Sunday, November 28, 2010

Kalau orang puji, kita nak jawap apa…??


 

Assalamualaikum…

Kawan2…
Pernah tak dipuji orang??
Baguskah jika mendapat pujian?

Pujian itu sebenarnya tidak elok untuk diri sendiri..
Ada hadis dari nabi yang mengatakan jangan berlebihan dalam pujian..
Jangan berlebihan dalam memuji manusia..
Jika kawan2 mahu tahu apakah hadis itu,
Kawan2 boleh tanya pak cik google..
Beliau sangat setia menjawap..

OK..

Kalau orang selalu jugak puji kita, kita nak jawap apa..??

Contoh:

“Eh, besarnye keta kau, mesti banyak duit ni”
“Eh, dah jadi jurutera sistem dah sekarang, bagus la kau ni”
“Kau ni memang baik laa..”
“Wahh, cantiknya baju kau”
“pandai la anak kau, baru umur 3 tahun dah pandai baca surat khabar”
“bagus la entri2 dalam blog kau”
“wah.. ramainya follower ko”

Dan pujian2 lain yang dirasakan perlu…

Apakah jawap kita..
Perlukan kita rasa bangga??
Perlukah kita rasa kembang hidung??
Perlukah kembang kuncup hidung akibat dipuji??
Perlukah kita rasa riak..??
Percayalah… sedikit sebanyak akan rasa riak..
Macam mana nak hilangkan rasa riak..?

Kalau orang selalu jugak puji kita, kita nak jawap apa..??

Allah sudah ajar kita didalam Al Quran..
Surah Al Kahfi, ayat ke 39

Jawaplah….





  

"MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah”
Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud


“Eh, besarnye keta kau, mesti banyak duit ni”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“Eh, dah jadi jurutera sistem dah sekarang, bagus la kau ni”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“Kau ni memang baik laa..”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“Wahh, cantiknya baju kau”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“pandai la anak kau, baru umur 3 tahun dah pandai baca surat khabar”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“bagus la entri2 dalam blog kau”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah

“wah.. ramainya follower ko”
Jawap  :  MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah


Kenapa kita jawap begitu..??

Supaya…
Dalam hati kita..
Terbit rasa syukur kepada Allah..
Supaya dalam hati kita, dijauhkan rasa sombong, bongkak, bangga diri…
Kita sedar..
Kita tidak mampu…
Semua dengan pertolongan Allah..

Hakikatnya…
Semua dari Allah..
Semua atas kehendak Allah..
Semua dengan izin Allah…
Supaya kita sedar diri!!…
Kengkadang, kita ni tak sedar diri.. (saya la ni)
Mengganggap sesuatu kebaikan itu terjadi adalah disebabkan diri sendiri..
Kita lupa sebenarnya ALLAH lah yang menjadikan perkara itu terjadi…
Kita sebenarnya tidak berdaya..
Hakikatnya semua dari Allah..

p/s :  Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud



Friday, November 26, 2010

Tutup aurat – apakah perlu tunggu ikhlas?




Sungguh, artikel ni untuk diriku sendiri..

Assalamualaikum…

Selalu kita dengar…
Apabila dinasihatkan supaya tutup aurat dengan baik..
Pakai tudung dengan elok..
Berpakaian dengan elok..
Bertutup aurat..
Tetapi masih lagi dengan alasan yang biasa2 kita dengar..

“Nak buat apa tutup aurat jika hati belum ikhlas”
“Saya tak mo jadi hipokrit”
“Aku belum dapat hidayah lagi nih”
“nanti2lah.. aku belum dapat seru lagi”

Sebenarnya :-

Allah SWT dan RasulNya telah mengarahkan semua wanita Islam untuk menutup aurat..
Awak mengaku awak Islam..??
Adakah awak mengaku yang awak seorang Islam..???
Atau awak menganut agama lain…??
Jika mengaku diri Islam, maka kena ikutlah…

Justeru,
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak,
suka atau tidak,
nak rasa hipokrit atu pun tidak..
disuruh oleh orang lain atau terbit dari hati sendiri,
dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban tersebut..

