Friday, September 26, 2008

Wahai Saudariku, Jagalah auratmu….Tolonglah…..


“dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….” (An-Nur : 31)


Kadang kala aku terfikir, dimanakah letaknya malu seorang perempuan. Apabila diri ini melihat saudari2 perempuanku memperlihatkan auratnya... Astaghfirullah....Hati ini berbisik.. Bukankah seorang perempuan itu cukup bahaya bagi seorang lelaki. Mengapa begitu mudah memperlihatkan segala2nya.... Ya, memang kamu masih memakai tudung, kamu masih menutup tubuh kamu dengan t-shirt kamu, tapi tidakkah kamu perasan wahai saudara2 perempuanku sekalian bahawa tudung kamu JARANG n PENDEK..???? baju kamu berlengan pendek, baju kamu menampakkan punggung kamu, baju kamu menampakkan bentuk tubuh kamu??!!!...Astaghfirullah....Sedih rasanya....


Wahai saudari2 perempuanku,

Janganlah kamu terlalu mudah untuk menampakkan perhiasan kita. Yang hanya boleh dinampakkan hanya muka dan tapak tangan. Itu sahaja. Tapi budaya pakaian orang sekarang. baju t-shirt lengan pendek, tidak berstokin, tudung jarang dan macam2 lagi. Sedarlah saudara2ku sekalian bahawa perhiasan itu hanya untuk orang yang layak sahaja. Iaitu suami kita. Tidakkah kita terfikir bahawa, betapa KESIANnya SUAMI kita apabila suami kita tu susah2 salam tangan pak imam untuk lafaz akad nikah, bayar duit mas kawin, bayar duit hantaran beribu2 ringgit n barulah dapat melihat sebenar2nya. Tetapi lelaki2 yang bukan suami kita hanya dapat melihat secara FREE OF CHARGE tanpa susah2 salam pak imam, xperlu bayar beribu2 ringgit. Segala2nya free. Xperlu bayar untuk melihat jari kita, tangan kita, bentuk tubuh kita. Alangkah RUGInya dan KESIANnya suami kita....Fikir2kanlah....

Wahai saudari2 perempuanku,

Janganlah salahkan lelaki jika mereka melihat kita dengan pandangan yang nakal disebabkan pakaian kita yang belum sempurna sebagai seorang perempuan Islam. Ini disebabkan fitrah mereka memang akan tertarik kepada perempuan. Maka dengan itu saudari2ku sekalian, janganlah diri kita ini menjadi asbab terjadinya fitnah. Janganlah disebabkan kita, kita dan mereka berdosa. Janganlah disebabkan kita, mereka berfikir bukan2. Jangan disebabkan kita, menjadi punca mereka bertindak jahat. Kitalah yang mesti bantu mereka. Tutuplah auratmu saudariku...Tutuplah dengan sempurna..


Wahai saudara2 perempuanku,

Ingatlah saudariku, ALLAH telah memberikan peringatan kepada kita...

” ini ialah satu "surah" Yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan Yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).” (An Nur 24 : 1)

ALLAH menerangkan ayat pertama didalam surah An Nur ini ialah bahawa kita sebagai hambanya WAJIB menjalankan perintahnya dan mengamalkan suruhannya. Awal2 lagi ALLAH dah peringatkan. Dan kandungan yang penting adalah terdapat pada ayat ke 31 iaitu:

“dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….” (An-Nur : 31)

Ini bermakna, kita memang WAJIB menjalankan perintah ALLAH. Sebab apa??? sbb ALLAH dah peringatkan dipermulaan ayat. ALLAH telah menetapkan perintah itu, maka kita sebagai hambanya perlu taat dengan perintah ALLAH. Janganlah melanggar perintah itu. Janganlah kita mempertikaikan kenapa ALLAH memerintahkan kita menutup aurat. LAYAKKAH kita untuk melanggar perintah ALLAH???? LAYAKKAH kita mempersoalkan perintah ALLAH itu???? LAYAK ke..???? Kita hanya hambaNYA... Kita minta segala2nya kepadaNYA, kita mohon perlindungan,kesihatan, kejayaan, kita mohon segala2nya dari ALLAH, tp once ALLAH perintahkan kita sesuatu pada kita, kita mungkar perintahNYA...TAK MALU ker..??? segala2nya nikmat ALLAH bagi, tapi kita..????? leka dengan keseronokan, terikut2 budaya barat yang terdedah sana sini menampakkan segala2nya tanpa ada rasa sedikit MALU pun...

Wahai saudari2 perempuanku...

Aku sayang kamu.

p/s : kerana aku saudara kamu....

No comments:

Related Posts with Thumbnails