Tuesday, March 31, 2009

Di Jalan Tarbiyah Aku BerUkhwah



Salam Perjuangan, Salam Mujahadah, Salam Jihad….


Melihat kepada tajuk diatas, teringat sebuah buku karya Cahyadi Takariawan, ”Di Jalan Dakwah Aku Menikah”... Wahhh.. dah nak dekat2 dah bunyi...


Tetapi tajuk yang aku reka2 ikut suka hati aku sendiri, pada aku adalah lebih penting daripada tajuk buku Cahyadi Takariawan tu.



Cerita atau tulisan atau catatan atau luahan atau fakta atau lawak ini adalah untuk diri aku sendiri. Untuk tatapan aku sendiri dan untuk rujukan aku sendiri. Korang yang membaca hanya membaca, dan jika ada kebaikan silalah ambil untuk rujukan dan jika ada keburukan silalah tegur aku yang banyak kesilapan dan kudus serta lurus ini.


Watak2 yang digunakan didalam cerita atau tulisan atau catatan atau luahan atau fakta atau lawak ini seperti ’aku’, ’kau’, ’dia’, ’mereka’, ’beliau’, dan sebagainya adalah merujuk kepada diri aku sendiri yang banyak kesilapan dan kudus serta lurus ini dan ianya tiada kena mengena dengan mereka atau keluarga mereka sekalian.


Cerita atau tulisan atau catatan atau luahan atau fakta atau lawak ini adalah merangkap nasihat untuk diri aku sendiri 99% dan 1% selebihnya adalah untuk kamu2 yang rajin bace blog aku.. Heheh.. xde keje lain ke haa???!!


Al Kisah tajuk bermula...


Mengingatkan ketika mula2 aku belum disapa tarbiyah, aku juga berukhwah. Konon2nye.. Tapi, ntah la.. rase mcm kosong je ukhwah tu. Berdegang degung kate ukhwah fillah tp bila kawan tu bercouple, aku still buat dekk je.. (mase tu, xtahu pun xbleh couple rupe2nye..heh!. Aku pun couple, bengong).


Tapi sekarang, Alhamdulillah.. Selama mana aku join tarbiyah, ada sahaja nasihat2 utk mendekatkan diri kepada Allah diingatkan oleh sahabat2 perjuangan. Terima kasih kawan2!!


Dan sepanjang dijalan tarbiyah aku berukhwah, tidak dinafikan terdapat perkara2 yg tidak sependapat. Ade saje xkena. Org kate ’Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ Heh!.. Org yg kata..aku xkata apa pun... Dan insyaAllah, kita semua diharap ketidak sependapat kita itu adalah kerana Allah, bukannya megikut nafsu kita semata2..


Kesah 1


Teringat dulu mase mula2 join tarbiyah, apabila ’lecturer’ku mengajak ke program yg dibuat di sebuah rumah sewa yg terletak di sebuah taman berdekatan tempatku belajar, aku pelik bila program tersebut dipanggil Daurah Junior 1. Apekebenda la daurah2 ni. Aku pun layan la daurah tu lagu2 bernada nasyid.. heh.. Mase tu aku lurus bendul.. Ikut je ape org ckp. Naif betul.. Org suruh ke barat.. ke barat la aku pegi, org suruh ke timur, ketimur la aku pegi. Org disini merujuk kepada ’lecturer’ku..


Seperti biasa dalam program ade la slot2 taaruf, slot, ldk, riadah2 n ape2 aje la mak nenek lagi. Aku pun join la mcm xde perasaan. Yang paling aku terkesan apabila pengisi yg mengisi slot pengisian tu. Seorang akak yg tempat belajar dia di utara. Sebelum dia berangkat nak balik. Seperti biasa dia akan salam2 dan berlaga pipi. Biase la pompuan. Mase time salam2 tu, akak tu sempat cakapkan kpd kami...


”Doakan kita istiqomah dlm jln tarbiyah ni ye”

”Doakan iman akak ye smoga terpelihara”

”Doakan smoga iman kita semua terpelihara ye”


Isk.. Kagumnye aku... Aku yg kudus ni merasakan pelik. Ape jenis ukhwah ni.. Secara jujur, aku pun konon2nye berukhwah, tapi xde pun ckp2 camni.. Selalunya aku dengar, bila ade orang nk berangakat kemana2, selalunya... dia akan ckp..