Analogi :

Kita..
warga Malaysia..
1 saat perlu menetap di Singapore..
Alkisah kita di Malaysia, sangat laju bawa kereta,
Drift la katakan.. Sangat tak berhemah
Bila menetap di Singapore..
Secara automatik kita kena ikut peraturan Singapore.
Tak boleh bawak kereta laju.. Kena berhemah..
Kena ikut peraturan Singapore..
Suka atau tak suka.. Kamu kena ikut..
Kalau tak ikut.. Pihak berkuasa Singapore akan saman…

Atas sebab itu,
Pemandu yang tadinya “brutal” di Malaysia
 TERPAKSA berubah bila menetap di Singapore.
Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit,
Terpaksa atau paksa rela..
tidak ikhlas atau apa jua sebab luaran.
Hakikatnya, dia MESTI berubah,
kerana itu adalah peraturannya..
Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Memandu tidak berhemah… kalau eksiden, orang lain terlibat sama..
Sebab diri sendiri tak berhemah..
Maka menyusahkan orang lain sama..

Sama juga seperti tutup aurat dan bertudung..
itu adalah peraturan dalam agama Islam,
mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain..
Mengapakah saya berkata begitu..
 kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram,
akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut.
Bukankah itu akan mendatangkan mudarat dan kesusahan..
Kepada orang lain dan diri sendiri??..

Maka sebab itu..
Hipokrit, terpaksa, belum sampai seru, belum dapat hidayah dan lain2 alasan yang tak logik,
tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama,
termasuk menutup aurat.
Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama juga seperti solat
membayar zakat,
puasa Ramadhan dan
semua arahan serta larangan Islam yang lain,
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak.
Kita kena buat…
kerana itu adalah arahan Allah...

p/s : Wake Up sitie, performed your duty to Allah..



Tuesday, November 23, 2010

Lalat dan juga sayapnya…





tajuk macam cerita kanak2 la pulakk...


Assalamualaikum..

Kawan2,
Pernah nampak lalat..??
Pernah belek tak bentuk lalat tu macam mana…
Dah pasti dia ada sayap kan..??
Apa ada pada sayap dia..??

Kalau nampak lalat masuk makanan, tak pun minuman..
Maka celupkan lalat tu..
Dan buang…
Zalim kah..??
Tidak…
Ini adalah pesanan dari baginda Nabi..

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari.

Teori sains..

Pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall jumpa mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Pada tahun 1947 pulak, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin.

Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Nasihat Baginda supaya tenggelamkan lalat pada minuman untuk keluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut,
Badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat.


Benar sekali sabda Baginda Nabi..
Apa yang Nabi katakan 1500 tahun dahulu..
Terbukti pada hari ini..



p/s : tentang semut, kita di larang minum sebab akan melemahkan ingatan.. betulkah?.. adakah hadis/ijma'/kias tentang semut?

Monday, November 22, 2010

Semoga ada hikmah untuk saya dan dia..





Assalamualaikum..

Tadi…
Pukul 630 ptg..
Bila buka balik blog sendiri..
Tiba2 terkejut…
Ada orang bagi mesej.. berjela2 di shoutbox…
Marah2.. (marah ke.?? Ntah, ayat2nya macam tak puas hati je.. marah kot..)

Saya tak tahu apa masalah si dia..
Tanpa nama.. hanya dot dot dot (…) ditinggalkan..

Apa yang dia tak puas hati pada saya..??
Saya buat salah kah..??
Kenapa dia berkata macam tu..??
Mengapakah tidak berhikmah..??
Tidak bolehkah direct ke emel saya..
Saya ada letak emel saya kat tepi ni..
Atau takutkah..??
Baling batu semunyik tangan..
Macam2 saya fikir..
Oh buruk sangka kah aku..
isk..

Saya pening baca shout box tu..
Maklum lah shoutbox tu dari bawah ke atas..
Kalau nak baca dari awal..
Maka saya terpaksa baca dari bawah..
Pening juga..
Apa sebenarnya yang dia nak sampaikan ni…
2 3 kali saya baca…
Aduhaii…

Hmm apa2 pun..
Saya terima teguran dia..
Terima kasih kerana menegur saya…
Saya silap dan minta maaf…
Saya juga manusia biasa..
Akan cuba berlapang dada untuk menerima kritikan..
Cuma..
mungkin cara tidak kena..
Tegurlah secara berhikmah..
Terus ke emel..
Apakah kamu takut..???
Tak berani??
Bukankah cara itu akan mengaibkan orang lain..??
Maaflah saya tak makan orang..
Saya makan nasi lauk kicap.. kadang2 ade ayam, ikan, daging, telur goring..
Saya tak makan orang tau…

