Tuesday, January 20, 2009

Quranic Generation Camp '09



Assalammualaikum….


Alhamdulillah…. Segala urusan mengenai program telah selesai. Segala yg dirancang selama lebih kurang sebulan telah selamat melabuhkan tirai. Terima kasih Ya Allah diatas kuriaMu yang terlalu banyak utk menjalankan program ini...



2 minggu sebelum program, tipulah kalau aku katakan aku tidak risau. Setiap detik memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku. Mengenai bilangan peserta, comfirmation tempat program, kewangan program dan lain2... Isk... ditambah lagi dengan tekanan2 dr luar... Ya Allah, tetapkanlah hati ini sentiasa sabar dengan perkara yg terjadi.


Alhamdulillah... Allah memudahkan segala urusan. Daripada makanan yg tidak henti2 nikmat yg Allah berikan. Tempat program yg tiada masalah sangat. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.



Tiba hari program (16 Januari 09). Makin mendebarkan hati ini. 3 hari yg mendatang adalah hari yg membuatkan hati ini berdebar2. Manekan tidak, first time program dibuat diluar kawasan. Tiada pengalaman lama yg boleh dijadikan pengajaran. Kami sebagai pihak pengurusan tetap terus menjalankan program diluar kawasan. Aku tekad!!... Terima kasih kepada urusetia setiap lujnah, antunna adalah sumber inspirasi ana...heee...


Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Walaupun ada sedikit kelam kabut tetapi berkat usaha setiap lujnah, masalah dapat diselesaikan. Hmm sepanjang program, aku merisaukan satu perkara.. Kawasan itu adalah kawasan binatang liar yg glamer di perhutanan paya bakau iaitu monyet. Isk... Inilah yang aku bimbangkan. Aku risaukan kalaulah apa2 yg terjadi ke atas peserta, apa yg akan aku lakukan. Serius... aku risaukan masalah monyet... Sepanjang program aku berdoa supaya dijauhkan mara bahaya. Sesungguhnya hati monyet, Allah sahaja yg pegang...



Selesai sudah program, aku menarik nafas lega kerana tiada perkara2 yang tidak diingini berlaku. Alhamdulilah, sesungguhnya apa yg berlaku dengan izinMu ya Allah....


Jazakillahukhairon jaza’ kepada akhwat fillah... Antunna sebagai urusetialah yg banyak membantu dalam menlancarkan program ini. Ana sebagai pengarah program hanyalah memberikan tugas, tetapi antunnalah yang merancang segalanya, antunalah yang banyak memberikan idea2... Jazakillahukhoiron....Ana bangga dengan semangat antuna... Semoga apa yg ita lakukan mendapat redha Allah.. InsyaAllah...


Afwan khatir, jika ana ada membuat kesilapan. Ana bukanlah seorang ketua yg sempurna. Ana cuba buat yg terbaik utk menjalankan tanggungjawap yg diberi. Afwan khatir jika ana ada termasam muka, termarah, terlepas ckp atau apa sahajalah yg membuatkan antunna merasakan tidak puas hati dengan ana. Ana minta maaf. Ana hanyalah mausia biasa.


Semoga Allah, Rasul dan org2 beriman melihat usaha kita.. InsyaAllah....



2 comments:

aniisma said...

Salam

Bagusnya dapat anjurkan kem sebegitu.

Bolehlah berkongsi pengalaman dengan exco Kelab Inspirasi UiTM Johor. Mungkin boleh 'joint venture' dalam mana-mana 'future projects'?

Tahniah

cahaya kebangkitan said...

salam ukht, seronok join program antunna. jmputla kami lagi hehehe. Semoga ALLAH permudahkan usaha antunna di UTM. Doakan kami di sini ukht.

Related Posts with Thumbnails