”Doakan smoga akak slamat sampai sane ehh”


xpun..


”Nanti akak dah smpai sane, akak msg kamu ye”


xpun...


”Jemputlah kesana..”


isk.. tapi aku cukup terkesima. Ukhwahnya sampai meminta didoakan kondisi imannya. Walaupun mase tu aku masih pakai tudung pendek yg jarang namapk leher, baju pun jenis baju budak2 skarang yg ntah ape2... Aku peluk erat akak tu.. Dan aku merasakan ukhwahnya sampai ke hati. Walaupun kami hanya sempat kenal xsampai 24 jam. Dia sempat memesan kepadaku...


”Jaga iman dan diri ye dik”


Terharunya jiwa ini. Itu yang dipesan kepadaku. Iman yg didahulukan barulah diri..



Kesah 2


Mlm tu bizi dgn program. Jam menunjukkan pukui 1230 tghmlm. Aktiviti dah habis. Sekarang persediaan utk merehatkan diri.. Tiba2...


”Akak, doakan..” kata seorang akhwatku dgn nada berhati2 dan berbisik2

”Kenape?”. Tanyeku terkejut. Famly dia sakit ke, nenek dia sakit ke, mak dia sakit ke. Tanye hatiku...

”Akak, ade akhwat accident”. Beritahu akhwat tu.

”Astaghfirullah... Akhwat mane? Bile?”. Tanyeku bertalu2.

Akhwat kita“..Katanya..

”Ya Allah.. Sape??”.Tanyeku dgn nada terperanjat. Dadaku tiba berdebar. Ya Allah selamatkan akhwatku. Aku sayang mereka.

”Ita dan wan.. Ita berjahit dikepala, wan kakinya terseliuh.. Akak jgn bgtau yg lain dulu ye. takut mereka terperanjat. Hanya kita ber 3 je yg tau”. Terang akhwat itu.


Aku dengan wajah yg agak cool je konon2 xnk menunjukkan kesedihan yg melanda dihati. Jauh disudut hatiku, aku risaukan mereka. Yang berjahit dikepala, bukan perkara main2. Aku berdoa. ”Ya Allah selamatkanlah mereka”.Sesekali bertanya juga kepada akhwat yg tahu mengenai perkara ini perkembangan mereka berdua. Tapi hampa...


Mlm tu aku cuba lelapkan mata. Tapi mata ini tidak terlelap sangat. Sering terjaga2. Terlintas juga wajah2 mereka. Apa kabar mereka di pusat kesihatan itu. Jam menunjukkan pukul 230 pg. Semua peserta program dah tido. Tiba2... Talifon seorang akhwat berbunyi disebelahku. Mane xnye dah dia tido sebelah aku. Aku lihat talifon. Akhwatku yg aksiden tadi... Wan... Kenape dgn wan. Janganlah ade berita yg buruk.


”Kak sya, kat mane?”. Tanye dia dgn nada tergesa2.

”Ni kak jijah la..Knape wan??.. Sume ok?”. Tanyeku xsabar2...

”Owh, kak jijah boleh x gi bilik ita sekarang. Kitorang nk balik bilk ni. Nk tlg tengokkan kunci bilik ita ade kat bilik x..” Pinta wan kpdku.

”Hmm ok”. Walaupun hati kecilku mcm penat je nk gi sbb jauh antara kola 9 dan Tun Razak agak jauh. Aku kejutkan Sya mane tahu dia nk ikut sekali. Tapi mungkin dia kepenatan. Xpe la ajak Alwi. Demi mereka akan aku lakukan apa sahaja. Cehhh...


Alwi ku kejut dan kami berangkat ke KTR jam 3.00 pg. Meredah kesejukan malam. Hatiku tekad buat ape saje. Walaupun mata mengantuk dan kesejukan. Tiba di KTR. Pntu diketuk. Dan kemudian dijemput masuk. Apabila pintu dibuka, sayunya hati melihat mereka. Yang sorang berbungkus dikepala, yang sorang berbungkus dikaki. Ya Allah, apa yg telah terjadi ni. Aku melihat yg berbungkus dikepala. Sayunya hati. Terasa airmata ini ingin mengalir. Tapiku tahan takut2 dilihat oleh mereka. Heh... Hilanglah macho aku. Wakaka...