Bukankah jika tegur berhikmah, mudah2an kita menjadi sahabat yang rapat 1 hari nanti..
saya akan berterima kasih dengan sangat kepada kamu...
Hari ni kamu nampak silap saya…
Lain2 hari kamu pula silap…
Harap2 orang lain tegur kamu dengan hikmah juga..
Kita manusia sentiasa lakukan kesilapan..
Manusia mana yang tak buat kesilapan…

Pasti dan pasti banyak hikmah untuk saya…
Terima kasih diucapkan kepada si dia..
Cuma nasihat saya kepada kawan2 saya…
Berhikmahlah ketika menegur orang…



panjang lagi ..
ini hanya sebahagian...
cukuplah hanya ini kot..
memoga ada hikmah buat saya...


p/s : saya berharap si dia itu boleh emel kepada saya ketidakpuasan hatinya.. supaya saya faham...Saya akan tunggu emel dari kamu wahai sahabat..



Friday, November 19, 2010

Cerita Suami Isteri





Assalamualaikum..

Sekian lama dok fikir topik apa yang saya nak merapu dalam belog ni..
ada sahabat beri masukan..
cerita la bab walimah..
eheh..
den belom ada pengalaman lagi dalam dunia yang lagi satu tuh..

maklum le...
dah akhir2 tahun ni kan...
dah sampai time ni musim walimah...
maka dok sebuk2 laaa...
walau bukan sendiri yang walimah...
ahahaha..

apa2 pun..
memoga video ni menjadi panduan untuk bakal pengantin..
yang sudah menjadi pengantin..
dan sedang menjalani dunia pengantin...
entah laaa..
apa2 saya bebual...

layann ye...


Monday, November 15, 2010

Kalau berani, cubalah renungkan!!




Ketika kamu dilahirkan,  kamu diazan tanpa Solat, 
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu, 
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira, 
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,  
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.
 
Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu, 
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.  


Macam mana nak hindari sifat riak..


 

Assalamualaikum..

Mode : Sampaikan dariku walau 1 ayat..
 
Kawan2..
Kawan2 tahu tak apa itu riak?
Riak ni memperlihatkan perbuatan berupa agama atau amalan baik dan terpuji dengan berpura2..
Segala amalan yang dilakukan tanpa ikhlas kerana Allah..
Ada maksud terselindung didalam hati..
Contoh..
Solat dimasjid, mengharapkan orang puji..
Bersolat sunat, mengharapkan orang puji berimannya kita…
Derma kepada orang lain mengharapkan orang puji dermawan kita.. Baik hatinya kita..
Mempunyai kedudukan mengharapkan orang hormat..
Blog terkenal, mengharapkan orang puji dan mengharapkan kita adalah blogger terkenal.. perasan blog ramai orang baca..

Riak juga sama dengan ujub

Astaghfirullahhalazimm..

Tidak dinafikan..
Kadang kala kita tidak dapat lari dari perasaan riak..
Itu lah tipu daya syaitan..
Sedikit2 dia akan bisikkan benda2 yang tak elok ke dalam telinga kita…
Kedalam hati kita..

Bersyukurlah

Riak dan ujub boleh dipadam dengan rasa syukur..
Melangkah ke masjid, bersyukur Allah lah yang mengerakkan hati ke masjid.
Menderma kepada orang yang tidak berkemampuan..
Bersyukurlah rezeki ini dari Allah, kita dapat syer sama2 dengan orang lain..
Mempunyai kedudukan,
bersyukurlah semua itu dari Allah..
Blog kita terkenal,
Bersyukurlah kerana itu rezeki dari Allah…
Idea penulisan itu datangnya dari Allah..
 
See..
Semua dari Allah
Tiada daya dan upaya, semua dari Allah..
Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau dustakan…

Banyak2kan beristighfar..
Jika terdetik dihati perasaan yang tidak2..
Ingatlah semua dari Allah..
Maka,
Kita akan bersyukur kepadaNya..
Alhamdulillah…

 

Sunday, November 14, 2010

Benda penting yang mesti ada dalam PC kita..





Assalammualaikum

Kawan2..
Saya nak share 1 software ni..
Nama dia Al Quran Digital..
File ni dalam bentuk chm..

Banyak kegunaan nya ye kengkawan...

Ke 1,


Pada tab Content,
Kita boleh cari ayat2 Allah dengan mudah..
Just klik saja surah berapa dan ayat berapa..
ia akan terpapar..


