Siapa sangka, jangkaan Dr beliau hanya hidup untuk 2 tahun.
Tetapi Alhamdulillah, sehingga kini beliau masih sihat..
Malah, bila dilihat orangnya..
Siapa sangka umurnya sudah 60 tahun..
1 hari beliau bercerita perihal redha…
Sungguh, beliau redha apa yang berlaku..
Sentiasa senyum apabila diceritakan perihal dirinya.. masalahnya..
Kawan2nya yang datang menziarahinya,
Sedih melihatkan keadaannya..
Menangis2 mengenangkan nasib yang menimpa beliau.
Sehingga kawan beliau bertanya pada beliau..
“You ni tak rasa sedih ke apa yg menimpa You, You tak tanya pada Allah ke kenapa Allah susahkan hidup you sampai jadi macam ni”
Adoii ku terfikir kenapa la kawan beliau pi tanya soalan macam tu..
Hmm tak apalah..
Ku bukan focus pada kawan beliau
Tapi saya nak ajak kawan2 fokus pada jawapannya ini…
Lalu beliau ini menjawap dengan selambernye..
“o0o, kalau masa kita susah pandai pulak tanya kat Allah, 'kenapa bagi aku susah Ya Allah?'… Tapi pernah tak kita terfikir. Masa senang, tak ada pulak kita tanya Allah, 'kenapa bagi aku senang Ya Allah.' Masa susah cari Allah, masa senang??? Ada kita cari Allah”
Kita ada cara yang telah diajar oleh Nabi kesayangan kita..
Sabda Nabi. “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat. ” (HR.Thabrani).
Mintalah petunjuk daripada Allah jika kita konfius antara dua perkara.
Tetapi ada syarat!!!
Apakah syarat2nya??…
Perlulah meletakkan segala harapan kepada Allah.
3000% letakkan pada Allah..
Tiada keraguan..
Tidak boleh untuk berat sebelah.
Kadang kita ni, solat istiharah tetapi berat sebelah…
Faham ke..??
Contoh..
Antara nikah dan sambung study.
Kita melakukan solat istiharah,
Tetapi dalam hati berat kepada hendak bernikah.
Anda bersungguh2 melakukan istikharah, tetapi hati terarah kepada menikah…
Buatlah istikharah setiap hari dan sebanyak mana pun,
Tetapi jika hati anda 90% terarah kepada menikah dan hanya 10% terarah ke sambung study,
Maka bernikah lah yang Allah tunjukkan. Itu bukan daripada Allah, itu dari kita sendiri…
Sebenarnya,
Letakkan segala pengharapan kepada Allah,
Mintalah petunjuk daripada Allah, 3000%.
“Ya Allah, jika bernikah itu baik untukku dan Kau redha bagiku, maka kau permudahkanlah. Dan jika sambung study itu lebih baik bagiku dan Kau redha bagi ku, maka Kau tunjukkanlah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan diri ku sedang aku tidak mengetahui”
Selalulah melakukan solat istikharah..
Masyarakat kita sekarang, melakukan solat istikharah hanya apabila terdapat 2 pilihan.
Si penasihat hanya jawap, “Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini, Tuanku”.
Alkisah satu hari…
Si raja ke hutan untuk memburu.. bersama si penasihat..
Apabila dapat binatang buruan, raja mahu sembelih haiwan itu,
Tidak disengajakan, raja terpotong jari tengahnya..
Maka frust tidak terkata si raja… meraung2…
Raja meminta nasihat pada si penasihat,
Si penasihat hanya kata…
“Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini, Tuanku”.
Raja geram dan marah..
“Asik2, aku minta nasihat je, kau tak ade jawapan lain ke nak bagi, jari aku dah kudung ni pun, kau masih jawap hikmah..hikmah..hikmah”. Balas raja yang bengang dan temper gile..
“Dengan ini, aku akan humban kau ke penjara”. Kata raja dengan perasaan yang membara dijiwa..
Apabila dipenjara, raja yang tak puas hati itu ketawa jahat melihat penasihatnya meringkuk didalam penjara.
“Puas hati aku kau masuk penjara”. Kata raja.
“Tak apa tuanku, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini”. Kata penasihat.
Haha.. Lagi bengang gile2 si raja..
“Hah, dah masuk penjara pun masih ada hikmah lagi, malas aku nak layan dia nih, aku pun jadi gila nanti”. Kata si raja bertambah bengang.
Hari berikutnya,
Raja tak serekk nak pergi memburu lagi… (dah kodong jari pun masih nak memburu).
Kali ni raja pi sorang..
Nak dijadikan cerita… Ada perkampungan orang asli didalam hutan itu.
Mereka nak buat korban.. Korban dia adalah korban manusia.. hohoho…
Orang asli terserempak raja, maka raja ditangkap untuk dijadikan korban mereka.
Syarat korban mereka, mangsa korban itu tidak boleh ada kecacatan..
Cek punya cek si raja, sekali raja cacat daa.. Jari dia kudung.. Maka tak sah lah syarat2 korban bagi orang asli itu.
Maka raja terlepas daripada menjadi mangsa korban si orang asli..
Raja sangat bersyukur kerana terlepas.. Baru dia sedar, ini adalah hikmah mengapa jarinya terpotong.
Benar kata2 si penasihatnya..
Maka dia balik ke istana dan tidak sabar2 nak jumpa si penasihat…
Si raja menceritakan apa yang telah terjadi kepadanya..
Dari mula hingga akhir..
Saat2 ditangkap dan hampir dijadikan korban…
Maka jawap si penasihat….
