2lah jemaah di masjid, bergaullah dengan orang baik2. tutuplah aurat dengan sempurna, baca Al Quran setiap hari.

Semua ini memerlukan tindakan, usaha. Percayalah sinarNya akan datang dengan gemerlapan. Jangan lupa berdoa!

Kadang kala berdoa sahaja tidak cukup. Akhirnya ia kembali juga kepada usaha. Jika hari2 kita berdoa, tapi tindakan kita tidak menunjukkan kita mahu berubah contoh masih pakai seksi, tidak solat 5 waktu, malas baca Al Quran dan lain2, maka sia2 saja doa tersebut.

Bulatkan tekad

Tahun ini, ayuhlah kuatkan azam dan tekad. Kembali dekatkan diri kepada Allah. Berubahlah untuk menjadi hambaNya yang taat. Usahlah seperti tahun2 lepas. Kononnya berazam mahu berubah, tetapi masih lagi ditakuk lama. Masih tegar melakukan maksiat. 

Sudah, cukup-cukuplah!

Bangkitlah buktikan azammu itu.



Related Posts with Thumbnails