Friday, January 2, 2009

Pendapatmu pendapatmu, pendapatku pendapatku….


Hampir 2 minggu kisah palestin menjadi isu utama akhbar2 terkemuka. Dan isu jugalah yg menjadi topik terhangat bagi kami setiap kali berjumpa. Ada saja reporting yg disampaikan oleh akhwat.

Teringat seorang sahabat yg tidak bersetuju dengan isu boikot barangan Israel. Ada akhwat yg mengadu mengenai sahabat ini tidak berpuas hati tentang isu boikot ini.

“Xperlu memboikot, kita derma aja udahlah.” Katanya…

Heee… aku hanya tersenyum… Hmm biarlah. Memang sudah lama dia tidak berpuas hati. Aku pun malas dh nak amik port. Lupakan kisah itu. Kamu dengan pendapat kamu, aku dengan pendapat ku..

Baru2 ini, isu itu dihangatkan kembali. Huh, masih xpuas hati lagi rupanya. Ikut hati mahu juga dilayan. Hendak juga perbetulkan pahaman dia. Kewajipan kita membantu Palestin. Aku berdoa kepada Allah. Jika benar pendapat kami ini yg benar dan terbaik, maka mudahkanlah. Tetapi Allah juga yg merancang. Aku xdpt jumpa shbt itu. Hmm xpe lah… Lain kali kot. Kalau isu itu diungkitkan semula.

Kenapa perlu berdebat??

Isu2 yang begini aku malas nk debatkan. Tapi kadang kala org ajak berdebat. Bukannya aku xterangkan kepada mereka kenapa kita perlu memboikot, bantu rakyat Palestin, tetapi xtahulah kenapa mereka tidak boleh terima. Lihat sahaja mereka seperti tidak boleh terima, maka aku hentikan. Takut2 boleh jadi perbalahan dan akhirnya bermasam muka. Bukankah ini akan merosakkan ukhwah. Aku menghormati pendapat kamu. Maka teruskan dengan pendapat kamu. Aku dengan pendapat aku, maka tolong hormati pendapat aku.. Kamu dengan pendapat kamu, aku dengan pendapat aku… Selagi pendapat kamu dan aku tidak menyalahi syariat, maka silakanlah ikut pendapat masing2..

Isu sebegini tidak perlu didebatkan dan difikirkan sampai sakit kepala. Banyak lagi perkara yg perlu kita fikirkan. Kawan2 kita diluar sana masih ada yg xmenutup aurat. Masih ada yg berdua2an ditempat gelap2. Itu lebih penting kita fikirkan cara penyelesaian bagaimana nk membantu mereka daripada kita berdebat dengan isu begini.

Entahlah.. kadang2 kala hati ini terdetik. Mengapa hal remeh temeh seperti itu hendak didebatkan bersungguh2. Bukanlah aku katakan isu boikot hal remeh temeh. Tetapi melihatkan isu ini boleh menjadikan perbalahan dan bermasam muka, maka kita abaikanlah. Takut2 boleh merosakkan ukhwah. Kadang kala kita ni mengeluarkan pendapat, dan pendapat org lain bertentangan dengan pendapat kita, maka dibimbangi kita mempertahankan pendapat kita mengikut emosi dan nafsu sampai terbawa2. Ye laa ingatkan isu tu dah selesai, rupanya terbawa2 sampai minggu depan, dan minggu depan, dan minggu depan. Sampai bila nak habis??? Islam makin ditindas, kita masih nak berdebat dengan isu remeh temeh??? Merepek!!…. Maka, aku ambil keputusan, diamkan diri, dan abaikan…. Kamu dengan pendapat kamu. Aku dengan pendapat aku…. Selesai….

p/s : Fikiranku, xdapatku mengerti, kaki dikepala, kepala dikaki… Huh sampai pening kepala pikirkan. Abaikan, menyemak je… malas nk layan… heeee…

No comments:

Related Posts with Thumbnails