“Alhamdulillah, tuanku memasukkan saya ke dalam penjara ini, jika saya ikut tuanku, sudah pasti saya pula yang akan dijadikan korban orang asli tersebut, sudah pasti inilah hikmahnya”. Kata si penasihat.
“Erk, betul juga katamu itu. Ya, ini lah hikmahnya disebalik apa yang berlaku”. Jawap raja berfikir panjang…
Lalalalalala… ~~~~
Kesimpulan???
Eh… lu pikir la sendiri…
p/s : tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia2. Pasti ada hikmah
Sungguh, saya tak tahu apa kaitan tajuk diatas dengan entri yang saya ingin keluarkan ini.
Mungkin ia ada kaitan dengan iklan kott..
Ntah apa2, ku belasah saja…
Satu hari, ketika melalui lebuh raya utara selatan…
Saya terpandang satu papan tanda yang sangat besar..
Dia tulis disitu..
TUNAIKANLAH ZAKAT ANDA
Dan banyak lagi tempat2 lain, tentang papan iklan zakat ni..
Ada beberapa kawasan..
Saya tak pasti dimana..
Melalui kabaran kawan2..
Seperti yang kita semua sedia maklum…
Zakat adalah Rukun Islam..
Mari saya ingatkan kembali tentang Rukun Islam ini..
Adapun Rukun Islam ini terbahagi kepada 5:-
Yang ke satu adalah Mengucap dua kalimah syahadat
Yang kedua adalah Sembahyang lima waktu
Yang ke tiga adalah Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
Yang ke empat adalah Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
Yang kelima adalah Menunaikan zakat
Alkisah perbincangan saya dengan kawan2, pernah ditimbulkan persoalan..
Mengapakah perlu papan iklan besar, cantik lagi kemas dan di tulis :-
TUNAIKANLAH ZAKAT ANDA, IA KEWAJIPAN ANDA..
Sedang kita sedia maklum, menunaikan zakat adalah Rukun Islam ke 5..
Mengapa tidak ada papan iklan peringatan untuk Rukun Islam Kedua iaitu, Solat Lima Waktu???
Sungguh,
Saya belum pernah nampak papan iklan mengenai solat ini…
Ada sapa2 pernah nampak, boleh emelkan pada saya dimana tempatnya..
Ingin sekali ku melihatnya…
Disini saya ingin cadangkan ayat2 yang mungkin boleh dijadikan panduan atau rujukan kepada pihak2 berwajip, badan2 berkanun ataupun kerajaan mempertimbangkan apalah kiranya jika boleh didirikan satu papan tanda besar dijalan2 utama Malaysia..
Mungkin papan iklan itu kita boleh tulis :
SOLATLAH ANDA SEBELUM ANDA DISOLATKAN
SUDAHKAH TUNAIKAN SOLAT, ITU KEWAJIPAN ANDA!!!
SOLAT 5 WAKTU ITU, MENENTUKAN AKHLAK ANDA
24 JAM DIBERIKAN SEHARI, Aii 10 minit pun susah untuk SOLAT ke??!
SOLAT, SOLAT, SOLAT…. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..
ANDA DAH SOLAT KE BELUM, CEPATLAH PERGI SOLAT!!
ANDA NI TAK MALU KE TAK SOLAT LAGI???
Haa.. baru la betul..
Baru la adil lagi saksama serta bijaksana…
Lagi baik, sertakan kelima2 Rukun Islam tu..
Saya terfikir..
Mengapakah terdapat papan tanda mengenai zakat??
Sedang zakat adalah rukun islam ke 5..
Mengapa tiada papan tanda mengenai Solat??
Sedang solat Rukun Islam ke 2..
Sedang solat lagi up dari zakat..
Adakah ada sebab munasabab disebaliknya, diadakan papan iklan hanya TUNAIKAN ZAKAT tu..???
Dan di tiadakan rukun2 yang lain..??
MENGAPAKAH??? KENAPAKAH???
Mari bincangkan…
Anda mampu mengubahnya…
p/s : sapa tak pernah nampak papan tanda zakat ni, sila lalu highway dari JB ke KL.. Anda akan nampak. Tempat2 lain, ku tak pasti dimana… Ku yakin ia ada dimana2..
Kehadapan makcik ku Rosmah (First Lady of Malaysia).. Ku harap makcik dapat membaca warkah ini dengan hati terbuka seluas2nya.. (walau ku sedar dari mimpi ini, jangan harap makcik nak baca - oh bersangka burukkah aku?)
Wahai makcik ku, tidakkah makcik tahu yang hatiku sedang membara??
ku benci benci benci!!!... ku nak marah rasanya... bukan rasa lagi.. memang dah marah... membara dijiwa, makcik rosmah mana tahu... haih!!
ku nak tegur makcik rosmah.. tapi makcik tak kenai ku pun... makcik nak dengor ke teguran ku ini..??
sungguh makcik rosmah.. ku sayang padamu wahai makcik... ku mahu makcik bersama2 ku.. bersama juga pakcik ajib.. sama2 memahami Islam... Islam itu indah ya makcik dan pakcik.. jika makcik faham keseluruhannya..
Tapi ku sedar ya makcik.. ku hanya rakyat kelas bawahan.. siapa ku untuk duduk semeja bersama makcik, minum secawan, makan sesudu bersama makcik.. taraf ku ini... ku sedar makcik... Ku sedar.. sedar..
apa2pun makcik.. ku doakan untuk mu ya makcik, moga Allah membukakan hatimu makcik...
Sungguh... ku kan ubah diriku... InsyaAllah, Allah akan ubah yang lain2.. termasuk diri mu wahai makcik rosmah...
Yang menyayangimu, anazahra..
artikel ini ditulis melalui feedback dari bacaan ku disini dan disini