Thursday, January 1, 2009

Terdetik sesaat dihati ini….


Wahh… melihatkan tajuk diatas hati ini terasa seperti tersenyum sendiri... Manakan tidak, aku bukanlah orang yg pandai bermadah helah. Membuat ayat yg bunga2. Aku menulis mengikut kepada sendiri. Sempoi & bersahaja. Kalau ade orang nk tegur mengenai gaya bahasa yg aku gunakan. Oh silakanlah... Ini bermakna ada orang yg telah membaca blog aku.. Terima kasih wahai pembaca sekalian (perasan ramai yg baca blog sendiri). Terima kasih juga ku tujukan kepada sahabatku yg jauh dimata tapi dekat dihati. Terima kasih kerana mengajar ana supaya menjadi lebih lembut dalam menyusun ayat. Walaupun anti tidak mengajar ana secara langsung tetapi ayat2 anti banyak mengajar ana secara xlangsung..Langsung dan xlangsung.. Apa2 lah....

Cerita bukan berkenaan tajuk...

Pagi itu seperti rutin hati2.... Lepas mathurat dan bacaan Al Quran. Aku duduk mengadap laptop. Mata semakin mengantuk. Heh! Jangan tido lepas subuh!. Tapi aku kalah juga. Landing di atas bantal. Niat dihati hanya baring2 je. Kalau dah baring2, selamat ler terus tertido.. Nasib dapat msg dari seorang sahabat mengatakan....

”Perhatian! Solat hajat utk Palestin: semua diminta berkumpul di masjid tmn u (ainuddin) jam 815 mlm utk solat isyak berjamaah, solat hajat dan ceramah mengenai palestin. Palestin milik kita semua. Plz forward to 10 people on ur address book. Target minimum 1000 org insyaAllah”

Hah, tersedarku dari tido. Terus bangun. Dalam hati berkata. Aku mesti pergi. Xakan ku lepaskan peluang ini. Tiada apa2 sumbangan yg dapat aku sumbangkan utk Palestin. Hanya ini sahaja yg aku mampu lakukan. Tanamkan tekad dihati, ptg ni aku mesti pergi juga.

Ptg itu aku tanya semua akhwat mana tahu ade kekosongan tempat duduk utk aku menumpang sejenak utk ke masjid. Ketika itu aku baru pulang dari PSZ. Sampai2 dibilik ku melihat roomate sementaraku sedang berehat. Dalam hati ku ini terdetik, kalau lah dia akhwat.. Hmm hidayah milik Allah... Niat dihati mmg mahu pnjm moto dia. Nk ajak dia ke masjid, ada mslh pula. Mklum la org perempuan. Niat dipendam sahaja. Tiba2 dia bersuara...

”Aku nk g rumah akak angkat aku nnti” Tiba2 dia bersuara tanpa ada bg introduction.
”O yeke. Hmm gi la” Balas mcm nk xnk je sbb kepenatan balik berjalan kaki dari PSZ ke kolej. Ditambah pula dengan kerisauan mcm mana nk ke Tmn U ni, transpot xde lg...Dalam hatiku lagi.., hmm xpyh la pnjm moto dia. Dia pun nk g rumah akak dia. Mesti dia guna moto.

Msg telah ku beri kepada semua akhwat yg berkenderaan. Jwpn hampa. Ada yg diberi msg tetapi tidak dibalas2. Ada yg jawap ”Afwan, moto ana dah di booking awl2 td”... Haaa... mcm mane ni nk pegi... Dah nk nangis ni... Kalo nangis nnti roomate aku nmpk la pulak. Belom ade rekod lg mane2 kwn atau akhwat yg berada disekeliling aku nmpk aku menangis.. Ish2.. Jgn nangis!!

Selepas mendapat jwpn yg menghampakan diri. Mmg sedih waktu tu. Rase mcm frust sbb xdpt gi masjid tu... Tiba2 sesaat hati ni terdetik:

”Ya ALLAH, jika aku solat hajat di bilik ini adalah yg terbaik bagiku, maka aku rela”

Tiba2....

”Eh, ko kalau nk pakai moto aku pakai la. Aku xpakai moto. Kejap lg akak aku tu amek. Aku balik kg minggu ni smpi ahad. Ko pakai la moto aku” Offer roomateku...

"Hah, boleh ke.. mmg nk pnjm pun sbnrnye". Balasku. Dlm hati berbunga2 je rase...

Alhamdulillah Ya ALLAH. Terima kasih Ya ALLAH. Isk.... Semua dariMU. Engkaulah yg mengerakkan hati sahabatku itu. Terima kasih Ya ALLAH. Sayu hati. Terima kasih Ya ALLAH. Walaupun hatiku hanya sesaat terdetik mengharap padaMU, serta merta Engkau perkenankan. Alhamdulillah wa syukurillah...

Dan ptg itu tepat 635ptg, kami gerak ke masjid ainuddin. Berjamaah maghrib, isyak & solat hajat utk palestin hampir 1000 org di masjid tersebut. Alhamdulillah...

Teringat tazkirah seorang ustaz di IKIM... Jeng3x.... keluar topik

Ustaz tu crita, beliau kena g outstation kat luar kwsn. Beliau seorang yg jarang tinggal solat jemaah. Beliau katakan, mmg ada2 saja waktu kadang kala xsempat berjamaah. Selalunya jika dia terpaksa oustation. Tetapi masa oustation yg ni dia mmg nk jemaah di masjid. Alkisah apabila sampai ditempat yg dituju, seperti biasa ada driver atas urusan kerja yg akan menjemput si ustaz ni dari airport. Si ustaz td terpikir, mcm mana dia nk ke masjid yg berhampiran utk solat subuh jemaah esoknya sedangkan beliau xbiasa dgn jalan2 di lokasi tersebut. Lepas tu xde kenderaan pulak. Maka dia telefon la kwnnya seorang ustaz juga tinggal dilokasi tersebut utk tnyakan kalau2 ustaz tersebut solat jemaah di masjid. Boleh tumpang..Malangnya, kawannya balik kg. Maka bermuram durja si ustaz tadi. Maka dihatinya terdetik:

”Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keinginan hatiku ini, maka jika ini yg terbaik utkku maka aku rela solat secara sendiri dibilik hotel”

Tiba2...

”Ustaz, esok nk subuh kat masjid ke?.. Hmm esok pagi time subuh sy xde. Ustaz pakai kereta sy lah. Nnti kita ke rumah sy utk ambil kereta ya” Terang driver kereta tu.

Alhamdulillah, detik hati ustaz tu. Berbunga2 hati ustaz tu...Allah mendengar doa hambaNya. Serta merta dipermudahkan.....


Terima Kasih Ya ALLAH..

Maka nikmatMU yg mana lagi yg aku dustakan...SubhanAllah...isk...

p/s : Ya Allah, berilah petunjuk kepada sahabatku itu. Mudah2an dia akan bersama2 dgn kami di saff yg sama utk memperjuangkan Islam ini...InsyaAllah.... Doaku sentiasa bersamamu sahabat...

No comments:

Related Posts with Thumbnails