“alah, klu boikot pun bukannye ade ape2 kesan pun”
“alah, sekadar seringgit je, ape la sgt. Xde bezanye.”
“Alah, aku sengsorang je yg boikot, wat pe?? Baik aku teruskan je, aku suke minum Nescafe”
Ntah ni sume kate2 yg slalu aku dengar kalau aku bgtau pasal boikot Israel ni. Aku pelik la, kadang2 dah diberitahu mengenai boikot ni, tp still lagi pakai barang2 boikot. Lepas tu byk la kata2 seperti diatas yg kluar..
So, knape perlu boikot?????
p/s : Ini adalah pendapat aku sendiri, aku rase aku nk share ngn korang…
PERTAMA – Al Aqsa diberkati sekelilingnya...
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (17 : 1)
Maha Suci ALLAH... Al Aqsa sebenarnya diberkati sekelilingnya. Itu janji Allah.... Dan kita knape byk sgt alasan xnak cube bantu Al Aqsa. Al Aqsa milik kita org Islam. Bukan hanya milik rakyat Palestin sahaja. Tapi milik kita yang mengaku Islam. Korang bayangkanlah, niat kita nak membantu rakyat Palestin dan utk membantu Al Aqsa. Dan tempat tu ALLAH dah janji keberkahannya, bayangkan betapa pahala yang ALLAH berikan pada kita utk melindungi tempat tu... Walaupun seringgit korang bantu, pahalanya hanya ALLAH yang tahu...Sebab niat kita nak membantu Al Aqsa dan usaha yang kita lakukan itu.
KEDUA – Mereka adalah saudara seIslam
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Kita umat Islam adalah umat yg bersaudara. Berasal dari satu ibu, dan satu bapa. Bermakna sesiapa sahaja yang beragama Islam adalah bersaudara. Tak kiralah dia duduk kat Brazil ke, Pepua Nurgana ke (aku hentam eja je), Peru ke, janji dia adalah Islam, kita semua bersaudara. Dan kita baru dikatakan beriman kalau kita mengasihi saudara kita seperti mana kita mengasihani diri sendiri. (refer hadis atas)
So, korang kalu xde rase sedikit pun kesian kat saudara kita kat Palestin, cek balik adakah kita benar2 beriman (aku menasihati diri sendiri..oh).. Kesian la, diorang bdk2 kecik dibunuh dgn kejam. Budak berumur 12 tahun berusaha mempertahankan tanah air mereka. Kecik2 dah pegang senapang.. Sedangkan kita???? Dah berumur 20 tahun, 23 tahun adakah kita berani nak buat mcm mereka!!???? Tepuk dada tanya iman...
Bangkitlah saudaraku...!!!
Bantulah mereka walaupun hanya seringgit. Seperti fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Yusof Qardawi.
”Seringgit kita membeli barangan Yahudi dan Israel, bermakna kita telah membunuh seorang saudara kita”
Seperti contoh, korang beli milo 3 in 1, harganya katakanlah rm10.90 (aku lupe hargenye, aku hentam je) bermakne dah 10 orang kita bunuh. Kita dah membantu ekonomi Israel untuk MEMBUNUH saudara kita sendiri...Ya Allah, kejamnya kita...
Bayangkanlah, klu saudara kita adalah adik beradik kita sendiri, adik kita yang berumur 4 tahun, abg kita ditembak, akak kita dirogol (nauzubillah).. Rumah kita dibom... SubhanAllah...Sedihnye...
Aku sedih klu aku dah bgtau ni adalah barangan boikot, tp mereka buat xtau je. Mana perginya sensitiviti kita sbgi umat Islam, mana perginya sifat penyayang orang Islam, mana perginya??????... Ya Allah, knapelah org Islam sendiri xnak bantu org Islam...
Dan aku paling sedih klu org yang benar2 berfikrah Islam (bertudung labuh, berkopiah) dan konon2 berazam nak memperjuangkan Islam, tp still beli lagi barangan ISRAEL laknatullah, sori to sayy la, aku xrespect org mcm tu... Kita memperjuangkan Islam, pada masa yang sama kita sendiri yg menjatuhkan Islam...huh..
Adakah kita mementingkan diri sendiri????
Ya!! Klu korang xboikot barangan ISRAEL (aku mengingatkan dirku sendiri, oh..).. dh mcm2 alasan yg aku dgr. Xboleh tgglkan milo lah, dah ketagih ngan nescafe lah, KFC sedap lah,...Memang, barangan ISRAEL adalah barangan yang terbaik. Mereka akan mengeluarkan produk yg terbaik supaya org ISLAM tidak berpaling. Diorang ni akan fikir mcm mana nak buat org Islam ni tunduk pd mereka. Dgn cara2 mcm ni lah...Diorang buat barangan terbaik dan pada masa yang sama mengambil kesempatan utk mengukuhkan ekonomi mereka utk menjatuhkan Islam...Korang masih xsedar ke??? Ya ALLAH, mcm mane la aku nak ckp lg....
Kita kadang2 xnk boikot barangan ISRAEL dgn alasan, ekonomi mereka xkn berubah klu hanya 2 3 org je yg bantu.. Hei sedar la, umat Islam perlu bersatu. Mcm mana org kapir bersatu padu menghancurkan Islam, mcm gitu jugaklah org Islam kene bangkit bersatu padu. Klu 2 3 org je yg bersatu dan yg 2 3 org tu berusaha mengajak org lain bersatu padu, Xke ramai yang bersatu padu!!!?????
Maafkan aku sahabat....
Kata2ku penuh ketegasan...Tp demi Al Aqsa dan Palestin, saudara kita kat sana...Adakah kita hanya melihat dan hanya berdoa???? Cukupkah hanya itu usaha kita???? Doa sepanjang masa..Tanpa usaha???
Klu kita nak berjaya pun perlu doa, usaha, tawakal... Samalah dengan perjuangan kita membebaskan Al Aqsa. DOA, USAHA (boikot), TAWAKAL (mudah2an bantuan kita yg xseberapa ini dipandang ALLAH).
Kita memang xdpt bantu sepenuhnya, kita xmampu utk kesana berperang membantu mereka (berani ke??? Huh...) tp ni la usaha kita utk membantu mereka...
Kesian lah kat mereka....(
No comments:
Post a Comment