Monday, October 25, 2010

Kenapa masa senang kau tak tanya DIA???






1 hari..
Berjumpa dengan seorang public figure..
Bila sebut nama beliau, tentu satu Malaya kenal..
Macam2 ujian yang menimpa beliau..
Dari masalah diri, diserang kanser..
Hingga ke masalah anak yang dituduh kes jenayah…

Beliau seorang yang kuat dan tabah..
Siapa sangka, jangkaan Dr beliau hanya hidup untuk 2 tahun.
Tetapi Alhamdulillah, sehingga kini beliau masih sihat..
Malah, bila dilihat orangnya..
Siapa sangka umurnya sudah 60 tahun..

1 hari beliau bercerita perihal redha…
Sungguh, beliau redha apa yang berlaku..
Sentiasa senyum apabila diceritakan perihal dirinya.. masalahnya..

Kawan2nya yang datang menziarahinya,
Sedih melihatkan keadaannya..
Menangis2 mengenangkan nasib yang menimpa beliau.
Sehingga kawan beliau bertanya pada beliau..

“You ni tak rasa sedih ke apa yg menimpa You, You tak tanya pada Allah ke kenapa Allah susahkan hidup you sampai jadi macam ni”

Adoii ku terfikir kenapa la kawan beliau pi tanya soalan macam tu..
Hmm tak apalah..
Ku bukan focus pada kawan beliau
Tapi saya nak ajak kawan2 fokus pada jawapannya ini…

Lalu beliau ini menjawap dengan selambernye..

“o0o, kalau masa kita susah pandai pulak tanya kat Allah, 'kenapa bagi aku susah Ya Allah?'… Tapi pernah tak kita terfikir. Masa senang, tak ada pulak kita tanya Allah, 'kenapa bagi aku senang Ya Allah.' Masa susah cari Allah, masa senang??? Ada kita cari Allah”

Huhuuhu..
Tersentak sehh aku…
Terfikir ada benarnya apa yang dikatakan beliau…

apakah pengajaran????

Oh masa susah,
Menyesali diri, menyalahkan diri, menyalahkan Allah..
Mempersoalkan Allah, mengapa hidupnya ditakdirkan begitu.
Kenapa orang lain senang..
Kenapa hidup aku susah…
Kenapa, kenapa, kenapa
Pelbagai persoalan timbul.
Pelbagai perasaan timbul.
Sedih, menagis, putus asa, kecewa..
Semua perasaan ada..

Tapi kenapa,

Bila Allah bagi hidup kita senang,
Ada pernah kita tanya pada Allah???,


"Kenapa Ya Allah, KAU bagi aku SENANG..??!!"


heh..

p/s : semoga Mama Yan diberikan kekuatan olehNya. Yang lepas biarlah lepas..

2 comments:

Anonymous said...

salam..mashaAllah jangan ditanya begitu seperti dipengakhiran..dikhuatiri kufur nikmat kerana mempersoalkan..bersyukurlah atas segala nikmatNya sungguh tiada nikmat yang kecil..kerana sekali kamu kehilangan nikmat itu selamanya kamu akan terasa menyesal kerana mempersoalkan..

moga kita mnejadi hamba2 yang beryukur..hati yang segar mensyukuri setiap nikmatnya..Amen ~

anazahra said...

hmm tu la..
moral of the story..

kadang kita ni time susah je baru mengadap Allah..
tapi..
jika time senang..
kadang lupakan Allah...

susah senang itu nikmat..

moga menjadi hamba bersyukur ke atas nikmatNya..

Related Posts with Thumbnails