Thursday, October 9, 2008

Mane Pergi Tudung Kamu…???


Ditokok tambah akan ceritanya supaya lebih menarik tetapi tidak lari daripada cerita asal yang benar2 berlaku kepada diriku.

Satu hari apabila aku saja-saja lepak di foyer fakulti aku bersama memberku, datanglah seseorang yang karekteristiknya seperti datin seri…

Beliau dengan lajunya berjalan ke arah aku.. Aku pun terlintas didalam hatiku, kenapa beliau ini ke arah aku?...Tiba-tiba....

”Kad matrik kamu mana..????”. Tanya dia sekuat hati kepadaku. Habis orang yang berada disekitar kami berpaling kepada kami. Terkejut aku dan member aku tu. Aku pun lagak seperti control macho aka cun pun buat2 mcm terkejut untuk mencover malu kami...


”Eh, ade2..Prof, ade...Kat dalam beg ni ha..”. Kata diriku sambil buat2 sebok mencari kad matrik dlm beg dan menunjukkan kad matrik ku yg berwane pink....

”Buat ape simpan dlm beg..???. Lain kali pakai. Kamu tahu tak, peraturan disiplin universiti perlu pakai kad matrik dimana sahaja kamu berada walaupun berada disekitar kolej kediaman. Atau dimana2 sahaja..Lain kali pakai..!!!”. Tegas betul keterangan datin seri itu dengan bersemangat sekali.

“Err,..Ok, baik Prof..Lepas ni xbuat lagi..Err...Minta maaf Prof..”. Kataku dengan nada seperti mengikut perintah dan ade sedikit rase malu sbb dimarahi dikalayak ramai...isk2...sabor je la...Nasib baik la ko Prof...Member aku senyap je...Bagus2...tak menjawap...

Lepas tu Prof tersebut itu pun beredar dari tempat kejadian. Dan aku kagum betul dengan dia. Sepanjang perjalanan tersebut dia sound siapa2 sahaja yang dia rasa nak sound dan bertanyakan soalan yang sama dengan aku tadi...

”Kad matrik kamu mana...???. Kenapa tak pakai..???..”. Tanya beliau kepada student yang lalu lalang kat foyer tu. Ape lagi kelam kabut la diorang yang mane tak pakai kad matrik tu cari kad matrik dalam beg masing2.

Berbalik kepada aku yang duduk dikerusi yang disediakan di foyer fakulti....

”Mak aii garangnye Prof ni...Kat dalam kolej kediaman pun nak kena pakai kad matrik ke..???. Kalau kat fakulti tu logik arr. Takkan nak gi beli-belah makanan kat cafe time malam pun kena pakai..??...”. Membebel macam mak nenek akan diriku ini kepada memberku yang setia didepan aku.

”Ntah la, malas nak layan”. Jawap Sya (macam nama sebenar), memberku itu...


”Eleh...Sebok je tanye2 kita mane kad matrik. Sebok je suruh2 pakai kad matrik...Sya, gi tanya dia mana tudung dia..!! Gi suruh dia pakai tudung. Cakap kat dia, kamu tahu tak yang peraturan disiplin didunia ini perlu memakai tudung bagi perempuan apabila keluar rumah supaya tidak menimbulkan fitnah..!!!!” Ehehe...selamber je aku suruh Sya ckp kat Prof tu..


”Arghh...malas la, gile ape...Kalau berani, pegi arr jumpa dia & tanya sendiri...”. Jawap memberku itu...

Eleh..Ingat xberani ke...sememangnya, memang aku tidak berani pun. Gila ape...Mesti dia jawap...

”Yang kamu sebok tu kenape..???. Suka hati saya la nak pakai tudung ke tak..Kamu jangan lawan cakap saya, saya report dekan kang”. Agak aku je beliau jawap mcm tu..(Ish, berburuk sangka)...

Eleh aku pun boleh jawap jugak ape....


”Yang Prof sebok tu kenapa? Suka hati saya la nak pakai kad matrik ke tidak.. Saya report polis kang..” Hahahah...(xlawak)... Macam berani...Pegi buat, tengokk...

Sesungguhnya jawapan tersebut hanya tinggal jawapan. Hakikatnya aku tidak berani untuk bertanyakan kepada Prof tersebut soalan ”Mana perginya tudung kamu??”. Adakah disimpan didalam beg?? atau terlupa untuk memakainya?? atau terlupa untuk gosok guna setereka...??? ataukah tudung tersebut tidak dijual dikedai2 yang berhampiran...

Zaman sekarang....

Yang penting, diringan2kan (tudung). Tetapi yang ringan, dipenting2kan (kad matrik)..

Ya Tuhan...Umatku menderita....


p/s: aku tak pernah pakai kad matrik sepanjang berada dikampus. Cuma semenjak aku sedar aku berada ditahun akhir, maka aku ada kesedaran untuk memakainya kad matrik tersebut...Ya Tuhan, bukakanlah pintu hati Prof tersebut...Aku sayang kamu wahai Datin Seri....Woha!

No comments:

Related Posts with Thumbnails