Esoknya berita disebarkan. Akhwat kita eksiden. Alhamdulillah ramai yg dtg melawat. Wahhh... Ade hikmahnya. Ramai akhwat yg berkumpul. Masing2 melawat kepada mangsa eksiden sambil2 bercerita apa yg nak dicerita. Maklum kadang2 jarang jumpa. Semakin kami rapat ukhwahnya. Alhamdulillah Ya Allah. Yang mana dirasakan jauh, kami merapatkannya asbab kejadian ini..



Kesah 3


Apabila akhwat panatai timur join venture program motivasi baru2 ini disebuah skolah maahad di Johor, aku merasakan best yg teramat sangat. Mane xnya dapat kenai akhwat yg aku xkenai. Maknenya semakin banyaklah silaturrahim yg dapat kami eratkan. Aku sebagai AJK makanan, bertungkus lumus memastikan mereka dapat makan dgn secukupnya.


”Lauk ni pedas x??”. Tanya seorang akhwat yg setahun lebih tua dariku.

”Hmm pedas sikit”. Jawapku.

”Isk.. xboleh mkn pedas sebenarnya. Walaupun pedas sikit”.. Terangnya

”Knape xboleh?”. Tanyeku pelik. Xkan pedas sikit pun xboleh.


Rupa2nya akhwatku mempunyai sejenis penyakit berbahaya. Hatiku sayu. Ku lihat wajahnya. Walaupun kami xpernah pun berjumpa. Baru sekali jumpa. Tapi aku dapat merasai hatinya. Seketika didalam bilik rehat aku melihatnya terbaring. Aku tahu dia sedang menahan sakit. Ya Allah, berilah dia kekuatan.


”Sabar ye kak”. Kataku kepadanya.

”Dah lame dah sabar ni”. Luah hatinya. Terpandang matanya, terlihat matanya berkaca2.


Isk.. hatiku sayu melihat dia. Xkan aku nk menangis depan dia. Aku kena kuatkan hati didepan dia. Mata yang merasai lebih hebat dugaannya daripada mata yang melihat. Seusai program habis, akhwat tu pun mahu kembali ke negerinya. Seperti biasa kami akan bersalam2.


”Sabar ye kak”. Kataku sambil memeluk erat dia.

”InsyaAllah. Terima kasih ye Jijah ambil berat pasal akak”. Katanya.

”Xpe kak. Akak banyakkan bersabar ye. Beruntunglah orang2 yg apabila diuji dia bersabar. Oang yg lebih hebat dugaannya adalah org yg lebih besar pahalanya apabila dia byk bersabar”. Kataku. Aku pandang wajahnya. Matanya berkaca2. Hatiku berbisik. Ya Allah, limpahkanlah kesabaran dihatinya”.



Alhamdulillah. Banyak cerita2 mengenai ukhwah yg aku lalui. Nak cerita kat sini berkesah2 karang xhabis2. Dgn izin Allah aku menikmati jalan tarbiyah ini. Baru aku mengerti makna ukhwah yg sebenar. Daripada yg xkenal jd kenal seperti dah kenal bertahun2 lamanya. Padahal baru kenal 2 jam. Yang paling best bila kebanyakan akhwat terdiri daripada pelbagai ipt. Alhamdulillah. Terbukak sikit minda aku ni. Xle di takok lame je. Terasa juga hati bila seorang akhwat ditimpa kesusahan, hati turut susah bersama. Merasakan kesusahan dan kesakitan dia bersama.


p/s : Teringat kawan2 diwaktu muda2. Alangkah indah jika mereka bersam2 dgnku dijalan tarbiyah. Ya Allah, berilah petunjuk kepada mereka juga.



1 comment:

wani_ramle said...

ukhwah fillah abadan abada...
kak jijah memang macho, muka sentiasa cam takde perasaan ..ha..ha..ha

Related Posts with Thumbnails