Ke 2,




Pada tab Index,
Kita boleh cari perkara2 yang kita inginkan..
Contohnya seperti Adab membaca..
Maka, surah dan ayat yang berkaitan dengan Adab Membaca akan terpapar.


Ke 3,



Pada tab Search,
Kita boleh pilih perkataan yang lebih spesifik..
contohnya kita hendak mencari ayat dan surah berkenaan tentang 'kiamat',
maka search pada ruangan itu,
dan hasilnya akan terpapar.

Cara nak install...

Terlalu mudah...

  1. Download file itu di link dibawah.
  2. Klik pada file Al Quran Digital.chm
  3. Satu paparan seperti dibawah akan terpapar.


4. Untick pada Always ask before opening this file. Seperti paparan dibawah

5. Klik Open.
6. Selesai

** Benda ni kena buat sebab kalau tak buat akan jadi masalah untuk gunakan Al Quran Digital ni..



Boleh download disini

Memoga bermanfaat untuk kita semua..
InsyaAllah..



Saturday, November 13, 2010

Single itu indah, nikah itu barokah



Single itu indah...





Nikah itu barokah...









Ok bye ..


Jalan Cinta Para Pejuang





di sana, ada cita dan tujuan
yang membuatmu menatap jauh ke depan
di kala malam begitu pekat
dan mata sebaiknya dipejam saja
cintamu masih lincah meleset
jauh melampaui ruang dan masa
kelananya menjejakkan mimpi-mimpi

lalu disepertiga malam terakhir
engkau terjaga, sadar, dan memilih menyalakan lampu
melanjutkan mimpi indah yang belum selesai
dengan cita yang besar, tinggi dan hening
dengan ghairah untuk menerjemahkan cinta sebagai kerja
dengan nurani, tempatmu berkaca tiap kali
dan cinta yang selalu mendengarkan suara hati

teruslah melangkah di jalan cinta para pejuang
menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban
menyeru pada iman
walau duri mencantaskan kaki
walau kerikil mencacah telapak
sampai engkau lelah, sampai engkau payah
sampai keringat dan darah tumpah

tetap yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum
di dalam cinta para pejuang

Salim A. Fillah



Thursday, November 11, 2010

Ada apa dengan kaya




Assalammualaikum..

Syok o0o kalau jadi kaya..
banyak duit…

sedar tak kaya itu ujian dariNya yang Maha Kaya..
nak tengok mu tu sedekah jariah buat tak…

Allah bagi kaya,
bukan untuk mu sorang2…
mu kena agih2kan..

selak lah cerita sahabat Nabi kita dulu..
Abdul Rahman Bin Auf…
Seorang yang kaya raya..
antara sahabat yang dijamin masuk syurga..
Nabi kata, Abdul Rahman akan masuk syurga dalam keadaan merangkak..
kerana apa??
kerana hartanya itu..
Maka tanpa ragu2 disedekahkan semua hartanya itu…
adakah kita seberani Abdul Rahman Bin Auf???
Tidak..
percaya lah..
tidak….

Beringatlah..
Mu kaya..
Kaya itu dari Allah…
Harta mu banyak mana..
harta itu dari Allah..

Kalau Allah nak ambil..
mu pejam, bila celik balik dah tak ada harta itu…
Semua milik Allah…

Orang2 kaya..
Jangan merasa senang dengan harta yang mu ada..
hakikatnya itu adalah ujian dariNya..
Beringatlah moga menjadi Insan yang disanyangi Allah dan makhluk..
Insan yang sentiasa bersedekah..
InsyaAllah..

Tuesday, November 9, 2010

Diuji dengan prinsip





Assalammualaikum…

kita semua akan diuji..
tidak kira ujian itu dalam bentuk apa pun..
kaya ka miskin ka…
jaga2,
kaya juga adalah ujian dariNya


Satu kisah..
seorang sahabat diuji dengan prinsip..
prinsip islamik yang selama ini di pertahankan…

Bimbang goyah,
saya nasihatkan, tinggalkan itu profesion…
rezeki dimana2…
Prinsip kita..
kita pertahankan…
jangan digadaikan…
apa orang nak kata..
rezeki bukan dia yang bagi..
Yang Maha Pemberi Rezeki yang bagi…
Tetapkan pendirianmu wahai sahabat…
Ku doakan moga kau kuat..
Allah sebaik2 penolong..
insyaAllah
Related Posts with Thumbnails