Satu cerita,
Ada 2 orang manusia…
Raja dan penasihat..
Penasihat memang taat pada si raja.
Setiap kali ada masalah berlaku,
Si raja akan minta nasihat pada si penasihat..
Si penasihat hanya jawap, “Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini, Tuanku”.
Alkisah satu hari…
Si raja ke hutan untuk memburu.. bersama si penasihat..
Apabila dapat binatang buruan, raja mahu sembelih haiwan itu,
Tidak disengajakan, raja terpotong jari tengahnya..
Maka frust tidak terkata si raja… meraung2…
Raja meminta nasihat pada si penasihat,
Si penasihat hanya kata…
“Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini, Tuanku”.
Raja geram dan marah..
“Asik2, aku minta nasihat je, kau tak ade jawapan lain ke nak bagi, jari aku dah kudung ni pun, kau masih jawap hikmah..hikmah..hikmah”. Balas raja yang bengang dan temper gile..
“Dengan ini, aku akan humban kau ke penjara”. Kata raja dengan perasaan yang membara dijiwa..
Apabila dipenjara, raja yang tak puas hati itu ketawa jahat melihat penasihatnya meringkuk didalam penjara.
“Puas hati aku kau masuk penjara”. Kata raja.
“Tak apa tuanku, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini”. Kata penasihat.
Haha.. Lagi bengang gile2 si raja..
“Hah, dah masuk penjara pun masih ada hikmah lagi, malas aku nak layan dia nih, aku pun jadi gila nanti”. Kata si raja bertambah bengang.
Hari berikutnya,
Raja tak serekk nak pergi memburu lagi… (dah kodong jari pun masih nak memburu).
Kali ni raja pi sorang..
Nak dijadikan cerita… Ada perkampungan orang asli didalam hutan itu.
Mereka nak buat korban.. Korban dia adalah korban manusia.. hohoho…
Orang asli terserempak raja, maka raja ditangkap untuk dijadikan korban mereka.
Syarat korban mereka, mangsa korban itu tidak boleh ada kecacatan..
Cek punya cek si raja, sekali raja cacat daa.. Jari dia kudung.. Maka tak sah lah syarat2 korban bagi orang asli itu.
Maka raja terlepas daripada menjadi mangsa korban si orang asli..
Raja sangat bersyukur kerana terlepas.. Baru dia sedar, ini adalah hikmah mengapa jarinya terpotong.
Benar kata2 si penasihatnya..
Maka dia balik ke istana dan tidak sabar2 nak jumpa si penasihat…
Si raja menceritakan apa yang telah terjadi kepadanya..
Dari mula hingga akhir..
Saat2 ditangkap dan hampir dijadikan korban…
Maka jawap si penasihat….
“Alhamdulillah, tuanku memasukkan saya ke dalam penjara ini, jika saya ikut tuanku, sudah pasti saya pula yang akan dijadikan korban orang asli tersebut, sudah pasti inilah hikmahnya”. Kata si penasihat.
“Erk, betul juga katamu itu. Ya, ini lah hikmahnya disebalik apa yang berlaku”. Jawap raja berfikir panjang…
Lalalalalala… ~~~~
Kesimpulan???
Eh… lu pikir la sendiri…
p/s : tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia2. Pasti ada hikmah
4 comments:
salam..apada..x faham ~ fahamkan..
ukhtimuda,
apada...
baca slow2...
relex...
fahamkan...
hehe
kalau tak faham jugak...
fahamkanlah...
pasti ada hikmah itu...
hoh.....................
lain orang lain kefahaman..x nak gtau x pe la..
tenkiu..
saya faham cerita ni :)
penyampaian yg menarik..`
nice :)
byk input bila masuk blog ni.
terima kasih :)
AzwaZynal @ http://nazaikha.com
Post a Comment