Tuesday, January 13, 2009
Ampunkan daku Ya Allah....
With the name of ALLAH the most gracious and most merciful
Ya ALLAH,
Terlalu jauh aku dariMU,
Seringkali aku memohon taubat dariMU,
seringkali juga aku mengulangi dosa-dosa semalam,
Ya ALLAH,
Ampunkan daku,
Seringkali aku katakan cintaMU yang kudambakan,
Namun,
Hati ini masih mendambakan cinta palsu daripada
makhluk yang bernama insan.
Ya ALLAH,
Janganlah dikau membolak balikkan hatiku,
Setelah ENGKAU mencampakkan cahaya hidayahMu DALAM hatiku,
Wahai Tuhanku,
Jangan DIKAU biarkan daku alpa dalam
kenikmatan dunia yang hanya seketika,
Jauh dari cinta agungMU yang menjanjikan
kebahagiaan buat selamanya,
Ya ALLAH
Bersihkan hatiku dari segala noda,
Agar mudah daku mengingatiMU serta Kalam suciMU,
Serta agar khusyuk diri ini dalam beramal hanya untukMU.
Ya ILLAHI,
Hanya cintaMU daku dambakan,
Kerana disitu kutemu ketenangan serta
kebahagiaan yang berpanjangan,
Wahai TuhanKU,
Kurniakan perasaan cinta dihatiku ini
hanya untukMU,
Biarlah tiada jodoh di dunia ini,
Daku rela kehilangan segala cinta dunia dan seisinya,
Daripada kehilangan cinta,rahmah dan
kasih sayangMU ya ILLAHI,
Bimbinglah hati ini agar terus istiqamah mengejar cintamu,
Agar diri ini bisa meenjadi salah satu daripada bidadari syurgaMU..
Allahumma la taj a'l nafsi fitnatal lil islam (wahai Tuhanku,jangan DIKAU jadikan diriku ini fitnah kepada islam..
AMIN YA RABBAL A'LAMIN....Hanya kepadaMU daku memohon serta kumengadu.
sumber
Labels:
Nurkilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment