Ya Allah..
Syukur Di Atas Nikmat Pancaindera-Mu..
Dengan Penglihatan…
Aku Dapat Melihat Segala Kekuasaan-Mu…
Mengagumi Segala Kebesaran-Mu…
Dengannya Jualah…
Aku Melakukan Kemungkaran Pada-Mu..
Menjerumuskan Diriku Ke Lembah Dosa..
Melihat Pada Yang Tak Sepatutnya...
Membuatkan Diri Ini Alpa Saat Hidayah-Mu Tiba..
Seketika Ku Tersedar…
Mungkin Belum Terlambat…
Untukku Pahatkan Dalam Diri…
Bahawa… Aku Mahu Berubah…!!!
Ya Allah…
Jika Dulu Aku Angkuh Di Bumi-Mu…
Alhamdulillah…
Hidayah-Mu Mematahkan Keangkuhanku..
Membangunkan Sifat Malu…
Yang Selama Ini Tersorok Dalam Diri..
Ku Tundukkan Pandanganku…
Yang Selama Ini Meliar...
Ku Timbulkan Kekeliruan..
Pada Teman-Teman..
Ku Tempis Segala Teguran Sinis..
Ku Tekadkan Dalam Kalbuku...
Bahawa… Aku Mahu Berubah…!!!
Ya Allah…
Jika Dulu Aku Lalai Dalam
Menunaikan Hak-Mu...
Terleka Dengan Duniawi…
Terkadang Ku Abaikan Ukhrawi…
Subhanallah…
Sesungguhnya Kekuasaan-Mu Yang Paling Agung...
Kau Sedarkanku Di Saat Aku Hanyut… Masih Tak Terlambat…
Untuk Suatu Perubahan…
Ku Akur Pada Kekuasaan-Mu…
Lantas…
Ku Laungkan Dalam Hatiku…
Aku Mahu Berubah…!!!
Ya Allah…
Ku Pohon Hidayah-Mu…
Duhai Ayahanda & Bonda, Sahabat-Sahabat Serta Teman-Teman…
Bantulah Daku… Bimbinglah Daku…
Dalam Mencari… Cinta Yang Paling Agung..
Cinta Yang Esa…
Sesungguhnya…
Aku Mahu Berubah…!!!
www.iluvislam.com
No comments:
Post a Comment