Thursday, October 21, 2010

Apa Ada Dengan Papan Iklan



Sungguh, saya tak tahu apa kaitan tajuk diatas dengan entri yang saya ingin keluarkan ini.
Mungkin ia ada kaitan dengan iklan kott..
Ntah apa2, ku belasah saja…




Satu hari, ketika melalui lebuh raya utara selatan…
Saya terpandang satu papan tanda yang sangat besar..
Dia tulis disitu..

TUNAIKANLAH ZAKAT ANDA

Dan banyak lagi tempat2 lain, tentang papan iklan zakat ni..
Ada beberapa kawasan..
Saya tak pasti dimana..
Melalui kabaran kawan2..

Seperti yang kita semua sedia maklum…
Zakat adalah Rukun Islam..
Mari saya ingatkan kembali tentang Rukun Islam ini..

Adapun Rukun Islam ini terbahagi kepada 5:-

Yang ke satu adalah Mengucap dua kalimah syahadat
Yang kedua adalah Sembahyang lima waktu
Yang ke tiga adalah Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
Yang ke empat adalah Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
Yang kelima adalah Menunaikan zakat

Alkisah perbincangan saya dengan kawan2, pernah ditimbulkan persoalan..

Mengapakah perlu papan iklan besar, cantik lagi kemas dan di tulis :-

TUNAIKANLAH ZAKAT ANDA, IA KEWAJIPAN ANDA..

Sedang kita sedia maklum, menunaikan zakat adalah Rukun Islam ke 5..
Mengapa tidak ada papan iklan peringatan untuk Rukun Islam Kedua iaitu, Solat Lima Waktu???

Sungguh,
Saya belum pernah nampak papan iklan mengenai solat ini…
Ada sapa2 pernah nampak, boleh emelkan pada saya dimana tempatnya..
Ingin sekali ku melihatnya…

Disini saya ingin cadangkan ayat2 yang mungkin boleh dijadikan panduan atau rujukan kepada pihak2 berwajip, badan2 berkanun ataupun kerajaan mempertimbangkan apalah kiranya jika boleh didirikan satu papan tanda besar dijalan2 utama Malaysia..

Mungkin papan iklan itu kita boleh tulis :

SOLATLAH ANDA SEBELUM ANDA DISOLATKAN
SUDAHKAH TUNAIKAN SOLAT, ITU KEWAJIPAN ANDA!!!
SOLAT 5 WAKTU ITU, MENENTUKAN AKHLAK ANDA
24 JAM DIBERIKAN SEHARI, Aii 10 minit pun susah untuk SOLAT ke??!
SOLAT, SOLAT, SOLAT…. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..
ANDA DAH SOLAT KE BELUM, CEPATLAH PERGI SOLAT!!
ANDA NI TAK MALU KE TAK SOLAT LAGI???

Haa.. baru la betul..
Baru la adil lagi saksama serta bijaksana…
Lagi baik, sertakan kelima2 Rukun Islam tu..

Saya terfikir..
Mengapakah terdapat papan tanda mengenai zakat??
Sedang zakat adalah rukun islam ke 5..
Mengapa tiada papan tanda mengenai Solat??
Sedang solat Rukun Islam ke 2..
Sedang solat lagi up dari zakat..
Adakah ada sebab munasabab disebaliknya, diadakan papan iklan hanya TUNAIKAN ZAKAT tu..???
Dan di tiadakan rukun2 yang lain..??
MENGAPAKAH??? KENAPAKAH???
Mari bincangkan…
Anda mampu mengubahnya…

p/s : sapa tak pernah nampak papan tanda zakat ni, sila lalu highway dari JB ke KL.. Anda akan nampak. Tempat2 lain, ku tak pasti dimana… Ku yakin ia ada dimana2..

No comments:

Related Posts with Thumbnails